Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia

Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia Menjana Jati Diri & Berakhlak Tinggi
(1)

JABATAN PENERANGAN CHEKAKDATARAN TEMERLOH, PAHANG | 25 APRIL 2026 (SABTU) - Program Pahang Berbusana 2.0 Kesenian Tradis...
27/04/2026

JABATAN PENERANGAN CHEKAK

DATARAN TEMERLOH, PAHANG | 25 APRIL 2026 (SABTU) - Program Pahang Berbusana 2.0 Kesenian Tradisi Bangsa telah berlangsung dengan jayanya dari 23 hingga 26 April 2026 di Dataran Temerloh, Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Datoโ€™ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail.

Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia (PSCSPSM) telah menerima jemputan untuk mengadakan persembahan di hadapan ribuan pesilat serta para tetamu yang hadir, sekali gus menyemarakkan lagi semangat dalam memartabatkan warisan budaya bangsa ini.

Program ini turut menghimpunkan pelbagai persatuan silat dari seluruh pelusuk, juga membuka ruang bertukar pandangan serta mengeratkan silaturrahim sesama penggiat seni bela diri Tanah Melayu.

"Sains dan teknologi boleh dipelajari di mana-mana, tapi budaya tetap hak milik kita."

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š ๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š


19/03/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ ๐—›๐—ถ๐—ท๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐—–๐—ต๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ธ ๐——๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ถ๐—ฎ

๐‘จ๐’๐’๐’‚ ๐’‰๐’– ๐‘จ๐’Œ๐’ƒ๐’‚๐’“ ๐‘จ๐’๐’๐’‚ ๐’‰๐’– ๐‘จ๐’Œ๐’ƒ๐’‚๐’“ ๐‘จ๐’๐’๐’‚ ๐’‰๐’– ๐‘จ๐’Œ๐’ƒ๐’‚๐’“ ๐’˜๐’‚๐’๐’Š๐’๐’๐’‚ ๐’‰๐’Š๐’ ๐’‰๐’‚๐’Ž๐’….

Segala pujian kepunyaan Allah, bersyukur kita kepada Allah Yang Maha Besar lagi Maha Besar, yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang dengan limpah kurniaNya kita masih bernafas. Allah berkenan memanjangkan umur kepada kita dapat menyambut AidilFitri yang berbahagia bersama umat Islam seluruh dunia.

Sesungguhnya berbahagialah bagi orang yang beriman kepada Allah dan kepada RasulNya yang telah berjaya menunaikan ibadat puasa sebulan Ramadhan sebagaimana yang diperintah oleh Allah S.W.T iaitu masa siang hari dapat menahan diri dari makan minum dan dapat melawan hawa nafsunya, dapat melawan perasaan yang mengajak kepada kejahatan-kejahatan, kerosakkan dan permusuhan. Pada malamnya p**a mendirikan solat sunat Terawih, membaca Quran, berzikir, bertasbih, beristighfar, berselawat dan semua yang dilakukan itu dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Semoga kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun akan datang - Insya Allah.

๐‘จ๐’๐’๐’‚ ๐’‰๐’– ๐‘จ๐’Œ๐’ƒ๐’‚๐’“ ๐‘จ๐’๐’๐’‚ ๐’‰๐’– ๐‘จ๐’Œ๐’ƒ๐’‚๐’“ ๐‘จ๐’๐’๐’‚ ๐’‰๐’– ๐‘จ๐’Œ๐’ƒ๐’‚๐’“ ๐’˜๐’‚๐’๐’Š๐’๐’๐’‚ ๐’‰๐’Š๐’ ๐’‰๐’‚๐’Ž๐’….

Semoga Allah Menerima Amal Kami Dan Amal Kamu.

08/03/2026

JABATAN PENERANGAN CHEKAK

Keramat Kuala Lumpur | 7 Mac 2026 (Sabtu) - Pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama golongan asnaf di Rumah Persatuan, Taman Seri Keramat.

Semoga amal kami & amal kamu diterima Allah

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |Putrajaya 23 Feb 2026 (Isnin) - Program Lawatan Guru Utama dan Presiden bersama Naib Presiden...
24/02/2026

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

Putrajaya 23 Feb 2026 (Isnin) - Program Lawatan Guru Utama dan Presiden bersama Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi Pelajaran dan Tatatertib di Kelas Latihan Putrajaya pada hari ini serta dapat beramah mesra dikalangan ahli-ahli PSCSPSM.

Semangat kebersamaan adalah penyatuan besar identiti dalam mencapai segala matlamat hidup kita. Malah Silat adalah platform atau medan dalam membentuk modal insan dan jiwa sayangkan Agama,Bangsa dan Tanah air menjadikan kita bangsa yang budiman serta bergred tinggi.

Silat Chekak pada lahirnya
Pengertian gerak pada batinnya
Hendaklah mahir seluruh anggota
Hendaklah jujur pada jiwanya

Jika adat dijunjung tinggi
Tinggilah bangsa, sepanjang abadi
Jangan biar luntur warisan
Semoga Chekak Kekal Sepanjang Zaman.

[ Gurindam Guru Utama ]

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š


Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak Dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Buat Semua Umat Islam Seluruh Malaysia. Puasa b...
17/02/2026

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak Dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Buat Semua Umat Islam Seluruh Malaysia.

Puasa bulan Ramadhan adalah satu daripada rukun Islam. Maka diwajibkan berpuasa pada setiap diri orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya apabila akil baligh. Rujukan Firman Allah surah Al Baqarah ayat 183:

"๐‘พ๐’‚๐’‰๐’‚๐’Š ๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ-๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’Š๐’Ž๐’‚๐’! ๐‘ฒ๐’‚๐’Ž๐’– ๐’…๐’Š๐’˜๐’‚๐’‹๐’Š๐’ƒ๐’Œ๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‘๐’–๐’‚๐’”๐’‚ ๐’”๐’†๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’Š๐’Ž๐’‚๐’๐’‚ ๐’…๐’Š๐’˜๐’‚๐’‹๐’Š๐’ƒ๐’Œ๐’‚๐’ ๐’‚๐’•๐’‚๐’” ๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ-๐’๐’“๐’‚๐’๐’ˆ ๐’š๐’‚๐’๐’ˆ ๐’…๐’‚๐’‰๐’–๐’๐’– ๐’…๐’‚๐’“๐’Š๐’‘๐’‚๐’…๐’‚ ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’–, ๐’”๐’–๐’‘๐’‚๐’š๐’‚ ๐’Œ๐’‚๐’Ž๐’– ๐’ƒ๐’†๐’“๐’•๐’‚๐’’๐’˜๐’‚."

Puasa adalah ibadat yang tersembunyi diantara hamba dan tuhannya - Dalam mengerjakan ibadat puasa, hendaklah bersungguh-sungguh memelihara tatatertibnya (supaya) ibadat puasa itu benar-benar mengikut syarat-syarat sebagaimana yang disyariatkan oleh Allah dan disampaikan dia oleh Rasulullah s.a.w sama ada pada zahir dan batin. Jika berpuasa tidak mengikut syarat-syaratnya, maka puasa itu tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w maksudnya โ€œTiap-tiap kebajikan itu dibalas dengan sepuluh kali ganda melainkan ibadat puasa, maka ia itu bagi Ku dan Aku yang membalasnyaโ€œ

Kesempurnaan ibadat puasa itu ialah dengan menegahkan atau memelihara segala anggota badan dan segala anggota hati daripada segala perkara yang ditegah dan segala perkara yang keji oleh syariat Islam โ€“ iaitu memelihara mata, telinga, akalnya daripada perkara-perkara yang keji dan diharamkan juga memelihara lidah daripada mengatakan sesuatu yang diharamkan seperti mengumpat, bertengkar, mengadu domba dan sebagainya, malah memelihara hatinya daripada perkara-perkara yang keji seperti hasad dengki, tamak haloba, irihati, kianat, riak dan sebagainya.

Semoga Allah Menerima Amal Kami Dan Amal Kamu.

[KENYATAAN RASMI]INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIโ€™UN Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Taufik bin ...
14/02/2026

[KENYATAAN RASMI]

INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIโ€™UN

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Taufik bin Hashim @ Pak Lang telah kembali ke rahmatullah pada:

๐Ÿ“… 14 Februari 2026

โ€œSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali.โ€ Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Taufik Hashim @ Pak Lang

Teriring do'a semoga Allahyarham husnul khotimah serta diterima segala amal solehnya. Untuk keluarga yang ditinggalkan semoga selalu diberikan kesabaran ketabahan, kekuatan dan keikhlasan.

Aamiin Yaa Robbal Aalamiin

05/01/2026

๐๐€๐‘๐€๐๐† ๐‹๐€๐ƒ๐ˆ๐๐† ๐’๐„๐๐‰๐€๐“๐€ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐‚๐‡๐„๐Š๐€๐Š

Rakaman ini memaparkan Demonstrasi Senjata Rasmi Silat Chekak bertujuan memberi gambaran umum tentang pendekatan yang menekankan disiplin, kawalan diri dan adab dalam mempertahankan diri, selaras dengan prinsip persatuan .

Orang ramai yang berminat untuk mengenali, mengetahui dan mempelajari Silat Chekak Silat Papan Sekeping dialu-alukan untuk menyertai kelas latihan yang dianjurkan oleh PSCSPSM.

โ€œMenjana Jati Diri & Berakhlak Tinggiโ€

**autawar

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |Kampung Sungai Galah ,Perak 13 Dec 2025 (Sabtu) - Pusat Latihan Negeri, Sungai Galah, Perak t...
15/12/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

Kampung Sungai Galah ,Perak 13 Dec 2025 (Sabtu) - Pusat Latihan Negeri, Sungai Galah, Perak telah menyempurnakan Majlis Permulaan Kelas SGP01 di kampung Sungai Galah. Juga dalam perasmian pembukaan Kelas Latihan baharu ini dapat memberi ruang dan peluang kepada penduduk setempat untuk menuntut ilmu pengetahuan seni mempertahankan diri dalam mengangkat budaya bangsa tanah air.

๐’๐ข๐ฅ๐š๐ญ ๐‚๐ก๐ž๐ค๐š๐ค ๐ญ๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ง๐ ๐š๐ญ๐ฅ๐š๐ก ๐ฆ๐ฎ๐๐š๐ก
๐๐š๐ ๐ข ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐ก๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก
๐’๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ฉ๐ฎ๐ง ๐›๐ž๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ก๐ž๐ง๐๐š๐ค๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐š๐›๐š๐ก
๐ˆ๐ง๐ฌ๐ฒ๐š๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐Ÿ๐š๐ž๐๐š๐ก

Penubuhan kelas ini bukan sekadar membuka ruang latihan fizikal, malah menjadi medan pembinaan jati diri, disiplin dan adab bangsa Melayu yang berteraskan ilmu, amanah dan akhlak. Semoga kelas SGP01 ini menjadi asbab lahirnya insan yang berilmu, beradab dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara, serta Silat Chekak terus terpelihara sebagai warisan ilmu yang berkat dan bermanfaat.

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

Sekitar suasana Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Silat Chekak dan Perasmian Pusat Latihan Negeri Perak.Majlis ini me...
15/12/2025

Sekitar suasana Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Silat Chekak dan Perasmian Pusat Latihan Negeri Perak.

Majlis ini menghimpunkan ahli persatuan dari pelbagai peringkat usia dalam suasana tertib, harmoni dan penuh makna. Detik-detik yang dirakam menjadi saksi sejarah sebuah warisan seni bangsa yang terus dipelihara dan diperkasakan.

Semoga segala usaha dan kebersamaan ini menjadi asas kukuh dalam meneruskan amanah Silat Chekak untuk generasi seterusnya.

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |Kampung Sungai Galah Perak13 Dec 2025 (Sabtu) - Pada hari yang penuh bermakna ini, Seluruh ah...
14/12/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

Kampung Sungai Galah Perak
13 Dec 2025 (Sabtu) - Pada hari yang penuh bermakna ini, Seluruh ahli persatuan berhimpun dalam Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Silat Chekak serta Perasmian Pusat Latihan Negeri Perak, Kelas Latihan Sungai Galah di Kompleks PPPNP.

๐‹๐š๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐š ๐‚๐ก๐ž๐ค๐š๐ค ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ง๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐๐š๐ซ๐š๐ง,
๐๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ก ๐’๐ž๐›๐š๐ ๐š๐ข ๐“๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง,
๐ƒ๐ž๐ฆ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐’๐ž๐ง๐ข ๐Š๐ž๐›๐š๐ง๐ ๐ฌ๐š๐š๐ง,
๐Œ๐ž๐ง๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฎ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐ƒ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ค๐ง๐š ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง.

Sudah 60 tahun Silat Chekak dizahirkan oleh seorang Pemimpin Agung, Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad, Yang merupakan pengasas Silat Chekak, Beliau jugalah yang menzahirkan seni silat ini pada tahun 1965 di bumi Kedah hingga kini ia tetap kukuh bertapak di seantero Tanah Melayu.

Walaupun jasadnya sudah bersemadi. Puluhan ribu anak muridnya sudah terjelma tanpa mengira darjat dan usia Silat Chekak kini sudah berada di peta dunia Persilatan Alam Melayu.

Semoga Allah merahmati Almarhum Ustaz Hanafi atas jasanya. Aamiin.

"Semoga Chekak Kekal Sepanjang Zaman"

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |Keramat, Kuala Lumpur 29 Nov 2025 (Sabtu) - Majlis Tamat Zon Barat yang menghimpunkan Pusat d...
30/11/2025

JABATAN PENERANGAN CHEKAK |

Keramat, Kuala Lumpur 29 Nov 2025 (Sabtu) -
Majlis Tamat Zon Barat yang menghimpunkan Pusat dan Kelas dari Lembah Klang, Putrajaya serta Saujana Utama berlangsung di Rumah Persatuan, Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur. Tahniah kepada ahli tamat dalam menempuh 3 fasa silibus matapelajaran PSCSPSM dalam tempoh 6 Bulan.

Silat Chekak tersangatlah mudah
Bagi mereka yang mendapat hidayah
Sungguhpun begitu hendaklah tabah
InsyaAllah mendapat faedah

Majlis ini menjadi wadah pertemuan bersama ahli persatuan bagi memupuk rasa kebersamaan dalam bersilaturrahim, serta meneruskan tanggungjawab menjaga diri dalam segala segi aspek kehidupan dunia & akhirat dengan panduan-panduan yang diberi.

๐‘ด๐’†๐’๐’‹๐’‚๐’๐’‚ ๐‘ฑ๐’‚๐’•๐’Š๐‘ซ๐’Š๐’“๐’Š & ๐‘ฉ๐’†๐’“๐’‚๐’Œ๐’‰๐’๐’‚๐’Œ ๐‘ป๐’Š๐’๐’ˆ๐’ˆ๐’Š

Address

NO. 57, Jalan AU2A/21, TAMAN SERI KERAMAT, 54200 AMPANG
Kampong Datok Keramat
54000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia:

Share