05/08/2026
Sesi Temu Mesra Bersama OCS Balai Pudu
KRT PPR Jelatek telah mengadakan sesi temu mesra dan dialog bersama Ketua Polis Balai Pudu, Insp. Hady Husainy bin Husin, yang turut disertai oleh Sarjan Mejar Akmal Hadi bin Abdul Jamal, anggota Balai Polis Pudu, kepimpinan KRT, SRS serta Persatuan Penduduk PPR Jelatek.
Program ini bertujuan mengeratkan kerjasama antara PDRM dan komuniti, di samping membincangkan isu-isu keselamatan setempat serta usaha memperkukuhkan pencegahan jenayah melalui pendekatan Community Policing.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada Encik Mohd Isa bin Bakar, Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Jelatek, atas inisiatif menganjurkan sesi ini sehingga berlangsung dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen. Semoga kerjasama erat ini terus memperkukuhkan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan komuniti PPR Jelatek.