Global Peace Mission - GPM Melaka

Global Peace Mission - GPM Melaka Global Peace Mission (GPM) Melaka merupakan sebuah NGO yang memberi fokus kepada bantuan kemanusiaan.

📢 PENCARIAN PEKERJA BELIAAdakah anda:🔥 Boleh berinteraksi dengan remaja/belia 🔥 Ada kemahiran pengurusan program dan lap...
08/04/2026

📢 PENCARIAN PEKERJA BELIA

Adakah anda:
🔥 Boleh berinteraksi dengan remaja/belia
🔥 Ada kemahiran pengurusan program dan laporan
🔥 Nak buat sesuatu yang ada impak

👉🏻 Anda yang kami cari

Calon yang berkelayakan dan terpilih akan dipanggil untuk sesi temuduga.

❗Tarikh tutup
13 April 2026 (Isnin)

📍 Lokasi
Pusat Pembelajaran Komuniti GPM Melaka
Taman Tanjung Minyak

Hantar resume anda melalui:
[email protected]


31/03/2026

Tiada usaha dan doa yang sia-sia di sisi Allah SWT. Semoga dipermudahkan urusan dan dibukakan jalan yang baik buat semua yang mengambil keputusan SPM hari ini 🎉

SALAM AIDILFITRI 1447H/2026Minal ‘Aidin Wal FaizinSalam Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat seluruh umat Islam. Setela...
20/03/2026

SALAM AIDILFITRI 1447H/2026
Minal ‘Aidin Wal Faizin

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat seluruh umat Islam. Setelah sebulan kita dididik dalam madrasah Ramadan, kini Syawal hadir sebagai tanda kemenangan dan ruang untuk kita mensyukuri nikmat Ilahi.

Marilah kita terus mengekalkan keikhlasan dalam setiap amal dan perbuatan, menyuburkan kasih sayang sesama insan. Semoga semangat Ramadan terus mekar dalam setiap langkah kita, dan setiap kebaikan yang dicurahkan menjadi amal soleh yang diberkati di sisi-Nya.

Ingatan Ikhlas daripada,
Global Peace Mission Melaka

TARBIAH RAMADANSetiap tahun menjelang bulan Ramadan kami akan mempersiapkan diri terutama sekali daripada aspek mental, ...
18/03/2026

TARBIAH RAMADAN

Setiap tahun menjelang bulan Ramadan kami akan mempersiapkan diri terutama sekali daripada aspek mental, untuk menyusun langkah dan menggerakkan Jejak Dhu'afa Ramadan.

Ini merupakan projek tahunan yang menuntut kekuatan hati dan keyakinan secara total kepada Allah SWT.

Gerak kerja dalam bulan Ramadan ini melatih jiwa kami untuk lebih berusaha, sabar, dan ikhlas dalam memberi.

Sebulan persiapan dilakukan dan akhirnya tiba lah minggu di mana kami perlu membuat keputusan besar.

Berapa bilangan pek makanan yang mampu kami beli? Berapa pek yang boleh dibawa pulang oleh setiap Petugas Khas ke kawasan masing-masing?

Asalnya cuma 800 pek yang kami order.
Namun, Allah Maha Baik.. kami mampu tambah lagi 100 pek. Memang sudah rezeki mereka yang memerlukan.. Kami cuma pengantara.

14 Mac 2026 adalah hari yang menjadi saksi berkumpulnya para petugas dan sukarelawan dari ketiga-tiga daerah dalam negeri Melaka. Dalam tempoh 1 jam, selesai semuanya disusun menjadi 900 pek makanan yang lengkap.

Manisnya bila semua bergerak dengan tujuan yang sama, penat tidak begitu terasa hinggalah azan Maghrib berkumandang.. Eh, dah pun masuk waktu berbuka.

Hari ini 18 Mac 2026, kesemua Petugas Khas telah pun menyampaikan amanah melalui ziarah dan agihan pek makanan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan mereka.

Tentunya tidak mudah dengan komitmen kerja dan keluarga masing-masing, namun semangat dan keikhlasan semua yang menjayakan projek ini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga usaha kecil kita ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan buat kita semua.



Melaka mencatatkan ribuan keluarga miskin. Berdasarkan berita NST dan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada Dis...
22/02/2026

Melaka mencatatkan ribuan keluarga miskin.

Berdasarkan berita NST dan data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia pada Disember 2025, terdapat lebih 25,600 orang miskin di Melaka yang masih hidup dalam kekurangan.

Kebanyakan keluarga terpaksa berjimat setiap hari hanya untuk makanan dan keperluan asas anak-anak, dek kerana peningkatan kos sara hidup.

Ramadan ini, kami menyasarkan 1,000 keluarga untuk menerima pek makanan asas.

Memang kecil berbanding jumlah sebenar yang memerlukan..

Walaupun kita tak dapat bantu semua, kita cuba usahakan semampunya ya?

1 pek makanan daripada kita, 1 keluarga dapat makan inshaaAllah.

Ramadan ini, pahala berganda menanti setiap kebaikan kita.

📌 Kongsi rezeki seikhlasnya melalui:

Bank Muamalat
Kelab GPM Melaka
0402 0001 5327 15





INI KERJA SUKARELA TETAPI SEMANGAT MEREKA LUAR BIASA! 14 Februari lalu bukan sekadar tarikh di kalender kami.Ia adalah h...
20/02/2026

INI KERJA SUKARELA TETAPI SEMANGAT MEREKA LUAR BIASA!

14 Februari lalu bukan sekadar tarikh di kalender kami.

Ia adalah hari para petugas berkumpul menyusun niat, menyelaras gerak kerja, dan menguatkan hati untuk satu perjalanan bernama Jejak Dhu’afa Ramadan.

Seawal pagi, seorang demi seorang petugas hadir ke Melaka. Ada yang memandu dari Nilai, ada yang bertolak dari Bangi. Ada yang baru pulang dari Singapura, yang mengambil cuti, dan ada juga yang perlu bergegas ke Kuala Lumpur pada hari tersebut.

Cuti hujung minggu dan waktu pagi bersama keluarga dikorbankan.. Semuanya datang dengan tujuan dan usaha yang sama iaitu untuk menyantuni asnaf.

Dalam Bengkel Koordinasi Petugas Khas Jejak Dhu'afa Ramadan ini, kami bukan hanya mendengar taklimat. Kami berkongsi tanggungjawab. Kami berkongsi amanah.

Semangat para petugas menjadi kekuatan kami untuk bergerak sebagai satu pasukan dan memastikan setiap bantuan sampai dengan penuh hikmah.

Ini bukan tahun pertama kami melangkah.
Tahun 2025, kami berjaya mengagihkan 870 pek makanan. Setahun sebelumnya, 920 pek makanan sampai ke tangan mereka yang memerlukan.

Semuanya dengan izin Allah dan sumbangan tenaga, masa, wang daripada insan-insan yang baik serta ikhlas.. kami berjaya lakukan pada bulan Ramadan setiap tahun.

Namun bagi kami, angka bukan ukuran sebenar. Yang lebih besar nilainya adalah senyuman penerima dan rasa bahawa masih ada yang peduli.

Ramadan telah pun tiba dan langkah kami sudah pun bermula.

Bagi kami, Jejak Dhu’afa Ramadan ini bukan sekadar program tahunan.

Ia adalah janji.. bahawa tiada siapa patut berada dalam keadaan lapar.






Selamat menunaikan ibadah puasa
19/02/2026

Selamat menunaikan ibadah puasa

Orang Melaka, jom belajar edit video
23/01/2026

Orang Melaka, jom belajar edit video


Assalamualaikum wrt
​CLASS VIDEO EDITING LIKE PRO
MENGGUNAKAN APLIKASI CAPCUT & TIKTOK

​🗓️ Sabtu, 07 Februari 2026
​⏰ 8.30 pagi - 4.30 petang
​🏫 ABIM Al-Huda, Bukit Baru, Melaka
​🩷 Anjuran
SALWA Malaysia Negeri Melaka
​👤 Mentor
Dr. Diwi Kasma Yusof

​Adakah anda ingin menghasilkan video yang menarik, kemas, dan nampak profesional untuk media sosial anda?
​JOM‼️ Sertai kelas video editing ini untuk mempelajari teknik suntingan menggunakan aplikasi CapCut, TikTok, dan Instagram. Tingkatkan kemahiran digital anda untuk kandungan media sosial yang lebih berkualiti!

* ​TEKNIK SUNTINGAN PRO
* ​PENGGUNAAN APLIKASI POPULAR
* ​TIPS KONTEN MEDIA SOSIAL

​TEMPAT TERHAD‼️
​DAFTAR SEKARANG‼️
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
https://forms.gle/jwUoRgZWF6gaiSHt5

*PENDAFTARAN SEBELUM 1 FEBRUARI 2025*: ​RM15 sahaja

Bayaran kepada:
*Bank Muamalat*
*04020001587716*
*Pertubuhan SALWA Malaysia Negeri Melaka*
Rujukan : Class ICT

​Sebarang Pertanyaan
Sila Hubungi
www.wasap.my/60127207431/KELASVIDEOsalwa1
www.wasap.my/60173719068/KELASVIDEOsalwa2

​Terima kasih

Setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Pea...
12/01/2026

Setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Ahmad Fahmi Mohd Samsudin atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kebijaksanaan, dan keberkatan dalam menggalas amanah besar ini.

*****
Salam Kemanusiaan,

Teruskan menyumbang bersama GPM Melaka:

04020001532715
Kelab GPM Melaka
Bank Muamalat

BELAJAR DARIPADA KESUSAHAN.Turun ke lapangan, selalu membuka mata dan hati kami sebagai sukarelawan di GPM Melaka. Pada ...
12/01/2026

BELAJAR DARIPADA KESUSAHAN.

Turun ke lapangan, selalu membuka mata dan hati kami sebagai sukarelawan di GPM Melaka.

Pada penghujung bulan Disember, kami telah lakukan ziarah rumah ke rumah, menyantuni keluarga yang memerlukan di sekitar Parit Penghulu, Sungai Rambai.

Sebanyak 15 keluarga menerima pek makanan asas dan seramai 33 anak-anak menerima bantuan pendidikan.

Tidak banyak, tetapi cukup memberi kesan. Masih terbayang.. Senyuman di wajah anak-anak yang menerima beg sekolah baru, dan riak syukur di wajah ibu bapa.

Ada kisah daripada sebuah keluarga yang sentiasa berusaha untuk keluar daripada kemiskinan dan mendidik anak-anak untuk teruskan pelajaran walaupun susah. Rumah mereka juga sangat kemas dan bersih.

Sumber pendapatan keluarga ini adalah daripada upah sang ayah mengangkat sawit dengan kadar RM5/kg.

"Belajar susah dulu, bukan senang. Tapi kalau makan jangan terlalu berjimat.. jangan sampai tak makan", pesan sang ibu kepada anaknya yang juga berada di rumah ketika kami datang ziarah. Adik ini merupakan pelajar di KPTM Bangi.

Bergenang air mata sang ibu, apabila menceritakan kisah anaknya yang membuat kerja sambilan untuk mengumpul wang bagi menyambung pelajaran selepas SPM. Kini, sudah di semester ke-3, penerima bantuan pinjaman MARA, dan cemerlang adik ini, CGPA nya 3.87!

Selain itu, ada kisah keluarga peniaga di pasar tani dengan 9 orang anak-anak yang masih bersekolah, ada juga kisah datuk & nenek yang sakit tapi tetap mengambil tanggungjawab untuk menjaga 2 orang cucu OKU pembelajaran.

Akak GPM percaya kekuatan semua keluarga yang kami ziarah hari itu.. datang daripada kerja keras dan doa tanpa henti.

Semuanya aturan Allah. Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Hj. Muhammad Sani, Cikgu Hisyam, dan Puan Azlina dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

*****

Salam Kemanusiaan,

Teruskan menyumbang bersama GPM Melaka:

04020001532715
Kelab GPM Melaka
Bank Muamalat

22/12/2025

Address

Jalan Inang 3
Kampong Cheng
76450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Global Peace Mission - GPM Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Global Peace Mission - GPM Melaka:

Share