Nisa' Kapar

Nisa' Kapar NGO: Connecting Youth
Penghubung Generasi Muda

✨ Selamat Hari Guru 2026 ✨“Guru Bitara Nadi Negara” bukan sekadar tema, tetapi lambang pengorbanan, kasih sayang dan kei...
16/05/2026

✨ Selamat Hari Guru 2026 ✨

“Guru Bitara Nadi Negara” bukan sekadar tema, tetapi lambang pengorbanan, kasih sayang dan keikhlasan seorang pendidik dalam membentuk generasi masa hadapan. 🌸

Terima kasih kepada semua guru yang tidak pernah jemu mendidik, membimbing dan menyemai ilmu dengan penuh hikmah.
Jasamu tidak ternilai, pengorbananmu sentiasa dikenang. ❤️📚

Daripada kami di NISA’ Kapar,
Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik. 🌷












16/05/2026

"Cikgu, Selamat Hari Guru!"👩🏻‍🏫🧑🏻‍🏫

Nisa' Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru di Malaysia.

Anda merupakan tunjang kejayaan dan asas pembinaan karakter serta ilmu yang tidak ternilai.

Kepada semua wira pendidikan, selamat menyambut Hari Guru!

Tulus Ikhlas,
Nisa' Malaysia





"Selamat Hari Ibu untuk wanita terhebat yang selalu ada di hidupku. Engkau alasan aku berdiri kuat" Moga syurga buat ibu...
10/05/2026

"Selamat Hari Ibu untuk wanita terhebat yang selalu ada di hidupku. Engkau alasan aku berdiri kuat"
Moga syurga buat ibubapa kita dan terima kasih atas segala pengorbanan yang tak terucapkan akan selalu mencintaimu, hari ini dan selamanya

#2026

10/05/2026

🌹 Selamat Hari Ibu 🌹

Nisa’ Selangor mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan hebat yang bergelar ibu di seluruh dunia 💐

Walau apa jua panggilan yang disebut oleh seorang anak sama ada ibu, mama, umi, mak atau bonda, itulah panggilan yang paling mulia dan terhormat.

Dalam Islam, wanita yang bergelar ibu diangkat darjatnya dengan penuh penghormatan. Kasih sayang, doa dan pengorbanannya menjadi kekuatan dalam membina sebuah keluarga dan melahirkan generasi yang baik.

Sempena Hari Ibu ini, marilah kita menzahirkan rasa cinta dan penghargaan kepada insan yang sentiasa ada buat kita dalam susah dan senang. Kadangkala, kehadiran dan perhatian kecil daripada anak-anak sudah cukup untuk membahagiakan hati seorang ibu 🤍

Selamat Hari Ibu buat semua ibu tercinta 🌷

Tulus Ikhlas,
Nisa’ Selangor 💜




10/05/2026

💐 Selamat Hari Ibu 2026 💐

Nisa' Malaysia mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu di seluruh dunia.

Tidak kira panggilan apa yang disebut oleh seorang anak sama ada ibu, mama, ummi, mak dan sebagainya, itulah gelaran paling mulia dan disanjung tinggi.

Islam amat memuliakan wanita bergelar ibu kerana bukan sahaja dia melahirkan seorang anak namun menjadi sendi keluarga dengan nilai kasih sayang dan khidmat bakti yang Ikhlas. Hanya syurga tempat kalian.

Selamat Hari Ibu buat para ibu tercinta 🌹

Tulus Ikhlas,
Nisa' Malaysia 💜





BACAAN MATHURAT BERSAMA NISA' KAPARالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته☺💞Dijemput :-🧕Semua Muslimat 🗓️ Setiap JUMAAT⏰ 6.00 - ...
08/05/2026

BACAAN MATHURAT BERSAMA NISA' KAPAR

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته☺💞

Dijemput :-
🧕Semua Muslimat

🗓️ Setiap JUMAAT
⏰ 6.00 - 6.30 petang

📌 Google Meet
https://meet.google.com/qcn-xdnw-dzf

Anjuran :
🎯 Nisa' Kapar

'connectingyouth

06/05/2026

BANTAH PESTA AIR 2026 DI BUKIT BINTANG!

Pesta air campur lelaki & perempuan
Risiko pergaulan bebas
Tidak selari dengan nilai masyarakat
Jaga maruah & adab

KAMI BANTAH PESTA AIR 2026!




06/05/2026

✨ IBADAH KORBAN & AKIKAH BERSAMA NISA’ MALAYSIA✨

Usai Syawal, kita sudah masuk ke bulan Zulkaedah dan bakal melangkah ke bulan Zulhijjah.

Jom bersama Nisa’ Malaysia melaksanakan ibadah korban dan akikah khusus untuk raya haji yang bakal menjelma. Kali ini, pelaksanaan korban kami khusus di bumi Kemboja. ✨

Selain kita mengejar ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dengan pelaksanaan ibadah korban, kita juga dapat menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Semoga dengan ibadah korban ini menjadikan kita hamba yang dekat dengan Tuhan.

📌DAFTAR SEKARANG
https://forms.gle/swFXY9tETyrd2wsN7

💰RM370.00 satu bahagian lembu
(KEMBOJA)

💰RM750.00 - satu ekor kambing (KEMBOJA)

Pembayaran boleh dilakukan menerusi akaun rasmi:
♦️CIMB Islamic Pertubuhan Nisa’ Malaysia
💳 8600249091

Atau

📎Tekan pautan Toyyibpay yang telah disediakan :
https://toyyibpay.com/Korban-Akikah-2026

🔖Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta korban & akikah.

📱Hubungi wakil kami untuk sebarang pertanyaan dan bukti transaksi :
- 019-3487742 Puan Hidayahtul Aiman
- 013-2527902 Puan Syuhaidah
- 013-9737690 Puan Saida Farhanah
- 017-3734906 Cik Nursuryati

📍Tarikh Tutup Penyertaan: 25 Mei 2026 | 8 Zulhijjah 1447H | 11:59 PM

Jom bersama-sama Nisa’ Malaysia dalam melaksanakan ibadah korban & akikah di luar negara.




06/05/2026

SELAMAT HARI PEKERJA 2026 💫

Nisa’ Selangor mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang berkhidmat di dalam mahupun di luar negara.

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan (baik, sempurna dan penuh teliti).”
(Riwayat al-Baihaqi)

Moga setiap titik peluh yang dicurahkan menjadi amal bernilai di sisi Allah serta membawa keberkatan dalam rezeki dan kehidupan.

Teruskan melangkah dengan semangat, kecekalan dan rasa tanggungjawab dalam menyempurnakan setiap amanah yang diberikan.

Tulus Ikhlas,
Nisa’ Selangor 💜





Address

Kampong Bukit Kapar
42100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nisa' Kapar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Nisa' Kapar:

Share