08/07/2026
LAWATAN KERJA DELEGASI MUKIM BATU TALAM, RAUB KE KAMPUNG BUDU
Hari ini Kampung Budu menerima lawatan kerja dari delegasi Mukim Batu Talam yang diketuai oleh YM Tengku Azzudin Shah bin Tg Alang, Ketua Penolong Pegawai Daerah Raub bersama Penghulu dan Pengerusi JPKK Mukim Batu Talam.
Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk berkongsi maklumat dan informasi berkenaan Projek Agro Pelancongan Mukim Budu yang sedang dilaksanakan dari aspek pertanian, pelancongan sejarah dan perusahaan IKS.
Alhamdulillah lawatan yang sangat baik dan in shaa Allah akan ada kerjasama yang baik diantara daerah Lipis khususnya di Mukim Budu dengan daerah Raub khususnya di Mukim Batu Talam.
Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Khairul Fahmi bin Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Lipis; Encik Yunus bin Mohammad, Penolong Pegawai Daerah Lipis dan Encik Fadly bin Othman, Penghulu Mukim Budu yang turut serta dalam sesi lawatan kerja pada hari ini.
Semoga Kampung Budu terus maju jaya. In shaa Allah.