Kampungku sungai manggis

Kampungku sungai manggis Arkib Informasi Aktiviti di Sungai Manggis melalui
Majlis Pengurusan Komuniti Kampung(MPKK) Sg Manggis

2015 - 2024

sekitar persediaan majlis
13/05/2024

sekitar persediaan majlis

13/05/2024
assalamualaikum & salam hormat *Semua di Jemput Hadir*Rumah Terbuka Lebaran Syukur Seadanya Sg.Manggis1445H/2024M “… bia...
09/05/2024

assalamualaikum & salam hormat
*Semua di Jemput Hadir*

Rumah Terbuka
Lebaran Syukur Seadanya Sg.Manggis
1445H/2024M

“… biar dikata TerLajak Raya
Yang ada pun cuma itu-itu sahaja
Tetapi kami syukur bahagia
sempurna seadanya … “

*Masa* : 8.15 mlm - 10.00 malam
*Tarikh* : 12.05.2024
*Hari* : Ahad
*Tempat*: Dewan Orang Ramai Sg.Manggis

In Syaa Allah Kemeriahan & kehadiran tuan-tuan /puan-puan semua membahagiakan semarak kesyukuran ukhuwah silaturrahim kita bersama 🥳🥰☺️😉🤩

ikhlas :
MPKK Sg.Manggis

Lebaran di nanti telah pun tiba Setahun sekali kita berjumpaBanyak lah soalan Banyak Cerita Saat masanya kemaafan di pin...
12/04/2024

Lebaran di nanti telah pun tiba
Setahun sekali kita berjumpa
Banyak lah soalan Banyak Cerita
Saat masanya kemaafan di pinta

Eid Al Fitr Mubarak
Maaf Zahir & Batin pada semua🙏🏻🙏🏻🙏🏻

Ikhlas :
Seluruh Jawatankuasa & Warga kerja
MPKK / JPKK Sg.Manggis

Pemberitahuan bersama :MPKK Sg.Manggis Pembersihan perparitan / saliran Jalan B69 Sg.Manggis ( sebelah kanan & kiri ) ol...
26/02/2024

Pemberitahuan bersama :
MPKK Sg.Manggis

Pembersihan perparitan / saliran
Jalan B69 Sg.Manggis ( sebelah kanan & kiri ) oleh Pihak JKR melalui kerja-kerja pihak SUBCON konsesi

Bermula :
20.02.2024 / Selasa sehingga selesai

Sekian untuk makluman semua

Yang Benar ,
Tok Yun
Ketua kampung Sg.Manggis

Semua di jemput Hadir JEMPUTAN KE KEMPEN BEBAS PLASTIK & KESIHATAN KOMUNITI DI SRAI SG. MANGGIS, BANTING, SELANGORAssala...
23/02/2024

Semua di jemput Hadir
JEMPUTAN KE KEMPEN BEBAS PLASTIK & KESIHATAN KOMUNITI DI SRAI SG. MANGGIS, BANTING, SELANGOR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (EOHS), Universiti Putra Malaysia akan mengadakan program Kempen Bebas Plastik & Kesihatan Komuniti di bawah Projek Kajian MySWTC-EOHS seperti ketetapan berikut:

📍Tarikh: 24 Februari 2024 (Sabtu)
📍Tempat: Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) Sg. Manggis, Banting, Selangor
📍Masa: 8.30am – 2.30pm
📍Link pendaftaran: https://forms.gle/uuNZNrAVgNiSULTPA

Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan/puan untuk menghadiri dan memeriahkan lagi program tersebut. Berikut disertakan Tentatif program untuk rujukan. Antara aktiviti yang akan diadakan sepanjang program termasuklah:

📌 Pemeriksaan kesihatan percuma
📌 Edaran soal selidik kesihatan
📌 Cabutan bertuah
📌 Pertandingan mewarna kanak-kanak
📌 Pertandingan Upcycle & DIY Tolok Hujan
📌 Jamuan pagi dan tengah hari

Sebarang pertanyaan, sila hubungi no. yang tertera di Flyer.

Sekian, terima kasih.

On kasi Jadikkk !!! Aircond Dewan Orang Ramai Kg Sg.Manggis Kerja-Kerja Pemasanagn Aircond Dewan Serbaguna Orang Ramai K...
11/01/2024

On kasi Jadikkk !!!
Aircond Dewan Orang Ramai Kg Sg.Manggis
Kerja-Kerja Pemasanagn Aircond Dewan Serbaguna Orang Ramai Kg Sungai Manggis on Progress .

In Syaa Allah kedinginan dan kesejukan kasih sayang kita terjemahkan dengan kenyamanan 😉

Terima kasih YAB Dato Menteri Besar Selangor

…dan apabila kemudahan yang di beri ia adalah demi kebaikan dan manfaat penduduk setempat itu jua…Kerja-kerja penurapan ...
24/11/2023

…dan apabila kemudahan yang di beri ia adalah demi kebaikan dan manfaat penduduk setempat itu jua…

Kerja-kerja penurapan jalan jeti pak koya Sg.Manggis

Antara detik-detik manis kita semua berprogram bola sepak 7 sebelah Tertutup Sg Manggis
30/10/2023

Antara detik-detik manis kita semua berprogram bola sepak 7 sebelah Tertutup Sg Manggis

*Assalamualaikum wbt.**Dan Salam Sejahtera...**JEMPUTAN PROGRAM KEJOHANAN BOLA SEPAK ( 7 SEBELAH TERTUTUP ) KG. SUNGAI M...
25/10/2023

*Assalamualaikum wbt.*
*Dan Salam Sejahtera...*

*JEMPUTAN PROGRAM KEJOHANAN BOLA SEPAK ( 7 SEBELAH TERTUTUP ) KG. SUNGAI MANGGIS.*

Tarikh :
*28/10/2023 ( Sabtu ).*

Masa :
*8.00 pagi hingga selesai.*

Tempat :
*Padang Awam Kg. Sungai Manggis.*

Anjuran :
*MAJLIS PENGURUSAN KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI MANGGIS dengan Kerjasama BELIA KAMPUNG SUNGAI MANGGIS .*

Kategori :
*Terbuka dan Bawah 12 Tahun.*

Yuran Penyertaan :
*Terbuka - RM 30.00.*
*Bawah 12 Tahun - RM 15.00.*

Pendaftaran :
*1 team... maksimum 12 orang pemain saja.*

*Sebarang Pertanyaan Hubungi 😗

En. Didi - 011 23339434.
En. Lano - 01124044533.

Address

Jalan B69 Sungai Manggis Banting
Kampong Budu
42700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampungku sungai manggis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share