Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua

Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua Selamat datang ke Komuniti Kita untuk Semua penduduk Bakar Batu.

Laman Komuniti Bakar Batu | Bakar Batu Community | 峇卡峇都社区 | கல் பாக்கார் சமுகத்ல் | كومونيتي بكر باتو

Diharap dengan adanya Komuniti kita ini dapat mempereratkan perhubungan dan mempertingkatkan lagi Silaturahmi antara semua penduduk ataupun bekas penduduk Bakar Batu. Komuniti ini terbuka kepada siapa sahaja, tidak kira peringka

t umur atau generasi, latar belakang politik dan juga kedudukkan derajat sesorang. Disini semua komuniti adalah sama sahaja, asalkan ia tidak medatangan keburukan kepada satu sama lain, semua perbincangan adalah terbuka. Semoga komuniti kita ini mendapat sambutan positif oleh semua pihak, khususnya penduduk di Bakar Batu itu sendiri. Kami juga mengalu-alukan sumbangan berbentuk gambar-gambar, aktikel, pengalaman, cerita untuk di kongsi bersama komuniti disini. Dengan ini lagi sekali Komuniti Kita ingin menucapkan terima kasih diatas sokongan semua dan jangan lupa untuk membaca "Syarat penggunaan" laman ini http://www.facebook.com/kampungbakarbatu?sk=app_148405515223951


Terima Kasih dari
Pentadbiran Laman ¦:)
Komuniti Kita Untuk Semua Lokaliti : 160 / 45 / 06 / 001 - BAKAR BATU
Daerah Mengundi : 160 / 45 / 06 - BAKAR BATU
DUN : 160 / 45 - STULANG
Parlimen : 160 - JOHOR BAHRU
Negeri : JOHOR
http://www.bakarbatu.my
http://facebook.com/kampungbakarbatu
http://fb.me/kampungbakarbatu
http://kampungbakarbatu.blogspot.com
http://twitter.com/bakarbatu
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Bakar_Batu

Aduan diterima berkaitan isu tong sampah di Kampung Bakar Batu yang diletakkan berlebihan di atas jalan raya serta keada...
28/04/2026

Aduan diterima berkaitan isu tong sampah di Kampung Bakar Batu yang diletakkan berlebihan di atas jalan raya serta keadaan tong yang rosak.

Satu tinjauan telah dibuat bersama Ketua Kampung Bakar Batu, En Zulkifli, pas**an MyAduan Johor, pihak SWM Environment serta penduduk kampung.

Pihak SWM Environment akan mengambil tindakan menggantikan tong sampah yang rosak (roda) serta memastikan susunan tong lebih teratur.

Kerjasama penduduk amat dihargai bagi menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan.

25/04/2026

Alamak! Cuaca hari ini sangat lah panas! Kena banyak bersabar ya semua..

Kejadian di simpang Bakar Batu Interchange. Terima Kasih JMF kerana membantu tenangkan keadaan.

✨RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR, JPKK KG BAKAR BATU✨Jom sama-sama kita meriahkan sambutan Raya bersama Komuniti (Kampung) B...
24/04/2026

✨RAYA SEKAMPUNG BANGSA JOHOR, JPKK KG BAKAR BATU✨

Jom sama-sama kita meriahkan sambutan Raya bersama Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua!

📅 29 April 2026 (RABU)
🕗 8.00 malam
📌 Dewan Komuniti, Kg Bakar Batu.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan suasana Aidilfitri serta mengeratkan ukhuwah sesama Bangsa Johor 🤝✨

Majlis Marhaban dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Surau al-Mubarak▶️ 26-04-2026▶️ Hari Ahad▶️ Surau al-Mubarak, Kg Baka...
24/04/2026

Majlis Marhaban dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Surau al-Mubarak

▶️ 26-04-2026
▶️ Hari Ahad
▶️ Surau al-Mubarak, Kg Bakar Batu
▶️ Bermula Maghrib (Jamuan hari raya selepas Isyak)

Tema pakaian: Hari Raya
Semua ahli kariah dijemput hadir.

[[ Khidmat Masyarakat ]]Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhumah / Arwahmah Cikgu ...
24/04/2026

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhumah / Arwahmah Cikgu Hajah Aishah binti haji Yaakob telah kembali ke rahmatullah, pada 15hb April 2026, jam 1.57 pagi.

Almarhumah / Arwahmah menetap di Jalan Pantai , Jenazah telah selamat kebumikan.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

Sebelum wujudnya jambatan Permas Jaya dan EDL ini, bakar batu itu sudah lebih seratus tahun wujud dan isu jalan keluar m...
15/04/2026

Sebelum wujudnya jambatan Permas Jaya dan EDL ini, bakar batu itu sudah lebih seratus tahun wujud dan isu jalan keluar masuk penduduk ini juga sudah lama penduduk Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua membuat bantahan, aduan dan cadangan, tapi sampai sekarang tiada tindakkan oleh pihak berwajib untuk selesaikan isu yang tiada kesudahan ini.

Yang s**a buat report viral ini kebanyakkan bukan penduduk asal kawasan sini. Mereka hanya tahu menyalak, tapi mereka tidak tahu masalah penduduk yang nak keluar masuk kampung.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Onn Hafiz Ghazi Andrew Chen Kah Eng 曾笳恩

13/04/2026

Santai-santai sahaja 🐊

[[ Khidmat Masyarakat ]]Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhum / Arwah Sa'adun bin...
10/04/2026

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhum / Arwah Sa'adun bin Ibrahim telah kembali ke rahmatullah, pada 11hb April 2026.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

24 Ogos 1964 - 11 April 2026

https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

Berita Zon Bakar Batu.
03/04/2026

Berita Zon Bakar Batu.

4 warga China termasuk guna passport Mexico dicekup, 13 passport antarabangsa dirampas

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan empat warga China dan merampas 13 naskah passport dalam serbuan di kawasan Bayu Puteri di sini semalam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa berumur dalam lingkungan 43 tahun hingga 57 tahun.

"Seorang daripada mereka iaitu lelaki dewasa warganegara China menggunakan pasport antrabangsa Mexico palsu untuk masuk dan tinggal dalam negara ini.

"Penggeledahan dalam premis kediaman mereka menemui 13 naskah pasport antarabangsa pelbagai negara seperti Hong Kong, China dan Vietnam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program Ibadah Korban Surau al-Mubarak Tahun 2026/1447Surau al-Mubarak, Kg Bakar Batu akan menganjurkan Program Ibadah K...
02/04/2026

Program Ibadah Korban Surau al-Mubarak Tahun 2026/1447

Surau al-Mubarak, Kg Bakar Batu akan menganjurkan Program Ibadah Korban seperti berikut:

▶️ 28-05-2026
▶️ Khamis (Raya Haji ke-2)
▶️ Jam 8.30 pagi

Makluman Ibadah Korban
✅ Harga 1 bahagian - RM 850 termasuk kos pengurusan.
(RM 800 harga 1 bahagian lembu korban dan RM 50 pengurusan ibadah korban)
✅ Tarikh tutup penyertaan: 17/05/2026
✅ Sembelihan lembu korban akan dijalankan pusat sembelihan.
✅ Pihak surau akan menguruskan pelapahan, timbangan dan agihan.
✅ Borang penyertaan boleh diambil dari page Facebook surau dan di surau.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi:

Imam Faez - 019-7099687
Hj Ungku Fais - 014-2732462

Untuk Muat naik borang penyertaan program ibadah Korban 2026 di https://shorturl.at/VacRH

Marilah kita melaksanakan ibadah korban, 1 rumah untuk 1 bahagian korban. Semoga kita mendapat keberkatan Allah daripada ibadah korban yang kita laksanakan

[[ Khidmat Masyarakat ]]Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhum / Arwah Haji Mohd L...
31/03/2026

[[ Khidmat Masyarakat ]]

Innalillahi wainnalilllahirajiun. Dukacita ingin dimaklumkan bahawa Almarhum / Arwah Haji Mohd Luding Bin Ibrahim (Hj Din mantan imam/bilal surau al-mubarak) telah kembali ke rahmatullah, pada 30hb Mac 2026 / 10 Syawal 1447.

Almarhum / Arwah menetap di Jalan Madrasah , Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu.

Marilah kita bersama-samalah mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang² yang beriman serta dipermudahkan urusan akhiratnya. Al-Fatihah. Amin!

https://www.facebook.com/TanahPerkuburanBakarBatu

Address

Kampong Bakar Batu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Komuniti (Kampung) Bakar Batu untuk semua:

Share