Cinta Suami Isteri

Cinta Suami Isteri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cinta Suami Isteri, Kampong Alor Gajah.

BILA LELAKI CAKAP : TAK APALAH. Its OKAY.Jika seorang lelaki masih bercakap tentang apa yang mengganggunya dan masih men...
02/06/2026

BILA LELAKI CAKAP : TAK APALAH. Its OKAY.

Jika seorang lelaki masih bercakap tentang apa yang mengganggunya dan masih menegur perkara yang dirasakannya tidak betul, itu tanda dia masih peduli. Dia masih mahu hubungan itu menjadi lebih baik.

Tetapi saat dia berhenti menjelaskan, berhenti berdebat, berhenti menggeleng kepala dan berkata, “Tak apalah, its okay,” itulah saat yg u kena hati2 dan beri perhatian.

Kerana ketika itu, dia bukan lagi sedang cuba memperbaiki keadaan. Dia sedang menjauhkan diri slowly demi menjaga ketenangan hatinya sendiri.

Bila u buat sesuatu yg dulu membuatnya kecewa, tetapi sekarang dia hanya diam tanpa berkata apa-apa, itu bukan petanda baik. Itu sebenarnya satu amaran.
U mungkin semakin hampir ke penghujung hubungan itu.
Jadi jangan tunggu sehingga dia benar-benar pergi, baru kita sedar bahawa dia berhenti berjuang kerana dia sudah berhenti percaya bahawa perubahan tidak akan berlaku.. Semoga membantu

Bro is still digging himself out of that hole he dug himself in 😂
02/06/2026

Bro is still digging himself out of that hole he dug himself in 😂

02/06/2026

🤲🏻🤲🏻

01/06/2026
"Suami, Rakamlah Isterimu… Sebelum Momen Itu Jadi Kenangan." 📸🤍Kadang kita tak sedar…Dalam ribuan gambar dalam telefon,i...
01/06/2026

"Suami, Rakamlah Isterimu… Sebelum Momen Itu Jadi Kenangan." 📸🤍
Kadang kita tak sedar…
Dalam ribuan gambar dalam telefon,
isteri lah orang yang paling jarang ‘wujud’.
Bukan sebab dia tak ada…
Tapi sebab dia selalu berada DI SEBALIK kamera —
mengabadikan senyum suami, gelak anak, detik keluarga.
Sedangkan dirinya sendiri jarang terakam.
Sebab itu… suami yang rajin ambil gambar isterinya sebenarnya sedang berkata tanpa suara:
“Aku nampak penatmu. Aku nampak kasihmu. Dan aku nak simpan semua tu.”
Bila suami rakam —
Isteri tengah suap anak,
isteri tengah betulkan rambut anak,
isteri tengah lipat baju sambil senyum penat,
atau isteri tengah pegang tangan anak masa jalan…
Dia mungkin tak perasan,
tapi itu detik yang suatu hari nanti akan buat dada terasa sesak rindu.
Kerana anak… takkan kecil lama.
Dan isteri… takkan muda selamanya.
Namun gambar-gambar itulah yang akan kekal jadi saksi bahawa dia pernah beri seluruh hidupnya untuk keluarga.
Dan sebenarnya…
bila suami ambil gambar isteri,
isteri rasa satu perkara yang dia jarang dapat:
dia rasa dirinya dilihat.
Dilihat sebagai wanita, sebagai ibu, sebagai seseorang yang masih bermakna.
Walau dia tak minta,
hati seorang isteri akan lembut bila suami menghargainya begitu.
Dan nanti bila anak dah besar,
dia akan tengok gambar-gambar itu sambil tersenyum:
“Beginilah ayah sayang mak… senyap tapi penuh makna.”
Sebab itu, wahai suami…
Telefon yang kecil itu,
boleh jadi alat untuk menghidupkan kembali kasih dalam rumah tangga.
Rakam isteri dan anak-anak selagi masa masih berpihak pada kita. 🤍

31/05/2026

Hidup dengan suami yang s**a buat guilt trip… penatnya lain macam.
Bukan sebab dia marah.
Tapi sebab setiap kali aku betul, setiap kali aku tak salah… aku tetap rasa bersalah.
Dengan suami macam ni, pilihan cuma dua:
Telan semua, sabar, simpan rasa…
Atau belajar lindungi diri sendiri, perlahan-lahan.
Dia susah terima teguran.
Apatah lagi dari aku, isterinya.
Dalam kepala dia, aku tak boleh lebih betul, tak boleh lebih pandai.
Setiap kali aku bersuara, kalau salah sikit… “kau membesar-besarkan benda kecil.”
Kalau aku diam… dia buat benda yang sama lagi.
Dia pandai tuntut apa yang aku “kena bagi”.
Sabar, reda, ikut, faham.
Tapi bila tiba giliran dia tunaikan tanggungjawab… semua jadi remeh.
Dan bila aku tegur? Reaksi dia buat aku rasa aku yang salah.
Dalam cerita dia, dia sentiasa mangsa.
Sentiasa paling banyak berkorban.
Dan sebab itu, kesalahan dia ada alasan.
Sedangkan aku? Aku cuma manusia biasa, cuba jadi isteri baik.
Hakikatnya, guilt trip dia bukan sebab dia kuat.
Tapi sebab dia tak berani mengaku salah.
Lebih senang buat aku rasa berdosa… daripada betulkan diri sendiri.
Lama-lama, aku mula hilang diri.
Nak buat keputusan sendiri pun takut.
Nak keluar jumpa kawan, nak balik kampung, nak beli benda untuk diri sendiri…
aku rasa bersalah tanpa sebab yang jelas.
Setiap kali aku bersuara, ayat dia buat aku terdiam:
“Apa lagi yang awak tak puas hati?”
“Abang dah buat macam-macam…”
“Kalau awak rasa abang teruk sangat…”
Akhirnya, kesalahan dia hilang…
tapi aku tetap rasa bersalah.
Itulah kesan hidup dengan suami yang s**a buat guilt trip.
Emosi aku dikoyakkan sikit demi sikit.
Bukan jeritan yang sakitkan, tapi ayat yang buat aku percaya… aku yang salah walaupun aku betul.
Boleh ke hidup dengan suami macam ni?
Boleh. Tapi jiwa penat. Hati koyak.
Kalau terpaksa kekal, bina batas kuat.
Apa yang kau boleh terima, terima.
Apa yang kau tak mampu hadap, elakkan.
Jangan biar rasa bersalah jadi senjata untuk terus sakiti kau.
Kalau sampai satu tahap, emosi hancur, harga diri hilang, dan kau dah tak kenal diri sendiri… lari.
Biarlah orang nak cakap apa pun.
Cakap orang sekej*p je.
Hidup kau yang tanggung bertahun-tahun.
Ingat: mengaku salah tak buat seseorang lemah.
Tapi buat pasangan rasa bersalah walaupun dia tak salah…
itulah yang merosakkan rumah tangga.
Taat pada suami bukan bermaksud kau wajib hancurkan diri sendiri.
Mental health kau jauh lebih berharga.

30/05/2026

Husband book hotel kat genting for this weekend. Kita tau drpd last week lagi sbb ternampak noti fon dia. Sampai sekarang dia tak bgtau apa apa pun. Firasat hati kata dia akan cakap dia kena gi outstation kat KL. Tapi sebenarnya nakgi check in dengan betina tu. Kita buat buat taktau je lah dulu, tengok je lah apa permainan dia nk buat.
Dalam fasa mengadu dan meluah kat Tuhan je sekarang. Semoga Allah bagi balasan yg setimpal dekat suami yg dah aniaya anak dan isteri ni. Semoga Allah keluarkan saya dan anak daripada situasi ni dengan cara yg paling melembutkan dan tak menyakitkan.
Korang yang baca ni doakan i selalu kuat dan berani dah hadap semua ni. Benda ni dari tahun lepas lagi. I dan confront suami dan betina tu banyak kali dah. Tapi tetaplah setiap bulan pi meromen. Tapi suami i taknak lepaskan i.
Update: firasatku betul. Husband cakap dia kena pi KL sbb staff buat hal. Bila aku cakap nk ikut, dia tak bg sbb dia pegi dgn colleague hahah aku dah tau dah game dia. Nanti kat sana dia akan tak contact aku lgsg. Bila aku call je nnt dia takkan angkat pun, dia akn cakap dia dgn org lah dia tertidur lah. Kalau aku minta location ke apa dia akan cakap aku menekan dia time dia sibuk kerja padahal sibuk memantat je
Its okay, aku nak jadi wanita tenang dan kumpul bukti je ni dulu. Baru je mnggu lepas aku doa minta Allah tunjuk bukti kalau betul suami aku dok berzina, kej*p je Allah dah tunjuk. So, aku tak nak terburu buru lagi. Nak plan betul betul. Bagi cukup bukti, cukup duit dulu. Korang kalau ada tips apa apa untuk aku, share la.

29/05/2026

Selama kawin ni, aku ngan suami okay je.. tapi ada satu hari tu, suami ada hantar gambar something tanya cantik tak sayang? Pastu aku jawab cantik... kenapa? Dia jawab nanti abang belikan kat sayang.. aku pun cakap okayy..
Pastu, aku nak pinjam phone dia nak tengok chopee dia j*p then alang² aku belek wasap dia sekali. Aku nampak dia post story kat wasap so aku buka la nak tengok alang2 aku tengah main phone dia. aku tengok dia pos screenshot chat antara aku & dia tadi kononnya sweet gitew TAPI
.
Aku ambik phone aku tengok kat wasap takde pulak naik story suami aku, and aku tengok balik phone suami aku, aku tengok dia post only to this one person untuk tengok story dia. Teka sapa? EX GF dia weiiiiii... anyway, exgf dia dah kawin jugak. Takde communication diantara diorang.
Cuma firasat aku kuat mengatakan bahawa suami still kennot moveon with his EX GF.. ex dia tengok je story dia masa tu. And
.
Masani suami baru keluar toilet, aku panggil dia duduk kat aku.. sini j*p bang.. okay dia datang duduk.. aku pegang dua² tangan dia, aku tatap dia, dari hati ke hati, jawab soalan sayang ni sejujurnya..
Function abang post story wasap untuk ex abang je tengok chat kita for what? Abang nak tunjuk abang bahagia? Abang still ada perasaan kat dia ye?
Dia diam... tak mengaku.. tapi tulah aku boleh sabar lagi takat ni.
CUMA, perasaan aku kuat bagitau suami aku still kennot move on.
.
Sejarah diorang ni dah lama putus, suami cerita je si Ex dulu always curang dengan suami masa couple. Curang² and datang balik tu masa couple la . Kalau dia datang balik masa kawin ni patah leher dia aku kejekan . Jangan cari pasal.
.
Situation sekarang, aku rasa tak selesa... suami aku tak curang tapi perasaan dia tu aku rasa tak fully for me. Arghhh stghessss
.
Aku ulang tanya sekali lagi, suami aku angkat tangan dia cakap dia sayang aku. Tapi tulah haha

HUTANG KEPADA ISTERIBenda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa d...
28/05/2026

HUTANG KEPADA ISTERI

Benda paling suami terlepas pandang.. HUTANG NAFKAH.. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pon tak cukup? Duit habis tapi tak nampak spend untuk apa?

Hati kusut.. Tanya isteri anda,tanya dari hati ke hati.. Adakah dia redha untuk segala nafkah suami terhadap isteri.. Tanya isteri,adakah dia betul2 halalkan segala hutang nafkah yang suami berhutang tu?

Percayalah,isteri ni sebenarnya banyak benda dia pendam tapi dia takkan luahkan sebab menjaga hati.. kedua sebab nak elakkan pergaduhan.. JANGAN KEDEKUT dengan isteri..

perasan tak pasangan yang bahagia selalunya suami tak kedekut dengan isteri.. Perasan tak?? Makan isteri berkira,sampai isteri kena keluarkan duit sendiri.. dalam tak sedar,kita suami dah BERHUTANG dengan isteri..

Kite tengok isteri tak kisah,kita tahu ke dalam hati dia?

Mak Ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu untuk dijaga macam diorang jaga.. bukan kamu nkerah tenaga dia macam BABU.. bukan untuk kamu kerah kudrat dia siang,malam 24jam tanpa rehat..

Bukan untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu,kamu nak dia jaga.. Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia agak2 dia akan bagi tak kahwin?

Kahwin ni bukan untuk SEDAP semata.. tapi banyak TANGGUNGJAWAB yang kena pikul.. Atas dunia boleh kite ngelat,tapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.. Kita akan dipersoalkan kat akhirat esok2..

Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri. Jagalah perasaan isteri. Isteri lah punca rezeki suami makin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Aamiin..
Kredit : Khairul Johari

Pakai yang ni je nak vaccum dah cukup power👍👍Standby 2 dkt rumah senang tumpah sikit2 pakai jenis ni je senang.. Ada moo...
28/05/2026

Pakai yang ni je nak vaccum dah cukup power👍👍
Standby 2 dkt rumah senang tumpah sikit2 pakai jenis ni je senang.. Ada mood turbo lagi tau harga murah berbaloiiii beli https://s.shopee.com.my/30lB0CTl96

Address

Kampong Alor Gajah
75250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cinta Suami Isteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share