Pertubuhan Sinar Amal - PSA

Pertubuhan Sinar Amal - PSA Pertubuhan Sinar Amal (PPM-008-10-27082019)

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-QuranHari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita tentang turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan ra...
06/03/2026

πŸŒ™ Salam Nuzul Al-Quran

Hari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita tentang turunnya Al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat untuk seluruh umat manusia. Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Semoga Ramadan dan Hari Nuzul Al-Quran ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua. 🀲

Ikhlas daripada Pertubuhan Sinar Amal.

18/02/2026

Ramadan hadir membawa cahaya dan harapan. πŸŒ™

Pertubuhan Sinar Amal mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada semua pesakit, penjaga dan sahabat kami.
Semoga setiap ujian diberi ganjaran, setiap kesabaran diganjari pahala, dan setiap doa dimakbulkan oleh-Nya.

Gong Xi Fa Cai 🧧✨Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Pertubuhan Sinar Amal ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan ke...
16/02/2026

Gong Xi Fa Cai 🧧✨

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, Pertubuhan Sinar Amal ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan kepada semua yang meraikan. Semoga tahun ini membawa kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan buat anda dan keluarga ❀️

Untuk makluman, sepanjang tempoh perayaan ini kami juga membuka slot untuk transit dialisis (visiting patient). Jika anda memerlukan rawatan dialisis di luar kawasan anda, sila hubungi kami untuk maklumat lanjut atau tempahan slot.

πŸ“ Kawasan PDSA:
β€’ Ipoh (Meru)
β€’ Kampar
β€’ Batu Gajah

πŸ“ž Untuk pertanyaan / tempahan WhatsApp kami :
https://wa.me/601111455609
https://wa.me/601111445609

Jaga diri & selamat bercuti πŸ‰

✨ Berita baik untuk pesakit dialisis ✨
28/01/2026

✨ Berita baik untuk pesakit dialisis ✨




16/01/2026

Peristiwa Israk dan Mikraj ialah salah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

Maksud Israk dan Mikraj
- Israk bermaksud perjalanan Nabi Muhammad SAW pada waktu malam dari Masjidil Haram (Makkah) ke Masjidil Aqsa (Palestin).
- Mikraj p**a ialah perjalanan Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Aqsa naik ke langit yang tujuh hingga ke Sidratul Muntaha.

Kronologi Ringkas Peristiwa
1. Berlaku pada waktu malam dengan kehendak Allah SWT.
2. Nabi Muhammad SAW menaiki Buraq , haiwan tunggangan dari syurga.
3. Baginda singgah dan solat di Masjidil Aqsa sebagai imam kepada para nabi.
4. Nabi SAW naik ke langit dan bertemu para nabi di setiap lapisan langit.
5. Baginda menerima perintah solat fardu , pada asalnya 50 waktu, kemudian diringankan menjadi 5 waktu sehari semalam .

Hikmah dan Pengajaran
- Kewajipan solat adalah perintah terus daripada Allah SWT tanpa perantaraan.
- Menguji keimanan umat Islam, terutama pada waktu awal penyebaran Islam.
- Menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang tiada batasan.
- Mengangkat kedudukan Masjidil Aqsa sebagai tempat suci umat Islam.

Pengajaran Utama
Peristiwa Israk dan Mikraj mengajar umat Islam supaya:
- Menjaga solat dengan penuh disiplin dan keikhlasan.
- Yakin terhadap kebesaran Allah SWT walaupun sesuatu itu di luar logik manusia.
- Bersabar menghadapi ujian dalam kehidupan.

✨ Jumaat penuh barakah ✨Jom sama-sama ringankan beban pesakit dialisis melalui sedekah.Sedikit dari kita, besar maknanya...
26/09/2025

✨ Jumaat penuh barakah ✨
Jom sama-sama ringankan beban pesakit dialisis melalui sedekah.
Sedikit dari kita, besar maknanya buat mereka. πŸ’§πŸ€²

πŸ“Œ Maybank: 5620 8562 3978
(Pertubuhan Sinar Amal)

Satu hati, satu jiwa, satu Malaysia!Happy Malaysia Day πŸ’™
16/09/2025

Satu hati, satu jiwa, satu Malaysia!
Happy Malaysia Day πŸ’™

✨ Best kan bila kita dapat bahagiakan orang lain?Jumaat ni jom kongsi rezeki, semoga Allah swt mudahkan urusan kita semu...
12/09/2025

✨ Best kan bila kita dapat bahagiakan orang lain?

Jumaat ni jom kongsi rezeki, semoga Allah swt mudahkan urusan kita semua. πŸ’›

Address

Jalan Perdana
Kampar
31900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Sinar Amal - PSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Sinar Amal - PSA:

Share