24/06/2024
๐๐ฑ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ต ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐ ๐ฏ๐ฎ๐ด๐ฎ๐ถ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐บ๐ฒ๐ป๐ด๐ด๐๐ป๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐ฐ๐๐ป ๐ฟ๐๐บ๐ฝ๐ฎ๐ถ ๐๐ฒ๐ฐ๐ฎ๐ฟ๐ฎ ๐๐ฒ๐น๐ฎ๐บ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ธ๐๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ผ๐ ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ด๐๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฏ๐๐ป ?
Pada 29 Mei 2024, kami pihak WAGS Perak telah bekerjasama dengan pihak
Sustainable Agriculture Network(SAN), CABI(Central for Agricultural and Bioscience International) dan Universiti Putra Malaysia(UPM) dengan mengadakan satu bengkel penggunaan racun rumpai secara selamat. Bengkel ini telah dihadiri oleh 13 orang pekebun kecil di daerah Kampar.
Dari zaman dahulu sehingga kini, terdapat ramai pekebun kecil yang menggunakan racun rumpai di kebun sawit. Tetapi, ramai pekebun yang tidak membaca keterangan mengenai kandungan bahan-bahan toksik racun di bahagian belakang tong racun. Hal ini akan menyebabkan penggunaan racun yang tidak sesuai dan akan meningkatkan kos perbelanjaan. Selain itu, terdapat pekebun yang masih tidak memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) dengan betul dan akhirnya dapat mengakibatkan kecederaan kepada pekebun.
Justeru, objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk berkongsi mengenai cara terbaik dan selamat dalam penggunaan racun rumpai kepada pekebun kecil.
Antara aktiviti yang diadakan dalam bengkel tersebut adalah penerangan berkaitan cara untuk membaca kandungan bahan-bahan toksik di tong racun dan cara untuk membuat pengiraan bancuhan racun kimia dengan kuantiti yang selamat bagi menjimatkan kos kebun. Selain itu, terdapat juga demonstrasi pemakaian Peralatan Perlindungi Diri (PPE) yang sesuai semasa meracun.
Pada sesi terakhir dalam bengkel ini, kami juga telah membuat demonstrasi menyembur racun di kebun Mat Jailani Arshad. Kami turut membuat penerangan mengenai perbezaan nozel penyembur racun yang sesuai digunakan untuk tumbuhan yang berbeza.
โ๐ต๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ข๐ ๐ข๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐โ๐๐ ๐๐๐๐ ๐ด๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐. ๐๐๐๐๐๐๐, ๐ ๐๐ฆ๐ ๐ก๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ง๐๐๐๐๐ ๐ค๐๐๐ ๐ข๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐๐ข ๐๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐ ๐ ๐๐ ๐ข๐๐ โ๐๐ก๐ ๐๐๐ โ๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ข ๐ ๐โ๐๐๐. ๐๐๐๐๐๐ ๐๐ก๐ข, ๐ ๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐๐ ๐ก๐๐๐โ ๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐๐๐๐ข ๐ก๐๐๐๐โ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐๐๐๐ ๐๐๐ธ ๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐๐ ๐ข๐๐ ๐ข๐๐ก๐ข๐ ๐๐๐๐๐๐ข๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ก๐๐.โ kata pekebun kecil Herzuza Dongkin dari Kampung Chenderong Kelubi.
Jika mana-mana pekebun kecil yang berminat sila hubungi kami di talian 05-4684713 (WAGS Perak Office)