21/04/2026
๐ ๐๐ฆ๐ฌ๐จ๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ฆ & ๐๐๐ ๐จ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐ ๐ฅ๐๐ฌ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ง๐ฅ๐ 2026 ๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐จ๐ช๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐ ๐๐จ๐๐จ ๐๐๐ก๐๐๐ง
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Khas & Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2026 Kelab Ukhuwah Kakitangan PAID Hulu Langat telah berlangsung dengan jayanya.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ustaz Mohamad Naim Mohd Nazri, Pengerusi Kelab.
Seterusnya, ucapan perasmian telah disempurnakan oleh A.F Ustaz Hj. Lukman Mohd Hosni, Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat.
Turut hadir memeriahkan majlis, mantan PTA Hulu Langat, A.F Ustaz Hazman Che Mohamed yang kini bertugas di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Cawangan Jelebu sebagai Pengarah Kampus.
Sekalung penghargaan juga kepada Ustaz Mohd Anuar Baharudin yang telah bertukar ke Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSEL), Sabak Bernam.
Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah dan hidangan menarik yang disajikan, menambahkan lagi suasana harmoni dan penuh kemesraan dalam kalangan warga yang hadir.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah terus erat dan diberkati. ๐ค๐