menggalakan generasi kini kenali negara tercinta dengan mewujudkan usaha-usaha membangun sekaligus memupuk semangat kebersamaan dalam perpaduan di kalangan masyarakat yang berbilang kaum ini.
2. Meningkatkan dan memantapkan jati diri. penerapan jati diri yang mantap di dalam setiap peribadi masyarakat agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasm
ani. ini juga dapat diertikan sebagai tujuan hidup yang sesungguhnya yang harus dicapai seluruh manusia.
3. Keusahawanan masyarakat. melahirkan usahawan yang berjaya dan tidak alpa dengan norma nilai-nilai murni di samping mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama kepada masyarakat.
4. Keprihatinan terhadap pemeliharaan alam sekitar. mendidik masyarakat yang sentiasa peka dengan perubahan alam serta merasakan kehadiran alam perlu untuk kita terus hidup dengan sejahtera dan dapat memelihara cara hidup yang lebih demokratif.
5. Memartabatkan seni kebudayaan tempatan. menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak sekaligus menyanjung tinggi nilai-nilai seni budaya itu.
6. Meningkatkan potensi pelbagai industri daerah. mempelbagaikan sumber pendapatan masyarakat tempatan dengan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden berasaskankeunikkan daerah tertentu. Melalui inilah lakaran dan catatan perjalanan dan pengembaraan kami sepanjang menjalankan aktiviti kemasyarakatan di seluruh daerah dalam negeri Selangor Darul Ehsan sebagai satu persatuan yang berhasrat mengembangkan pelbagai program dari aspek kegiatan aspirasi nasional dan aktiviti memperkasakan modal insan dan memperkasakan masyarakat desa. Di dalam ini juga kami catatkan berdasarkan skop yang berkenaan :
- Ekonomi dan Usahawan
- Sukan dan Budaya
- Politik dan Perundangan
- Sosial dan Masyarakat
- Pendidikan dan Pelajaran
- Pertanian dan Penternakan
- Media dan Komunikasi
KEBAIKAN UNTUK SELURUH MASYARAKAT BERBILANG KAUM DAN PEMBANGUNAN NEGARA DEMI PERPADUAN YANG LEBIH ERAT.