Pertubuhan IMAN

Pertubuhan IMAN Ikatan Mukminin Nasional (IMAN)
Menegakkan aqidah mendaulatkan syariah

Eid Mubarak!تَقَبَّلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ Jom susuli ketaatan yang telah kita bajai di bulan Ramadhan dengan amal ...
27/03/2026

Eid Mubarak!
تَقَبَّلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Jom susuli ketaatan yang telah kita bajai di bulan Ramadhan dengan amal istimewa di bulan Syawal?

Daripada Abu Ayyub al-Ansari RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

"Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun."
(HR Muslim)

Ayuh! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran berpuasa selama setahun! 😊

P/s: Boleh susun jadual puasa & menghadiri rumah terbuka & ziarah raya. Moga tiada alasan untuk kita tak puasa 6.

Kalau sesuatu perkara itu penting untuk kita,
kita mesti akan make time untuk dia, kan?

Salam Ramadhan yang ke 29.Jom sama-sama kita hayati erti ‘ilah’ daripada sudut perlindungan hingga kita tidak takut kepa...
18/03/2026

Salam Ramadhan yang ke 29.

Jom sama-sama kita hayati erti ‘ilah’ daripada sudut perlindungan hingga kita tidak takut kepada apa-apa dan mana-mana makhluk, kecuali hanya pada Allah

Ramadhan Bersama IMAN | Ep.2 Menjadikan Allah Sebagai Satu Satunya Pelindung

Makna ‘ilah’ dalam kalimah لا إله إلا الله seringkali dimudah ertikan sebagai ‘Tuhan’ dan ‘sembahan’ semata-mata. Walhal ia mempunyai makna yang lebih besar ...

Makna ‘ilah’ dalam kalimah لا إله إلا الله seringkali dimudah ertikan sebagai ‘Tuhan’ dan ‘sembahan’ semata-mata. Walhal...
17/03/2026

Makna ‘ilah’ dalam kalimah لا إله إلا الله seringkali dimudah ertikan sebagai ‘Tuhan’ dan ‘sembahan’ semata-mata.

Walhal ia mempunyai makna yang lebih besar dan mendalam daripada itu.

Bersempena dengan Ramadhan 1447H, Pertubuhan IMAN ingin mengajak anda semua untuk kembali memaknai makna ilah yang sebenar.

Ia bukan sekadar Tuhan, apatah lagi sembahan. Ia merangkumi segala aspek kehidupan dan tujuan mengapa kita diciptakan; maka tidak hairanlah, barangsiapa yang mengucapkannya dengan penuh sedar dan keimanan, hanya syurga tempat baginya!

Ayuh kita selami dan dalami makna ilah dalam siri Ramadhan: Kembali Memaknai Ilah ini; inshaAllah anda akan melihat dunia dan kehidupan anda dengan perspektif yang berbeza! 😊

Makna ‘ilah’ dalam kalimah لا إله إلا الله seringkali dimudah ertikan sebagai ‘Tuhan’ dan ‘sembahan’ semata-mata. Walhal ia mempunyai makna yang lebih besar ...

Malam ini malam ke 21.Jom perbanyakkan doa ini?Selamat menghidupkan malam ini seolah olah malam inilah malam lailatul qa...
10/03/2026

Malam ini malam ke 21.
Jom perbanyakkan doa ini?

Selamat menghidupkan malam ini seolah olah malam inilah malam lailatul qadr? 🔥

10 malam terakhir yang merupakan puncak kepada Ramadhan telahpun bermula sejurus azan maghrib tadi!Ayuh hidupkan malam k...
09/03/2026

10 malam terakhir yang merupakan puncak kepada Ramadhan telahpun bermula sejurus azan maghrib tadi!

Ayuh hidupkan malam kita dengan penuh imanan wahtisaban 🔥🔥

Moga moga Allah sudi mengampunkan semua dosa kita, membebaskan kita dari azab api neraka 🔥

[Taufan Al-Aqsa: Retaknya Kesatuan Barat]Kesatuan Barat kini makin berpecah umpama retak menanti belah.Kalau dahulunya k...
09/03/2026

[Taufan Al-Aqsa: Retaknya Kesatuan Barat]

Kesatuan Barat kini makin berpecah umpama retak menanti belah.

Kalau dahulunya ketika perang Iraq dan Afghanistan mereka bersatu hati dalam menyerang negara umat Islam.

Kini mereka sendiri sudah terpecah dengan pendirian yang berbeza terutama blok eropah.

Negara-negara utama di Eropah masih menolak untuk bersama US dalam menyertai serangan ke atas Iran.

Lebih mengejutkan, Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez dilaporkan menolak permintaan Donald Trump untuk menggunakan pangkalan tentera Sepanyol bagi operasi terhadap Iran.

Trump memberi amaran dengan tegas mengugut untuk memutuskan hubungan perdagangan dengan Sepanyol.

Namun Sanchez menegaskan bahawa Sepanyol tidak akan tunduk kepada tekanan.

Manakala presiden France, Emmanuel Macron, mengkritik tindakan ketenteraan Amerika dan Israel sebagai melanggar undang-undang antarabangsa.

Dalam masa yang sama, Perancis tetap menggerakkan kapal induk Charles de Gaulle ke Mediterranean Timur, atas dasar perjanjian pertahanan dengan United Arab Emirates dan Qatar.

United Kingdom p**a mengumumkan penyertaan secara defensif.

Perdana Menteri Keir Starmer menyatakan bahawa Britain kini terlibat secara rasmi dalam mempertahankan Teluk, khususnya Jordan.

Pesawat pejuang F-35B Britain beroperasi di ruang udara Jordan bagi memintas dron Iran.

Garis pemisah dalam blok Barat sendiri semakin ketara.

Apa yang menyebabkan perbezaan pandangan ini?

Inilah keberkatan dari jihad Taufan Al-Aqsa.

Perang di Gaza telah melondehkan kejahatan US dan Israel yang kini makin rakus hendak meluaskan kuasa dengan menyerang Iran.

Perang di Gaza juga telah melondehkan pemimpin Arab yang bekerjasama dengan US dan menyerlahkan projek normalisasi jahat mereka.

Ketika ramai pengulas yang mengecam tindakan gerakan H yang merugikan Gaza, namun kini semakin jelas, badai Taufan Al-Aqsa telah merubah landskap politik di Timur Tengah.

Bukan sahaja umat Islam makin meluat dengan pakatan syaitan US-Israel, bahkan masyarakat barat pun makin kuat menyokong Palestin dan menolak kekejaman pakatan syaitan US-Israel.

Buat pengulas yang merendah-rendahkan jihad di Gaza, ketahuilah kebanyakan negara umat Islam hari bebas dengan kekuatan jihad.

Lihatlah negara Algeria.

Ketika itu mereka yang menyertai jihad pembebasan Algeria hanyalah sekitar 300 ribu pejuang.

Sedangkan tentera France ketika itu hampir mencecah 700 ribu tentera.

Dengan kehebatan senjata mereka lagi ketika itu yang lebih hebat berbanding mujahidin Algeria.

Sangat mustahil untuk mujahidin menang.

Berapakah angka korban ketika itu?
Melepasi angka 1 juta.

Ketika itu, ramai yang menasihati mujahidin untuk berhenti berjuang kerana angka korban yang sangat tinggi.

Sehingga apabila seorang mujahidin ditanya kenapa mereka berjuang sedangkan mereka tahu mereka akan kalah?

Maka pejuang itu menjawab:

“Kami berjuang kerana perintah Allah untuk melawan kezaliman dan mempertahankan tanah umat Islam. Sedangkan keputusan peperangan ini terserah kepada Allah. Kalau kami kalah pun kami tetap mendapat kemenangan di syurga Allah SWT dengan meraih kesyahidan!”

Dengan semangat juang ini, mereka terus berjuang!

Sehingga akhirnya, penjajah Perancis tumbang dan dihalau dari bumi Algeria.

Inilah sumber kekuatan yang ditakuti oleh barat.

Mereka cuba merosakkan ajaran Islam dengan mengasingkan kekuatan penentangan dengan meletakkan Islam sebagai agama yang lemah dan berperanan di masjid-masjid sahaja dan membiarkan kezaliman bermaharaja lela.

Jalan kemenangan umat Islam tidak akan dirintis oleh mereka yang menjadikan selain dari Allah sebagai pelindung demi meraih kesenangan di dunia.

Mereka yang bersekongkol dengan barat sebagai boneka dan khadam kelak akan tumbang dan dibuang menjadi seorang yang hina.

Namun buat para pejuang yang bertahan dan bersabar dalam perjuangan, akan mendapat tempat di dunia dan di syurga kelak.

Benarlah firman Allah:

اَمْ حَسِبْتُمْ أَنْ تُتْرَكُوا وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنْكُمْ وَلَمْ يَتَّخِذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَا رَسُولِهِ وَلَا الْمُؤْمِنِينَ وَلِيجَةً ۚ وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan dibiarkan (begitu sahaja), sedangkan Allah belum lagi menzahirkan (menguji) siapa di antara kamu yang benar-benar berjihad dan tidak mengambil selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang mukmin sebagai teman kepercayaan (memberi kesetiaan)?

Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

Inilah sunatullah kemenangan yang ditetapkan oleh Allah.

Kemenangan itu akan tiba bila sudah zahirnya golongan yang menjadi pengkhianat dengan meletakkan kesetiaan kepada musuh Allah berbanding orang-orang beriman.

Dengan golongan yang benar-benar menjadi Allah, Rasul dan orang beriman sebagai pelindung.

Peperangan ini bukan sekadar fakta dan analisa tanpa keimanan.

Tetapi peperangan ini untuk memisahkan golongan yang haq dan batil.

Dan jalan kemenangan itu perlu ditempuh dengan jalan yang diredhoi oleh Allah.

Inilah ujian yang Allah kehendaki kepada hambanya sebelum bumi ini bakal diwarisi oleh mereka yang beriman.

اِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ لِيَصُدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۚ

Sesungguhnya orang-orang yang kafir membelanjakan harta mereka untuk menghalang (manusia) dari jalan Allah.

فَسَيُنْفِقُونَهَا ثُمَّ تَكُونُ عَلَيْهِمْ حَسْرَةً ثُمَّ يُغْلَبُونَ ۗ

Maka mereka akan terus membelanjakannya, kemudian (harta itu) menjadi penyesalan bagi mereka, lalu mereka akan dikalahkan.

وَالَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ جَهَنَّمَ يُحْشَرُون

Dan orang-orang yang kafir itu akan dihimpunkan ke dalam neraka Jahannam.”

[Al-Quran: Az-Zikr vs Zikroyat?]Hari ini merupakan tarikh bersejarah turunnya Al-Quran kepada Rasulullah SAW.Dengan turu...
07/03/2026

[Al-Quran: Az-Zikr vs Zikroyat?]

Hari ini merupakan tarikh bersejarah turunnya Al-Quran kepada Rasulullah SAW.

Dengan turunnya Al-Quran, bermulalah satu kelahiran yang agung.

Kelahiran sebuah tamadun Islam yang kelak menjadi rahmat bagi seluruh alam.

Allah SWT telah menetapkan bahawa Al-Quran ini diturunkan kepada bangsa Arab di Makkah.

Sebuah tempat yang kering kontang dan terpencil, jauh daripada perebutan kuasa besar dunia ketika itu.

Namun dengan berpandukan Al-Quran, Rasulullah SAW berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi terbaik, yang akhirnya memimpin pertempuran dan menewaskan dua kuasa besar dunia ketika itu, iaitu Rom dan Parsi.

Sehingga Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia!

Tetapi malangnya pada hari ini, peranan Al-Quran dalam memimpin perjuangan umat Islam di atas muka bumi telah dihilangkan.

Al-Quran hanya tinggal sebagai sebuah “zikroyat”.

Hanya tinggal sebagai kenangan manis dari masa lalu.

Ia hanya membangkitkan rasa kagum, sedih atau gembira dalam jiwa individu.

Sedangkan hakikatnya Al-Quran bukan sekadar zikroyat.

Ia adalah Az-Zikr, peringatan.

Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai peringatan yang membimbing mereka untuk terus berjuang menegakkan Islam.

Di Makkah, Al-Quran menjadi panduan dakwah.

Di Madinah, Al-Quran menjadi peringatan untuk membina daulah dan berjihad menghadapi kekufuran.

Kadangkala peringatan itu bersifat lembut.
Namun terkadang peringatan itu berisfat keras dan tegas.

Ketika Perang Badar, para sahabat bertanya tentang harta rampasan perang.

Namun Al-Quran membimbing mereka bahawa ketaqwaan dan keimanan jauh lebih besar nilainya daripada harta rampasan perang.

Tetapi apa yang berlaku dalam Perang Uhud?

Sebahagian sahabat meninggalkan posisi mereka di atas bukit ketika peperangan masih berlangsung kerana terpukau dengan harta rampasan perang.

Lalu datanglah peringatan yang keras.

Dalam bentuk kekalahan.
Dalam bentuk kematian,
Dan dalam bentuk pengkhianatan golongan munafik.

Di sinilah Al-Quran berfungsi sebagai Az-Zikr, peringatan.

Peringatan yang meluruskan kembali langkah para sahabat agar mereka jelas tujuan hidup mereka di atas muka bumi ini.

Kerana itulah Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hijr:

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Az-Zikr (Al-Quran), dan sesungguhnya Kamilah yang memeliharanya.”

Pemeliharaan ini bukan sekadar menjaga tulisan dalam mushaf, tetapi Allah menjaga peranan Al-Quran sebagai Az-Zikr yang membimbing umat.

Kerana itu, Al-Quran perlu dikembalikan sebagai Az-Zikr.

Peringatan yang memandu umat dalam misi menegakkan kalimah Allah dan menumbangkan kalimah kekufuran di atas muka bumi.

Bukan sekadar menjadi zikroyat.

Kenangan yang hanya melahirkan emosi, tetapi gagal melahirkan tindakan.

Semoga sambutan Nuzul Al-Quran pada tahun ini melahirkan umat yang bergerak, membina kekuatan dan memimpin perubahan, bukan sekadar merintih dan menonton kekuatan umat diratah satu persatu.

04/03/2026

[3 Mac 2026 Ulangtahun Ke-102 Kejatuhan Khilafah]

3 Mac 1924 merupakan titik hitam dalam sejarah umat Islam.

Umat Islam tidak hanya mengenali satu “khilafah”, tetapi sistem khilafah merentasi benua sebelum kejatuhannya.

Khilafah Abbasiyah, Umayyah, Uthmaniyah, Mamalik, “Tribe of Gold” di Asia Tengah, Khilafah India, Khilafah Kanem dan Mali di Afrika, sehingga Khilafah Cordoba di Eropah.

Jangkauan luas ini membolehkan umat Islam mengawal semua laluan perdagangan dan strategik, darat dan laut.

Aqidah Islam sebagai kesatuan pemikiran menjadi pengikat khilafah walaupun terdapat kepelbagaian.

Inilah kehebatan kita sebelum ini.

Apakah perasaan kita selepas kejatuhan khalifah yang memayungi umat Islam?

Bagaimanakah p**a keadaan umat Islam selepas kejatuhan khilafah?

Umat Islam berpecah-belah.

Hilang hala tuju yang jelas.

Syariat Allah diruntuhkan oleh musuh dan digantikan dengan undang-undang ciptaan manusia.

Perjuangan untuk menegakkan Islam diganti dengan perjuangan mengejar kuasa dan pangkat.

Pemimpin negara Islam p**a berpakat dengan negara barat atas dasar kepentingan peribadi.

Musuh p**a menggantikan sistem khilafah dengan membina sistem PBB sebagai satu sistem untuk mengekang kebangkitan Islam.

Undang-undang yang mereka cipta hanya terpakai buat negara umat Islam.

Sedangkan kuasa besar dunia bebas melakukan apa sahaja.

Di bawah sistem ini, mereka telah menghancurkan negara umat Islam Palestin, Bosnia, Afghanistan,Iraq dan Syria.

Dan kini Iran p**a menjadi mangsanya.

Bagi mereka tiada negara umat Islam yang boleh ada kekuatan yang superior dari mereka.

Itulah “ketakutan” yang mereka takut sekiranya umat Islam mempunyai kekuatan.

Mereka lebih rela umat Islam dipimpin oleh pemimpin diktator
yang memperbodohkan umat.

Dipimpin oleh pemimpin yang fasiq dengan sokongan ulama’ yang taat kepada pemerintah secara membuta tuli.

Barat p**a tidak hanya menentang Islam secara ketenteraan, tetapi juga mencipta sistem pemikiran barat untuk dianuti oleh umat Islam.

Syariat Allah digantikan dengan undang-undang antarabangsa.

Rujukan tertinggi bukan lagi wahyu tetapi apa yang ditetapkan oleh pakatan syaitan US dan Israel.

Adakah masih ada jalan kebangkitan buat umat?

Apakah jalan yang perlu kita tempuh dalam merintis jalan kebangkitan?

Ramai yang menyeru ke arah pemerkasaan teknologi dan kekayaan umat.

Lalu negara arab teluk yang kaya menjadi penanda aras kebangkitan.

Namun adakah kekayaan mereka dapat melindungi maruah umat Islam?

Lebih teruk pemimpin negara teluk itu hanya menjadi “khadam” kepada agenda barat.

Maka tiada jalan kembali melainkan jalan memperkasakan akidah umat Islam untuk tidak takut berjuang menentang pakatan jahiliah seperti permulaan kelahiran Islam di bumi Mekah.

Umat Islam tidak menjadi kuat hanya kerana ada sumber material yang kuat.

Tetapi tamadun Islam kuat kerana mereka mempunyai aqidah yang kuat untuk mendaulatkan syariat Allah.

Itulah ciri-ciri yang diterangkan oleh Allah SWT :

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Orang-orang yang apabila Kami berikan kekuasaan kepada mereka di muka bumi, mereka menegakkan solat, menunaikan zakat, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan kepada Allah-lah kesudahan segala urusan

Inilah ciri-ciri masyarakat yang Allah SWT inginkan sebelum umat Islam diberikan kekuasaan.

Jika umat Islam masih tidak mengubah kiblat nilai kehidupan mereka kepada Islam, selagi itu umat Islam akan terus tertindas dan dihina oleh musuh-musuhnya.

Tanpa kompas yang betul, umat Islam akan tersesat dalam perjuangan seperti Bani Israel yanh disesatkan Allah SWT di padang Teh akibat mereka hanya tahu berjuang untuk makan sahaja.

Kerana itu,kita perlu melakukan kebangkitan yang berpaksikan akidah demi mendaulatkan syariat Allah.

Jika tidak,umat akan terus tersesat dalam perjuangan tanpa cahaya kemenenangan.

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamua’laikum semua!Pertubuhan IMAN dengan kerjasama Surau Al Kauthar dan Iman Academy ingin...
04/03/2026

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamua’laikum semua!

Pertubuhan IMAN dengan kerjasama Surau Al Kauthar dan Iman Academy ingin menjemput dan mengajak anda untuk save the date pada 10 malam terakhir nanti untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan

PROGRAM IKTIKAF KELUARGA RAMADHAN 🕌✨

Daripada ‘Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ، أَحْيَا اللَّيْلَ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ، وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

“Adalah Rasulullah SAW apabila masuk pada sepuluh akhir (Ramadan), Baginda SAW akan menghidupkan malamnya (dengan ibadah), mengejutkan ahli keluarganya, dan memperketatkan kain sarungnya.”

—HR Muslim (1174)

Jemput imbas kod di poster atau klik link di bawah untuk mendaftar:

Terbuka untuk seisi keluarga 💗

Jom ajak semua untuk sama-sama menunaikan sunnah 10 malam terakhir yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم kepada kita. 😊

26/02/2026

APABILA AL-QURAN DIPIJAK & DIPERMAINKAN; DIAM BUKAN PILIHAN!

Semalam heboh isu berkenaan salah seorang mahasiswa UMP memuat naik hantaran yang bersifat provokatif di media sosial, iaitu menunjukan gambarnya memijak Al Quran dengan kaki!

Nastaghfirullah…

Ini bukan isu biasa biasa. Ini bukan hanya isu disiplin kampus, isu 3R dan lain lain…

Tapi ini adalah isu AQIDAH! Ini adalah isu KEMULIAAN KALAMULLAH.

Tindakannya menghina Al-Quran di bulan turunnya Al-Quran, yakni Ramadhan, umat Islam wajib merasa sensitif dengan isu ini kerana ini bukan isu sentimen, tetapi ini sebahagian daripada prinsip Islam yang dicabar!

Allah SWT berfirman:

“…وَكَلِمَةُ ٱللَّهِ هِىَ ٱلْعُلْيَا…”

“Dan kalimah Allah itulah yang paling tinggi.” (At Taubah: 40)

Kalimatullahi hiyal ulya bermaksud kalimah Allah itu adalah yang paling tinggi. Tinggi dalam semua aspek sama ada kedudukan, kehormatan dan kedaulatan.

Maka perbuatan merendahkan dan menghinakannya bukan satu perkara kecil!

Mungkin ada yang cuba berhujah, “Orang begini kita kena didik, Islam kan agama rahmah?”

Ya, tak dinafikan pendidikan tu adalah asas. Tapi pendidikan tanpa ketegasan pada prinsip hanya akan melahirkan umat yang lemah, lalang dan tak takut melampaui batas!

Dalam fiqh siyasah dan undang undang jenayah syariah, menghina agama termasuk dalam kesalahan serius kerana ia merosakkan keharmonian awam dan sensitiviti majoriti ummat islam.

Tindakan tegas mesti diambil!

Tegas tak bermaksud zalim. Tindakan tegas menghantar mesej bahawa:

1. Pihak yang memegang amanah kekuasaan wajib memelihara agama
2. Kebebasan tak bererti bebas total hinggal sesuka hati bebas menghina
3. Ada garis merah yang tak boleh dilanggar!

Jika hari ini tiada tindakan tegas dan pelakunya terlepas, jangan terkejut jika makin lama makin hebat normalisasi penghinaan agama dan syiar-syiarnya.

Jangan sampai kita bertoleransi tak bertempat hingga hilang prinsip Islam!

Untuk ummat Islam:

Ya, Kita tak boleh bertindak emosi membuta tuli. Tapi kita juga tidak boleh terlalu lunak hingga membiarkan maruah agama dipijak!

Sensitif terhadap perkara ini bukan bererti kita ekstrem. Tapi ini bermakna kia ghirah terhadap agama kita!

Kata Buya Hamka, ulama ulung nusantara dan penulis Tafsir Al Azhar:

“Jika diam dan bungkam disaat agamamu dihinakan, gantikan saja bajumu dengan kain kapan!”

Kalau bukan kita yang membela dan mempertahankan kemuliaan Al Quran, siapa lagi?

Nota Kaki: Ghirah (الغيرة) ialah perasaan cemburu yang lahir daripada kecintaan, keimanan dan rasa tanggungjawab untuk mempertahankan sesuatu yang suci atau bernilai.

Pertubuhan IMAN
Menegakkan Aqidah, Mendaulatkan Syariah

Ramadhan kareem!Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk terus menghidupkan Ramadhan dengan penuh IMAN 🦾
25/02/2026

Ramadhan kareem!
Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk terus menghidupkan Ramadhan dengan penuh IMAN 🦾

Address

Bandar Baru Bangi
Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan IMAN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share