IMAN Malaysia

Directions

IMAN Malaysia Ikatan Mukminin Nasional (IMAN)
Menegakkan aqidah mendaulatkan syariah

AYUH MERIAHKAN KARNIVAL MAULIDUR RASUL! ๏ทบAyuh bersama Karnival Maulidur Rasul Surau Bangi Perdana ร— Pertubuhan IMAN! ๐Ÿ’šPe...
10/09/2026

AYUH MERIAHKAN KARNIVAL MAULIDUR RASUL! ๏ทบ

Ayuh bersama Karnival Maulidur Rasul Surau Bangi Perdana ร— Pertubuhan IMAN! ๐Ÿ’š

Pertubuhan IMAN turut bersama Surau Bangi Perdana dalam menyemarakkan aktiviti tarbiah dan kecintaan kepada Rasulullah ๏ทบ sepanjang 4 hari 3 malam, bermula 10 hingga 13 September 2026.

Bermula malam ini, pelbagai aktiviti menarik telah disusun untuk seluruh komuniti daripada pengisian ilmu, pertandingan, aktiviti kanak-kanak, pameran, jualan dan pelbagai program yang menghidupkan suasana Maulidur Rasul. โœจ

๐ŸŒŸ ANTARA AKTIVITI IMAN

๐Ÿ“– Kuliah Subuh
โ€ข Qawwamun: Bagaimana Rasulullah ๏ทบ Mendidik Anak Remaja Lelaki
โ€ข Erti Mencintai Rasulullah ๏ทบ
โ€ข Seni Membina Manusia

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Aktiviti Komuniti & Keluarga
โ€ขProgram Quranic Champs

Jadikan Maulidur Rasul kali ini bukan sekadar sambutan, tetapi ruang untuk mengenali, mencintai dan mencontohi Rasulullah ๏ทบ dalam kehidupan kita.

Ayuh hadir bersama keluarga dan sahabat!

๐ŸŒ™ 10โ€“13 September 2026
๐Ÿ“ Surau Bangi Perdana, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

08/09/2026

VIDEO OFFICIAL QURANIC CHAMPS [EDISI MAULIDUR RASUL ๏ทบ]

Alhamdulillah pada 5 September 2026 (Sabtu) yang lalu, IMAN Aulad telah bersama-sama membina anak-anak qaryah dan penduduk sekitar Bandar Baru Bangi melalui program bulanan Quranic Champs.

https://youtu.be/gDMtbll-kqA

Bersempena sambutan Maulidur Rasul ๏ทบ, siri kali ini membawa anak-anak mengenali dan menghayati perjalanan hidup Rasulullah ๏ทบ melalui pelbagai aktiviti interaktif, permainan, penceritaan dan penghayatan sirah.

Anak-anak diajak mengenali sosok mulia Rasulullah ๏ทบ, meneladani akhlak Baginda serta memahami bahawa mencintai Rasulullah ๏ทบ bukan sekadar dengan mengingati kelahiran Baginda, tetapi dengan menghidupkan sunnah dan mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian. โค๏ธ

Moga-moga anak-anak kita terus terbina menjadi generasi Qurani yang mencintai Rasulullah ๏ทบ, berakhlak dengan akhlak Baginda serta teguh membawa risalah Islam, menjadi pewaris kebangkitan ummah pada masa hadapan. ๐Ÿ”ฅ

Untuk menyertai siri Quranic Champs yang seterusnya, ikuti IMAN Malaysia di semua platform rasmi kami.

IMAN Malaysia
Menegakkan Akidah Mendaulatkan Syariah

Setiap kali tanggal 31 Ogos tiba, kita kembali mengenang sejarah kemerdekaan tanah air.Jalur Gemilang dikibarkan, lagu-l...
31/08/2026

Setiap kali tanggal 31 Ogos tiba, kita kembali mengenang sejarah kemerdekaan tanah air.

Jalur Gemilang dikibarkan, lagu-lagu patriotik berkumandang dan kisah perjuangan generasi terdahulu kembali diulang.

Kita mengenang sebuah bangsa yang pernah berada di bawah kekuasaan penjajah selama beratus-ratus tahunโ€ฆsejak kejatuhan kesultanan Melayu Melaka..

Lalu para pejuang kemerdekaan menempuh perjuangan yang panjang sehingga akhirnya kita berjaya memperoleh kebebasan untuk menentukan perjalanan tanah air sendiri.

Kemerdekaan itu merupakan nikmat yang besar dan sewajarnya disyukuri.

Namun sebagai seorang Muslim, persoalan tentang kemerdekaan tidak seharusnya berhenti pada pembebasan sebuah tanah daripada kuasa asing.

Baca dengan lebih lanjut :

https://pertubuhan-iman.com/baca.html?id=14

IMAN Malaysia
Menegakkan Akidah Mendaulatkan Syariah

IMAN Sekejap kembali dengan episod ke-59! Alhamdulillah. Kali ini para hos mengupas beberapa isu yang dekat di hati raky...
28/08/2026

IMAN Sekejap kembali dengan episod ke-59! Alhamdulillah.

Kali ini para hos mengupas beberapa isu yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Pertama, tentang sambutan Maulidur Rasul yang sudah menjadi satu acara tahunan buat umat Islam di Malaysia. Namun adakah cukup sekadar kita memperingati hari kelahiran kekasih hati kita atau ia punya satu pengertian yang lebih mendalam?

Dan kedua, tentang hari kemerdekaan Malaysia yang ke-69. Saban tahun kita melaungkan laungan keramat "Merdeka! Merdeka!" pada 31 Ogos. Namun adakah kita benar-benar memaknai erti sebuah kemerdekaan?

Tonton episod ke-59 di sini:

https://www.youtube.com/watch?v=oXLUqlja4kY

Selamat menonton dan sila sebar-sebarkan kepada sahabat handai, saudara-mara dan jiran tetangga. ๐Ÿ˜Š

IMAN Malaysia
Menegakkan Akidah Mendaulatkan Syariah

IMAN Sekejap kembali dengan episod ke-59. Perbincangan kali ini mem...

๐ŸŒธ WEEKLY IMAN CIRCLE: WALKING THROUGH THE NAME OF ALLAH ๐ŸŒธAssalamualaikum kepada semua wanita di luar sana! ๐ŸคPernah tak k...
27/08/2026

๐ŸŒธ WEEKLY IMAN CIRCLE: WALKING THROUGH THE NAME OF ALLAH ๐ŸŒธ

Assalamualaikum kepada semua wanita di luar sana! ๐Ÿค

Pernah tak kita mengenali nama-nama Allah, tetapi belum benar-benar merasai bagaimana nama Allah itu hadir dalam kehidupan kita?

Jom bersama Sis Afifah Mokhtar, Pediatrik & IMAN Activist, dalam sesi mingguan untuk kita mengenali dan menghayati nama-nama Allah supaya hubungan kita dengan Allah bukan sekadar pada ilmu, tetapi menyentuh hati dan membentuk cara kita menjalani kehidupan. ๐ŸŒท

Kenali nama-Nya.
Fahami maknanya.
Rasai dekatnya Dia ๐Ÿค

๐Ÿ“… Setiap Khamis
โฐ 9.30 malam
๐ŸŽฅ TikTok Live IMAN Malaysia

Komen โ€œIMAN Circleโ€ di ruangan komen untuk sertai ๐Ÿ˜‡

๐ŸŒ™ KULIAH SUBUH SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H @ SURAU BANGI PERDANASempena menyambut Maulidur Rasul 1448H, Surau Bangi Per...
25/08/2026

๐ŸŒ™ KULIAH SUBUH SEMPENA MAULIDUR RASUL 1448H @ SURAU BANGI PERDANA

Sempena menyambut Maulidur Rasul 1448H, Surau Bangi Perdana bersama IMAAN membawakan siri Kuliah Subuh selama 3 hari berturut-turut:

๐Ÿ“… 11 September 2026 | Jumaat
๐ŸŽ™๏ธ Zaim Zamri
๐Ÿ“– Qawwam-Man
๐Ÿ•ก 6:30 pagi

๐Ÿ“… 12 September 2026 | Sabtu
๐ŸŽ™๏ธ Ustaz Azra
๐Ÿ“– Mendidik Remaja Islam
๐Ÿ•ก 6:30 pagi

๐Ÿ“… 13 September 2026 | Ahad
๐ŸŽ™๏ธ Ustaz Faqrul
๐Ÿ“– Seni Membina Manusia
๐Ÿ•ก 6:30 pagi

๐Ÿ“ Surau Bangi Perdana
Seksyen 3, Bandar Baru Bangi

Ayuh sama sama kita ittibaโ€™ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ dalam seluruh kehidupan untuk membuktikan cinta sejati kepada baginda nabi ๐Ÿฆพ




25/08/2026

[Maulidurrasul: Apakah Petanda Kita Benar Benar Mencintai Baginda]

Hari ini, jutaan umat Islam menzahirkan kecintaan mereka kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan pelbagai cara.

Ada yang menyambutnya dengan perarakan,
Ada yang menghadiri ceramah,
Ada yang berselawat dan berqasidah,
Dan ada yang menghidupkan majlis ilmu dengan menceritakan detik-detik perjalanan sirah baginda.
Semuanya dilakukan atas nama cinta kepada Rasulullah.

Namun, ada satu persoalan yang perlu kita tanyakan kepada diri sendiri.
Sejauh manakah kita benar-benar memahami makna kecintaan kepada Rasulullah?

Adakah cinta itu sekadar sebuah pernyataan?
Adakah ia sekadar tangisan kerinduan?
Adakah ia sekadar selawat, qasidah dan tulisan yang indah?
Atau cinta itu sepatutnya membawa kita kepada sesuatu yang lebih besar?
Di sinilah kita perlu kembali merenung hakikat kecintaan kepada Rasulullah.

Kelahiran Nabi Muhammad merupakan satu anugerah yang amat besar daripada Allah kepada seluruh manusia.

Baginda diutuskan untuk membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kesesatan kepada petunjuk dan daripada pengabdian kepada manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah
Sebab itu umat Islam bergembira dengan kelahiran baginda.

Kita mencintai baginda kerana bagindalah yang menyampaikan risalah Islam kepada manusia.
Bagindalah yang mengorbankan hidup, tenaga, harta dan seluruh kehidupannya demi menyampaikan agama Allah.

Tetapi sekali lagi kita bertanya:
sejauh manakah kecintaan kita kepada Rasulullah?

Allah SWT telah memberikan ukuran yang sangat jelas:

๏ดฟู‚ูู„ู’ ุฅูู†ู’ ูƒูู†ู’ุชูู…ู’ ุชูุญูุจูู‘ูˆู†ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ููŽุงุชูŽู‘ุจูุนููˆู†ููŠ ูŠูุญู’ุจูุจู’ูƒูู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ูˆูŽูŠูŽุบู’ููุฑู’ ู„ูŽูƒูู…ู’ ุฐูู†ููˆุจูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุบูŽูููˆุฑูŒ ุฑูŽุญููŠู…ูŒ๏ดพ

โ€œKatakanlah: Jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.โ€
(Surah Ali โ€˜Imran, 3:31)

Ayat ini membawa makna yang sangat besar.

Kecintaan bukan sekadar kata-kata.
Kecintaan bukan sekadar tangisan kerinduan.
Kecintaan bukan sekadar tulisan dan ungkapan perasaan.

Tetapi kecintaan yang benar akan melahirkan ittibaโ€˜ mengikuti Rasulullah.
Jika kita benar-benar mencintai baginda, maka kita mengikuti baginda.
Kita mengikuti sunnahnya.
Kita mengikuti akhlaknya.
Kita mengikuti manhaj perjuangannya.
Dan kita mengambil berat terhadap risalah yang telah baginda perjuangkan sepanjang kehidupannya.
Kerana amatlah pelik seseorang mendakwa mencintai Rasulullah, tetapi perjuangan yang memenuhi kehidupan baginda langsung tidak mempunyai tempat dalam kehidupannya.
Para sahabat sangat memahami hakikat ini.

Ketika Perang Badar, Rasulullah meminta pandangan para sahabat sebelum bergerak menghadapi musuh.
Ketika itu tampil al-Miqdad bin โ€˜Amr mengungkapkan kata-kata yang menggambarkan keteguhan cinta dan kesetiaannya:

ู„ุง ู†ูŽู‚ูˆู„ู ูƒู…ุง ู‚ุงู„ ู‚ูŽูˆู…ู ู…ูˆุณู‰: ุงุฐู‡ูŽุจู’ ุฃู†ุชูŽ ูˆุฑูŽุจู‘ููƒูŽ ูู‚ุงุชูู„ุง

โ€œKami tidak akan berkata sebagaimana yang dikatakan oleh kaum Musa: โ€˜Pergilah kamu bersama Tuhanmu, lalu berperanglah kamu berdua.โ€™โ€

ูˆู„ูŽูƒูู†ู‘ูŽุง ู†ูู‚ุงุชูู„ู ุนู† ูŠูŽู…ูŠู†ููƒูŽุŒ ูˆุนูŽู† ุดูู…ุงู„ููƒูŽุŒ ูˆุจูŠู†ูŽ ูŠูŽุฏูŽูŠูƒูŽ ูˆุฎูŽู„ููŽูƒูŽ

โ€œTetapi kami akan berjuang di sebelah kananmu, di sebelah kirimu, di hadapanmu dan di belakangmu.โ€

Kata-kata itu bukan sekadar ungkapan cinta.
Itulah cinta yang telah berubah menjadi sebagai satu ittibaโ€™.
Itulah cinta yang telah diterjemahkan menjadi pengorbanan.
Itulah cinta yang menyebabkan seseorang berkata:

โ€œKami bersamamu, wahai Rasulullah.โ€

Maka tidak hairanlah apabila Rasulullah berasa gembira mendengar jawapan tersebut.
Kerana cinta para sahabat bukan sekadar simbolik.
Cinta mereka membawa mereka bersama perjuangan Rasulullah.
Mereka tidak hanya mencintai Rasulullah ketika dalam keadaan senang.
Mereka mencintai baginda ketika perjuangan menuntut pengorbanan.

Ketika perjuangan menuntut harta,
mereka memberikan harta.
Ketika perjuangan menuntut tenaga, mereka memberikan tenaga.
Ketika perjuangan menuntut pengorbanan jiwa, mereka tidak sesekali mundur.
Dan kecintaan itu terus hidup selepas kewafatan Rasulullah.

Ketika Abu Bakar menjadi khalifah,
beliau tetap meneruskan apa yang telah diarahkan oleh Rasulullah.
Antaranya ialah mengirim pasukan Usamah bin Zaid, meskipun ketika itu Madinah berhadapan dengan ancaman besar daripada golongan riddah dan para pendakwa nabi palsu.

Kerana bagi mereka, kecintaan kepada Rasulullah bukan sekadar mengenang baginda.
Kecintaan itu ialah meneruskan ketaatan kepada risalah yang telah dibawa oleh baginda.

Maka marilah kita kembali bertanya kepada diri sendiri:
Di manakah erti kecintaan kita kepada Rasulullah?
Adakah kecintaan kita kepada baginda telah membawa kita kepada ittibaโ€˜?
Adakah ia telah membawa kita mendekati sunnah baginda?
Adakah ia telah menghidupkan dakwah dalam kehidupan kita?
Adakah ia telah melahirkan kesungguhan untuk memperjuangkan kebenaran dan menegakkan kalimah Allah?

Dan bagaimana p**a dengan ruh ukhuwwah Islamiyyah yang begitu kuat diperjuangkan oleh Rasulullah?
Hari ini umat Islam masih berhadapan dengan penderitaan saudara-saudara mereka di berbagai tempat.
Namun kita sering melihat umat yang terpecah oleh sempadan negara, kepentingan kelompok dan semangat kebangsaan yang melampau.
Apakah ukhuwwah yang diajarkan Rasulullah hanya untuk kita sebut di atas mimbar, atau ia sepatutnya menjadi realiti dalam kehidupan umat Islam?

Maka apabila kita menyambut Maulidur Rasul,
janganlah kita hanya memperbaharui rasa cinta kepada baginda.
Perbaharuilah juga komitmen kita untuk mengikuti baginda.
Perbaharuilah komitmen kita kepada dakwah perjuangan Nabi menegakkan Islam.
Perbaharuilah komitmen kita kepada ukhuwwah umat Islam.
Dan perbaharuilah komitmen kita untuk membawa risalah Islam dalam kehidupan.
Kerana cinta yang benar tidak akan membiarkan kita hanya menjadi penonton.

Cinta yang benar akan melahirkan ittibaโ€˜.
Ittibaโ€˜ akan melahirkan amal.
Dan amal yang istiqamah akan membawa kita untuk terus berjalan di atas jalan yang telah ditempuh oleh Rasulullah.

Maka, janganlah Maulidur Rasul hanya menjadi zikrayat,
kenangan terhadap masa lalu.
Tetapi jadikanlah ia sebagai sebuah az-zikr,
Iaitu sebuah peringatan yang menghidupkan hati dan menggerakkan kehidupan.

Kerana kita bukan sekadar ingin mengingati Rasulullah.
Kita ingin mengikuti perjuangan Rasulullah.

๏ดฟุฅูู†ูŽู‘ ูููŠ ุฐูŽูฐู„ููƒูŽ ู„ูŽุฐููƒู’ุฑูŽู‰ูฐ ู„ูู…ูŽู† ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽู‡ู ู‚ูŽู„ู’ุจูŒ ุฃูŽูˆู’ ุฃูŽู„ู’ู‚ูŽู‰ ุงู„ุณูŽู‘ู…ู’ุนูŽ ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุดูŽู‡ููŠุฏูŒ๏ดพ

โ€œSesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai hati, atau yang memberikan pendengaran sedang dia menyaksikannya.โ€

Dr Hairul Anuar
Kolumnis & Aktivis IMAN

๐ŸŒฟWEEKLY IMAN CIRCLE: SIRI MEMAKNAI HADIS 40 IMAM NAWAWI๐ŸŒฟAssalamualaikum kepada semua wanita di luar sana! ๐ŸคKami ingin me...
19/08/2026

๐ŸŒฟWEEKLY IMAN CIRCLE: SIRI MEMAKNAI HADIS 40 IMAM NAWAWI๐ŸŒฟ

Assalamualaikum kepada semua wanita di luar sana! ๐Ÿค

Kami ingin menjemput muslimah untuk menyertai Siri Memaknai Hadis 40 Imam Nawawi bersama Ustazah Fariza setiap hari Rabu.

Satu sesi mingguan untuk kita sama-sama menyelami hadis hadis Rasulullah ๏ทบ.
Tapi insyallah kita bukan sekadar memahaminya,
tetapi juga akan belajar bagaimana hadis itu menyentuh hati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian. ๐ŸŒฑ

โœจMari belajar, faham dan hidupkan sunnah dalam kehidupan

๐Ÿ“… Setiap Rabu
โฐ 9.30 pagi
๐Ÿ“ฑ TikTok Live โ€” IMAN Malaysia

Untuk menyertai IMAN Circle For Women, klik link di bawah:
https://www.wassap.my/60145183326/NakIMANCircleForWomen

๐ŸŽฅ TikTok Live:
https://www.tiktok.com/

14/08/2026

Qawwam bukan sekadar โ€œCiri-ciri Seorang Ketua Keluargaโ€.

Qawwam bukan bermaksud lelaki yang paling berkuasa.
Bukan juga yang paling keras suaranya.
Bukan sekadar yang beli beras dan gula.

Qawwam adalah amanah.
Tentang tanggungjawab.
Tentang melindungi.
Tentang memimpin dengan ilmu, iman dan ihsan.

๐ŸŽฅ Saksikan highlight perkongsian khas โ€˜Qawwam-Manโ€™ dan kongsikan kepada ibu bapa, bakal ibu bapa dan sesiapa sahaja yang sedang membesarkan anak lelaki.

Kerana membina rijal bukan tugas seorang ayah sahaja.
Ia amanah kita bersama!

IMAN Malaysia
Menegakkan Akidah, Mendaulatkan Syariah

Assalamualaikum!Alhamdulillah setelah lama podcast tarbawi IMAN Sekejap yang selama ini ke udara di Muassis tidak bersia...
09/08/2026

Assalamualaikum!

Alhamdulillah setelah lama podcast tarbawi IMAN Sekejap yang selama ini ke udara di Muassis tidak bersiaran, hari ini Allah izinkan untuk ia kembali di platform baru, iaitu di Youtube IMAN Malaysia!

Jom bersama Inche Gabbana dan Bro Fa dalam episode ke-58 bagi mengupas isu isu semasa dalam dan luar negara khususnya berkaitan Rohingya, Network School dan PRN Negeri Sembilan.

Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.

Address

Bandar Baru Bangi
Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IMAN Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share