Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/miskin Rukaiyah

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/miskin Rukaiyah Ayuh sama-sama kita menyumbang untuk warga Rukaiyah 🀍

Pusat Jagaan Rukaiyah merupakan sebuah tempat penjagaan kanak-kanak yatim dan asnaf untuk membantu mereka supaya tidak tersisih dari pendidikan dan kasih sayang.

Syarikat Blum Asia Sdn Bhd & Food Aid Foundation,Thank you so much for having us today 🀍May God bless your company, alwa...
29/09/2026

Syarikat Blum Asia Sdn Bhd & Food Aid Foundation,
Thank you so much for having us today 🀍

May God bless your company, always.

  Sarapan PagiSarapan bukan sekadar mengisi perut. Ia membantu anak-anak memulakan hari dengan tenaga dan lebih bersedia...
27/09/2026

Sarapan Pagi

Sarapan bukan sekadar mengisi perut. Ia membantu anak-anak memulakan hari dengan tenaga dan lebih bersedia untuk belajar. 🍞πŸ₯š
Mulakan pagi dengan pilihan yang sederhana tetapi berkhasiat.

25-27 SEPTEMBER 2026πŸ•οΈ KEM INSPIRE 2.0 | IHSANKU 🌿✨Seramai 13 orang anak Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah ...
27/09/2026

25-27 SEPTEMBER 2026

πŸ•οΈ KEM INSPIRE 2.0 | IHSANKU 🌿✨

Seramai 13 orang anak Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 telah berpeluang menyertai Kem INSPIRE 2.0 anjuran Ihsanku yang berlangsung pada 25 hingga 27 September 2026 di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC), Kuala Selangor Blue City (KSBC).

Sepanjang tiga hari kem, anak-anak Rukaiyah didedahkan dengan pelbagai aktiviti menarik yang membina keyakinan diri, kepimpinan dan kemahiran bekerja dalam pasukan. Antaranya:

🌳 Team Building & Presentation
🧭 SWOT & Menara Kepimpinan
🎀 Ceramah Public Speaking & Pidato Spontan
🏹 Memanah & aktiviti Yoyocart
🌿 Kembara Alam
🍳 MasterChef SAFC
πŸ’‘ Simulasi penyelesaian masalah
⛑️ Ilmu Pertolongan Cemas
🀲 Kuliah, solat berjemaah dan pengisian kerohanian

Anak-anak Rukaiyah turut diiringi oleh Ustazah Yong sepanjang penyertaan mereka dalam kem ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ihsanku kerana memberi peluang kepada anak-anak kami untuk keluar daripada rutin harian, mencuba pengalaman baharu serta membina keberanian, disiplin dan keyakinan diri. ❀️

Semoga setiap pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang Kem INSPIRE 2.0 menjadi bekalan berharga dalam perjalanan mereka membesar dan membina masa depan.

Terima kasih, Ihsanku, kerana memberi peluang, membina keyakinan dan mencipta kenangan bersama anak-anak Rukaiyah. πŸŒ±πŸ’™

26 September 2026Terima kasih Dr. Izam dari Hospital UPM bersama keluarga kerana memilih untuk hadir ke Pusat Jagaan Kan...
27/09/2026

26 September 2026

Terima kasih Dr. Izam dari Hospital UPM bersama keluarga kerana memilih untuk hadir ke Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah bagi meraikan hari lahir anak-anak beliau bersama keluarga besar Rukaiyah. πŸ₯°

Lebih istimewa, sambutan kali ini turut disekalikan dengan hari lahir adik Hana, salah seorang anak Rukaiyah. πŸŽ‰πŸŽˆ

Kemeriahan yang dikongsi bersama menjadikan sambutan ini bukan sekadar meraikan pertambahan usia tetapi turut mencipta kenangan manis buat anak-anak kami.

Terima kasih Dr. Izam dan keluarga atas kesudian berkongsi kegembiraan, rezeki dan momen istimewa bersama anak-anak Rukaiyah. ❀️

Semoga anak-anak yang diraikan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta membesar menjadi insan yang baik dan berjaya. Amin. 🀲✨

Selamat Hari Lahir! πŸŽ‚πŸŽ‰

25 September 2026Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat PERKESO atas kesudian hadir menyantuni anak-anak Pusa...
27/09/2026

25 September 2026

Terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan buat PERKESO atas kesudian hadir menyantuni anak-anak Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah. ❀️

Terima kasih atas usaha bergotong-royong bersama kami, sumbangan yang diberikan serta pelbagai aktiviti yang dilaksanakan bersama anak-anak Rukaiyah.

Lebih menggembirakan, anak-anak kami turut berpeluang menikmati burger dan Apple Pie McDonald’s yang pastinya menceriakan hari mereka. πŸ”πŸ₯§

Kehadiran, masa dan perhatian yang diberikan amat bermakna buat kami terutama sekali buat anak-anak Rukaiyah.

Semoga segala kebaikan warga PERKESO dibalas dengan keberkatan dan rezeki yang berpanjangan. Terima kasih kerana sudi mencipta kenangan indah bersama keluarga Rukaiyah. ❀️

  - Rutin HarianRutin yang konsisten membantu anak-anak berasa lebih selamat, teratur dan tenang dalam menjalani kehidup...
26/09/2026

- Rutin Harian

Rutin yang konsisten membantu anak-anak berasa lebih selamat, teratur dan tenang dalam menjalani kehidupan seharian.

Sedikit demi sedikit, rutin yang baik membentuk disiplin dan tanggungjawab. πŸ’™

20 September 2026 | DBKLSemalam berenang, hari ini berlari.Seramai 21 orang warga Rukaiyah telah berpeluang menyertai La...
20/09/2026

20 September 2026 | DBKL

Semalam berenang, hari ini berlari.
Seramai 21 orang warga Rukaiyah telah berpeluang menyertai Langkah Kasih 2026 anjuran PEYATIM yang berlangsung di DBKL, membawa tema β€œSetiap Langkah, Harapan Anak-anak Yatim.” πŸ’™πŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈ

Bagi anak-anak kami, setiap langkah yang diambil bukan sekadar tentang berlari, tetapi tentang keberanian untuk mencuba, menikmati pengalaman baharu dan bergerak bersama-sama.

Ada yang sudah biasa berlari, ada juga yang mungkin pertama kali menyertai program seperti ini. Namun, melihat mereka bersemangat mengambil bahagian dan menyelesaikan setiap langkah bersama-sama menjadi satu kenangan yang cukup bermakna. 🀍

Terima kasih PEYATIM atas penganjuran Langkah Kasih 2026 dan peluang yang diberikan kepada anak-anak Rukaiyah untuk turut serta.

Semoga setiap langkah mereka hari ini menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju masa depan yang lebih cerah. 🌱

Teruskan melangkah, anak-anak. Setiap langkah ada harapannya. πŸ’™


19 September 2026 | Nadeem Swim School, BangiAlhamdulillah, satu pengalaman yang sangat bermakna buat anak-anak Pusat Ja...
20/09/2026

19 September 2026 | Nadeem Swim School, Bangi

Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat bermakna buat anak-anak Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah apabila berpeluang menyertai program NADI (Nadeem Aquatics Dignity Initiative) anjuran Nadeem Swim School.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kami ucapkan kepada pihak Nadeem Swim School atas kesempatan, usaha dan keprihatinan dalam memberikan pengalaman pembelajaran renang kepada anak-anak Rukaiyah.

Menariknya, ada antara anak-anak kami yang pertama kali menjejakkan kaki ke kolam renang. Pada awalnya ada yang begitu takut dan masih belum berani untuk berada di dalam air. Namun, selepas mengikuti sesi pembelajaran dan bimbingan tenaga pengajar, sedikit demi sedikit mereka mula berani mencuba. πŸ₯ΉπŸ’™

Bagi anak-anak yang sudah mempunyai pengalaman berenang tanpa ilmu sebenar p**a, sesi ini menjadi ruang untuk mereka memperkemaskan teknik, membina keyakinan dan mempertingkatkan kemahiran renang.

Program ini berlangsung dalam dua sesi pada satu haridari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, memberikan peluang kepada anak-anak untuk belajar, mencuba dan menikmati pengalaman baharu dalam suasana yang selamat dan menyeronokkan.

Terima kasih juga buat barisan tenaga pengajar Nadeem Swim School yang sabar membimbing, mengajar dan memberikan semangat kepada anak-anak kami sepanjang sesi berlangsung. Setiap tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan pastinya menjadi sebahagian daripada pengalaman yang akan mereka kenang. 🌊

🀲 Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan pihak Nadeem Swim School, para tenaga pengajar serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan dan terus diberi kekuatan untuk membuka lebih banyak peluang serta masa depan yang lebih cerah buat anak-anak.

β€œSetiap anak berhak belajar. Setiap sumbangan membawa peluang.” πŸ’™

Terima kasih, Nadeem Swim School, kerana hari ini anak-anak Rukaiyah bukan sahaja belajar berenang, mereka belajar untuk berani mencuba. πŸŠβ€β™€οΈβœ¨

Sebekas air bersih yang mudah diakses mungkin nampak biasa bagi kita, tapi buat adik-adik di Asrama Putera Nur Saadiah, ...
17/09/2026

Sebekas air bersih yang mudah diakses mungkin nampak biasa bagi kita, tapi buat adik-adik di Asrama Putera Nur Saadiah, PJKYM Rukaiyah, ini adalah satu nikmat besar yang membawa sejuta senyuman. πŸ˜„πŸ’§

​Setinggi-tinggi kesyukuran dan ucapan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang berhati mulia atas infaq unit penapis air ini. Hasil keprihatinan anda, anak-anak di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah kini dapat menikmati bekalan air minum yang lebih bersih, selamat, dan segar setiap hari untuk aktiviti harian mereka.

​Melihat kegembiraan dan keriangan wajah mereka hari ini benar-benar menyentuh hati. Semoga setiap titik air yang diminum oleh anak-anak ini menjadi pahala jariah yang mengalir berterusan buat para penderma di dunia dan di akhirat. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kebaikan ini! ❀️✨

​

16 September 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT MERDEKA, JIWA MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎSambutan Hari Kemerdekaan ke-69, Hari Malaysia ke-63 dan Hari Lahi...
17/09/2026

16 September 2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SEMANGAT MERDEKA, JIWA MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69, Hari Malaysia ke-63 dan Hari Lahir bulan Jun-September peringkat Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah

Alhamdulillah, tanggal 16 September 2026 menjadi satu hari yang cukup bermakna buat warga Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah apabila Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69 dan Hari Malaysia ke-63 diraikan secara serentak dalam suasana penuh ceria, meriah dan semangat patriotik. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Sambutan kali ini bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi turut menjadi ruang untuk anak-anak Rukaiyah memahami erti kemerdekaan, perpaduan, persahabatan dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Dalam pengisian program, dua pertandingan utama telah berlangsung iaitu:

🎨 Pertandingan Poster Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia menggunakan Canva, khas untuk pelajar sekolah menengah.

πŸ–οΈ Pertandingan Mewarna, khas untuk pelajar sekolah rendah.

Sementara menunggu giliran menghasilkan poster kerana keterbatasan kemudahan komputer, anak-anak sekolah menengah rendah turut berpeluang menyertai Kuiz Kemerdekaan. Walaupun dengan kemudahan yang serba terhad, semangat mereka tidak pernah terbatas.

MashaAllah, hasilnya sungguh membanggakan! 🌟
Setiap anak menghasilkan karya yang kreatif, cantik dan penuh warna. Yang lebih penting, mereka belajar bahawa kekurangan bukan alasan untuk tidak mencuba memberikan yang terbaik.

πŸ† PEMENANG PERTANDINGAN REKA BENTUK POSTER

πŸ₯‡ Tempat Pertama - Adik Fatin Qaisara
πŸ₯ˆ Tempat Kedua - Adik Humairah
πŸ₯‰ Tempat Ketiga - Adik Nurul Ameera

πŸ† PEMENANG PERTANDINGAN MEWARNA

πŸ₯‡ Tempat Pertama - Adik Nor Fathemah
πŸ₯ˆ Tempat Kedua - Adik Aiman Hakimi
πŸ₯‰ Tempat Ketiga - Adik Aiman Hakim

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! πŸ‘πŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ
Dan tahniah juga kepada semua anak-anak Rukaiyah yang mengambil bahagian. Bagi kami, setiap satu karya yang dihasilkan adalah tanda keberanian, kreativiti dan usaha anak-anak untuk memberikan yang terbaik. ❀️

πŸŽ‚ SAMBUTAN HARI LAHIR ANAK-ANAK RUKAIYAH

Dalam kemeriahan sambutan ini, pihak Rukaiyah turut mengambil kesempatan meraikan ulang tahun kelahiran anak-anak yang lahir pada bulan Jun, Julai, Ogos dan September. πŸŽ‰πŸŽ‚

Semoga pertambahan usia membawa bersama pertambahan ilmu, kematangan, rezeki, kesihatan dan kebahagiaan. Semoga anak-anak Rukaiyah terus membesar menjadi insan yang baik, berilmu dan memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

ALHAMDULILLAH, REZEKI DARIPADA DAGING KAMBING KORBAN

Yang lebih menggembirakan, alhamdulillah dengan adanya daging kambing korban yang diterima pada Hari Raya Aidiladha yang lalu, anak-anak berpeluang menikmati hidangan barbeku bersama-sama.

Daripada rezeki korban, dapat p**a kami kongsikan dalam suasana santai dan penuh keceriaan. ❀️

Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menitipkan rezeki korban kepada Rukaiyah. Semoga setiap daging yang dikongsi, setiap senyuman yang terukir dan setiap kenyang yang dirasai anak-anak menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya buat para penyumbang. 🀲🏻

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA ITU BUKAN SEKADAR BEBAS DARIPADA PENJAJAHAN

Dalam ucapan dan pengisian sambutan, anak-anak turut diingatkan tentang pentingnya menghargai jasa para pejuang terdahulu, menjaga keamanan yang diwariskan serta memelihara keharmonian yang kita nikmati hari ini.

Malaysia dibina oleh masyarakat yang berbeza latar belakang, budaya dan kaum. Justeru, perpaduan, sikap saling menghormati dan hidup dalam keharmonian perlu terus dipupuk sejak kecil.

Semoga anak-anak Rukaiyah membesar dengan rasa cinta kepada tanah air, menghargai kepelbagaian, menghormati antara satu sama lain dan memahami bahawa kekuatan Malaysia terletak pada perpaduan rakyatnya. πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ

Mudah-mudahan mereka menjadi generasi yang bukan sahaja menikmati kemerdekaan, tetapi turut menjaga dan mengisinya dengan ilmu, akhlak, usaha dan kebaikan.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69 & Selamat Hari Malaysia ke-63! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Daripada kami,
Warga Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah ❀️








Address

No. 17, LOT 3283, SIMPANG MPI, SUNGAI MERAB LUAR
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/miskin Rukaiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/miskin Rukaiyah:

Share