ARC Bangi

Directions

ARC Bangi Motorcycle Club

25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448 Hijrah.

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

(An-Nasai' dan Ibnu Hibban).

Daripada,
Pengarah dan Seluruh saff kepimpinan ARC Negeri Selangor

Insya Allah… Bangi hadir 💪🏿
24/08/2026

Insya Allah… Bangi hadir 💪🏿

KONVOI ANAK MUDA | 75 TAHUN PAS

Seluruh ahli ARC Malaysia, ayuh kita bersama-sama ke PUTIK, Kelantan pada 4 September 2026.

Kita raikan 75 tahun perjuangan PAS di persada politik tanah air Malaysia tercinta.

Konvoi ini menjadi ruang untuk kita berkumpul, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat anak muda dalam perjuangan.

Bukan sekadar ride, tetapi kita bawa bersama semangat riadah, ukhuwah dan dakwah.

Bagi setiap negeri, sila ikut RV dan pergerakan konvoi yang telah disusun oleh pasukan negeri masing-masing.

Kita Gathering di Muktamar sebelum kita berkumpul p**a di Gathering ARC Malaysia di Muar, Johor.

Ayuh seluruh ahli ARC Malaysia. Kita turun bersama, kita ride bersama dan kita cipta kenangan di hari yang bersejarah ini.

We Ride For Charity
Riadah | Ukhuwah | Dakwah

Jumpa di PUTIK, Kelantan.

19/08/2026

JOM RIDE KONVOI SAMBUTAN 75 TAHUN PAS!

[ KELANTAN 2026 ]

Baghu ja selesai meeting secara online bersama sahabat-sahabat pimpinan ARC Malaysia untuk menyelaras dan menggerakkan seluruh ahli ARC Malaysia ke Kelantan bersempena Muktamar PAS dan sambutan 75 Tahun PAS yang akan berlansung pada awal bulan September ini di Negeri Kelantan.

75 tahun Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat bukan sekadar angka. Ia adalah sejarah panjang sebuah perjuangan yang dilalui dengan pengorbanan, kesetiaan dan istiqamah.

Jom kita bersama dalam hari yang bersejarah ini! Kita gerakkan motor, kita bawa semangat perjuangan menuju PUTIK, Kelantan Darul Naim.

📅 04 September 2026 | Jumaat
⏰ 3.00 petang

Jom konvoi! Kita hadir, kita meriahkan, kita jadi sebahagian daripada sejarah 75 tahun PAS.

Insyallah, sahabat-sahabat ARC Kelantan akan menanti kehadiran kita semua..

We Ride For Charity
Riadah | Ukhuwah | Dakwah


Alternative Riding Club (ARC Malaysia)

06/08/2026

Cara Kita Untuk Kuatkan ARC Kawasan.
Road To Gathering ARC Malaysia 2026.

Perkongsian dan panduan ini saya kongsikan untuk kita semua ahli dan pimpinan ARC di peringkat kawasan.

Di peringkat kawasan, setiap TTS (Teh Tarik Session) bukan sekadar lepak kosong. Ia adalah program yang boleh kita katakan wajib dan menjadi nadi untuk kita kuatkan gerak kerja ARC di bawah.

Setiap TTS perlu ada 5 perkara utama:
1️⃣ Engagement dengan kelab & komuniti pemotoran setempat.
2️⃣ Penyerahan ahli baharu secara rasmi.
3️⃣ Kaunter ARC (pendaftaran & produk).
4️⃣ Elemen tarbiah dan dakwah, walau ringkas.
5️⃣ Makluman program & hala tuju ARC selepas ini

Bila benda ni kita jaga dan gerakkan, insyallah:
✔️ Ahli rasa dihargai
✔️ Kawasan jadi hidup
✔️ Keahlian bertambah
✔️ Arah perjuangan jelas

ARC bukan sekadar ride.
Ia tentang riadah, ukhuwwah dan dakwah.

Jalan sama-sama, kuat sama-sama, berjuang bersama-sama.

“We Ride For Charity”
Riadah | Ukhuwah | Dakwah

Alternative Riding Club [ ARC Malaysia ]


Presiden
ARC Malaysia

06/08/2026
04/08/2026
Alhamdulillah Arc Bangi hadir ke TTS Ukhwah anjuran Arc Malaysia bertempat di biker garaj Cheras Permaisuri. Program leb...
03/08/2026

Alhamdulillah Arc Bangi hadir ke TTS Ukhwah anjuran Arc Malaysia bertempat di biker garaj Cheras Permaisuri. Program lebih menjiwai aktiviti permotoran dan berukhuwah bersama sahabat permotoran dari kelab-kelab lain.



03/08/2026

TAHNIAH SAUDARA MUAZ!

Alhamdulillah, selesai sudah pemilihan Logo Rasmi Gathering ARC Malaysia 2026.

Terima kasih kepada semua peserta yang menghantar hasil karya. Walaupun penyertaan sekitar 11 logo sahaja, setiap rekaan mempunyai kreativiti dan keunikan tersendiri.

Setelah melalui penilaian panel, logo hasil sentuhan Saudara Muaz telah dipilih sebagai Logo Rasmi Gathering ARC Malaysia 2026.

Tahniah Saudara Muaz! Semoga Allah memberkati usaha dan bakat yang dikurniakan. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan Alternative Riding Club (ARC) Malaysia.

Insya-Allah, kita bertemu di Gathering ARC Malaysia 2026 pada 7-8 November ini di Muar, Johor.

Next tunggu Design baju dan Pendaftaran dibuka… insyallah.

Jumpa di Johor!

“We Ride For Charity”
Riadah | Ukhuwah | Dakwah

Address

Seksyen 7
Kajang
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARC Bangi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share