Usahawan Muslimin Nasional

Usahawan Muslimin Nasional USMAN adalah sebuah platform kerjasama antara usahawan di seluruh malaysia dalam mencapai satu ekosis

Buka pintu rezeki dengan TikTokAlhamdulillah, kelmarin selesai bengkel TikTok Mastery bersama 400 pelajar Politeknik Mer...
11/05/2023

Buka pintu rezeki dengan TikTok

Alhamdulillah, kelmarin selesai bengkel TikTok Mastery bersama 400 pelajar Politeknik Mersing Johor & 10 orang tenaga pengajar. Sambutan mereka memang amat luar biasa!

Seronok bila kita dapat mengajar crowd yang berdarah muda. Masing-masing tak sabar nak berjaya dalam perniagaan sendiri. Ada yang sudah bangunkan jenama sendiri, ada p**a yang dah mula jadi Affiliate kepada beberapa brand di TikTok.

Banyak topik yang sempat kami kongsikan, antaranya cara merangkakan konten & audiens yang tepat untuk produk yang dijual, cara untuk menjadi Affiliate & paling penting, setting untuk Beg Kuning. Baru lah boleh jadi TikTokers yang berjaya! Insyallah.

Kami bersyukur kerana diberikan peluang untuk membantu para pelajar di PolyCc. Insyallah, kami doakan agar ilmu yang dicurahkan ini, mampu menjadikan mereka semua usahawan yang berjaya 1 hari nanti.

Alhamdulillah. Selesai sesi perbincangan kerjasama antara USMAN dan Pengarah Politeknik Mersing, Johor, Puan Hilmun Bint...
10/05/2023

Alhamdulillah. Selesai sesi perbincangan kerjasama antara USMAN dan Pengarah Politeknik Mersing, Johor, Puan Hilmun Binti Mohamed bersama barisan pimpinan PMJ membincangkan bantuan-bantuan yang boleh diusahakan untuk manfaat pelajar-pelajar PMJ (Politeknik Mersing Johor).

Di dalam era digital ini, amat penting bagi setiap pelajar untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan atas talian, agar isu pengangguran di kalangan graduan dapat diatasi. Selain kepakaran dalam kemahiran teknikal, pihak tenaga pengajar PMJ amat menekankan kemahiran perniagaan sebagai nilai tambah kepada keboleh-pasaran graduan.

Insyallah, semoga kerjasama ini dapat menigkatkan lagi kualiti graduan-graduan tanah air kita. Terima kasih kepada Puan Hilmun kerana sudi menerima kami sebagai tetamu, tidak lupa juga kepada Puan Jama'latun sebagai penyelaras pertemuan hari ini.

InsyAllah pada 19 Syawal ini, USMAN akan bersama-sama 400 bakal graduan Politeknik Mersing, Johor. Luarbiasa bagi USMAN ...
08/05/2023

InsyAllah pada 19 Syawal ini, USMAN akan bersama-sama 400 bakal graduan Politeknik Mersing, Johor. Luarbiasa bagi USMAN berkongsi ilmu keusahawanan dengan audien seramai itu. Ini cabaran, kita bagi jadi😬🤲.

Tenaga pengajar politeknik memilih topik TikTok Marketing Mastery untuk USMAN kongsikan bersama pelajar. Objektif sesi ini agar 400 bakal graduan (difahamkan majoriti golongan B40) dapat memupuk kesedaran menjadi usahawan berjaya dan gunakan TikTok sebagai medium pemasaran untuk menjana pendapatan luarbiasa.

Doakan sesi perkongsian ini memberi impak positif dan berjaya dimanfaatkan oleh semua yang terlibat.

Bangi - Mersing doakan kami selamat ke destinasi MISI KEUSAHAWANAN😃💯🤩.







21/04/2023

Salam Akhir Ramadhan dan Salam Lebaran

Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan ini.

Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal p**a menanti kita. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

Tangan dihulur maaf dipohon,
Tanda ikhlas mensucikan diri,
Salah dan silap harap diampun,
Semoga berbahagia di Aidilfitri.

Alhamdulillah. Selesai perbincangan online hari ini bersama Ketua Unit Keusahawanan, Puan Noradilah & Penyelaras Program...
17/04/2023

Alhamdulillah. Selesai perbincangan online hari ini bersama Ketua Unit Keusahawanan, Puan Noradilah & Penyelaras Program, Puan Jama'latun, untuk menjayakan Program TikTok Marketing Mastery yang akan diadakan pada 10 Mei 2023, anjuran USMAN-Politeknik Mersing.

Program ini adalah hasil kerjasama antara kedua-dua pihak untuk memberi peluang kepada pelajar dan orang awam untuk mempelajari strategi pemasaran TikTok dengan lebih berkesan.

Selain itu, Politeknik Mersing turut memberikan kepercayaan kepada USMAN untuk menjadi Penasihat Industri di Jabatan Keusahawanan Politeknik Mersing bagi memastikan program-program yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan industri dan memenuhi kehendak pasaran.

Semoga hasil kerjasama antara USMAN dan Politeknik Mersing, menjadi titik permulaan bagi peningkatan kualiti pendidikan dalam keusahawanan dan kemajuan kepada ekonomi negara. Insyallah.

Address

Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Usahawan Muslimin Nasional posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Usahawan Muslimin Nasional:

Share