Wanita IKRAM Kajang

Directions

Wanita IKRAM Kajang Merupakan sayap IKRAM Kajang yang memperjuangkan isu-isu wanita berlandaskan pandangan syarak Ia tidak bertujuan membuat keuntungan.

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Matlamat IKRAM ialah:
risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
taraf sosio-ekonomi umat Islam;
keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
syariat Islam secara praktikal;
hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Alhamdulillah, Program Belia Rakan Aktif Bersama Kanak-Kanak: Mewarnai Dunia telah berlangsung dengan meriah pada 4 Okto...
09/10/2026

Alhamdulillah, Program Belia Rakan Aktif Bersama Kanak-Kanak: Mewarnai Dunia telah berlangsung dengan meriah pada 4 Oktober 2026 bertempat di Perkarangan Parkir Komuniti KRT Mewah Indah.

Program anjuran KRT Mewah Indah dengan kerjasama IKRAM Kajang ini menghimpunkan kanak-kanak, belia dan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat.

Seramai 80 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun telah menyertai aktiviti mewarna yang memberi ruang kepada mereka untuk mengekspresikan kreativiti dan imaginasi. IKRAM Kajang turut dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan slot mewarna dan permainan tradisional yang bukan sahaja menceriakan suasana, malah memupuk semangat kerjasama, mengeratkan hubungan serta memperkenalkan permainan warisan kepada generasi muda.

Selain itu, program ini turut diserikan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, perkongsian ilmu, khidmat nasihat dan penglibatan pelbagai agensi yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Parlimen Bangi, Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak, sukarelawan dan warga komuniti yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha murni ini terus memperkukuh hubungan antara belia, kanak-kanak dan komuniti, di samping melahirkan generasi yang kreatif, aktif dan prihatin terhadap masyarakat. Semoga setiap usaha yang dicurahkan menjadi amal kebaikan yang diberkati Allah SWT. 🌷

Alhamdulillah, Jilsah Akhawat Ikram Kajang (01&02) telah berjaya dilaksanakan pada 20 September 2026(Ahad) secara online...
04/10/2026

Alhamdulillah, Jilsah Akhawat Ikram Kajang (01&02) telah berjaya dilaksanakan pada 20 September 2026(Ahad) secara online via Google meet. Program ini telah dihadiri seramai 38 orang peserta.

Pengisian program:
- Bacaan Al-Ma'thurat.
- Tazkirah ringkas bertajuk "Zikir" telah disampaikan oleh Ukhti Nur Nishat Shaikh Dawood

Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini.Semoga ilmu serta pengisian yang diperolehi membawa manfaat bersama.InsyaAllah, berjumpa lagi di program yang akan datang.

NASIHAT ‘PARENTING’ DARIPADA AL-QURANAlhamdulillah, program ceramah “Nasihat ‘Parenting’ Daripada Al-Quran” telah berjay...
04/10/2026

NASIHAT ‘PARENTING’ DARIPADA AL-QURAN

Alhamdulillah, program ceramah “Nasihat ‘Parenting’ Daripada Al-Quran” telah berjaya dilaksanakan di Surau An-Najah, Taman Universiti Jalan Pintar (TUJP) pada 13 September 2026.

Program yang disampaikan oleh Ustazah Nur Hanani Fadzilah bt Abdul Khalid ini mengangkat kepentingan mendidik anak-anak berteraskan panduan al-Quran, agar keluarga menjadi medan awal pembentukan generasi rabbani. 🤍

Menariknya, program turut diserikan dengan aktiviti mewarna kanak-kanak sempena Bulan Kemerdekaan/Hari Malaysia, yang disertai lebih 30 orang kanak-kanak. Sementara ibu bapa dan peserta tekun mengikuti ceramah, anak-anak turut belajar dan berkreativiti dalam suasana yang ceria.

Semoga perkongsian ilmu dan kebersamaan seperti ini terus menyuburkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam mendidik dan membentuk generasi masa hadapan.

“Dan didiklah keluargamu dengan solat serta bersabarlah dalam melaksanakannya...”
(Surah Taha, 20:132)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Azwani Ismail dan AJK Muslimat Surau An-Najah, Jalan Pintar, Taman Universiti atas kesudian bekerjasama bersama Wanita IKRAM Kajang dalam menjayakan program ini.

🌱 Bersama mendidik generasi berteraskan al-Quran.

Alhamdulillah, Jilsah Akhawat IKRAM Kajang – Ogos 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Ogos 2026 di kawasan tam...
18/08/2026

Alhamdulillah, Jilsah Akhawat IKRAM Kajang – Ogos 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Ogos 2026 di kawasan taman berhampiran Serene Heights Sales Gallery.

Seramai 69 orang akhawat telah hadir memeriahkan program yang diisi dengan aktiviti brisk walk, perkongsian tazkirah mengenai tadabur alam, penutup & bacaan doa serta sarapan bersama.

Terima kasih atas kerjasama dan komitmen semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus subur dan memberi manfaat kepada semua.

📎 Bersama ini dilampirkan Laporan Ringkas Jilsah Akhawat IKRAM Kajang – Ogos 2026 untuk makluman.

Jazakumullahu khairan katsira. 🌷

Jumpa lagi akhawat di wasail berikutnya.

🌿 JILSAH RUHANIYYAH & JILSAH AKHAWAT WANITA IKRAM KAJANG 🌿Alhamdulillah, pada 19 Julai 2026, Wanita IKRAM Kajang telah m...
10/08/2026

🌿 JILSAH RUHANIYYAH & JILSAH AKHAWAT WANITA IKRAM KAJANG 🌿

Alhamdulillah, pada 19 Julai 2026, Wanita IKRAM Kajang telah mengadakan Jilsah Ruhaniyyah yang berlangsung dalam suasana penuh ketenangan dan kebersamaan. 🤍

Seramai 36 orang telah hadir menyertai tadabbur dan tadarus al-Quran, menghidupkan pagi dengan ayat-ayat Allah serta perkongsian yang menyentuh hati.

Dalam masa yang sama, Jilsah Akhawat 0405 Wanita IKRAM Kajang turut berlangsung dengan penyertaan seramai 41 orang.

Antara pengisian yang dilaksanakan:
🌸 Solat Subuh berjemaah
🌸 Bacaan Ma’thurat
🌸 Solat sunat Isyrak
🌸 Tazkirah *“Ujub: Larangan Menyucikan Diri”*
🌸 Senaman pagi
🌸 Ta’aruf dan sarapan bersama
🌸 Bersurai dalam suasana ukhuwah

Semoga pertemuan ini bukan sekadar mengisi pagi, tetapi menjadi ruang untuk menyuburkan iman, mempererat ukhuwah dan menguatkan hati untuk terus melangkah dalam perjuangan. 🤲🏻

> “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.”
> — Surah al-Hujurat: 10

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Semoga setiap langkah menuju majlis ilmu dan setiap ayat yang dibaca menjadi amal yang diterima Allah SWT. 🌷

Wanita IKRAM Kajang
Bersama membina keluarga, masyarakat dan ummah.

🌸 Alhamdulillah, Daurah Baitul Du'at telah berlangsung dengan jayanya! 🌸Semoga setiap langkah yang diatur menuju majlis ...
16/07/2026

🌸 Alhamdulillah, Daurah Baitul Du'at telah berlangsung dengan jayanya! 🌸

Semoga setiap langkah yang diatur menuju majlis ilmu ini menjadi amal soleh yang diberkati Allah. Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dengan semangat menuntut ilmu, para urus setia yang bertungkus-lumus menjayakan program, serta para penyampai yang berkongsi ilmu dan pengalaman yang sangat bermakna.

📖 Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga."
(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga segala ilmu yang dipelajari bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menjadi bekalan untuk memperbaiki diri, mengukuhkan institusi keluarga, dan terus menyebarkan dakwah dengan hikmah.

✨ Moga pertemuan ini menjadi titik tolak untuk kita terus menjadi hamba yang lebih dekat dengan Allah dan pendakwah yang membawa rahmat kepada masyarakat.

Terima kasih atas kebersamaan semua. Semoga kita dipertemukan lagi dalam majlis-majlis ilmu yang akan datang, insya-Allah.

💚 "Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia yang lain."

KAJANG 21 Jun 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung sesi selari Pertemuan Ibu Bapa & Remaja Bijak Siber anjuran Kelab ...
28/06/2026

KAJANG 21 Jun 2026 - Alhamdulillah, telah berlangsung sesi selari Pertemuan Ibu Bapa & Remaja Bijak Siber anjuran Kelab Kelas 3 Kindi, Kelab Kelas 2 Jabir dan Kelab Kelas 6 Abu Bakar.

Inisiatif ini juga dijayakan dengan kerjasama JK Rakan Komuniti Institusi Pendidikan IKRAM, IKRAM Kajang dan pengendali-pengendali sesi remaja daripada Malaysians Against Po*******hy (MAP).

Bertempat di Dewan As-Siddiq Sekolah Rendah Sri Al-Amin Bangi, para peserta mengikuti aktiviti interaktif berkenaan ancaman dunia siber, tanggungjawab seorang Muslim menggunakan teknologi dengan bijak, serta langkah-langkah melindungi diri dalam talian.

Program ini dihadiri oleh 27 orang peserta sesi ibu bapa & 43 orang peserta sesi remaja.

Semoga program ini menyumbang kepada pembinaan remaja pengguna siber yang bijak dan beretika, serta seisi keluarga dan komuniti yang menjadi kumpulan sokongan kepada penambahbaikan ini.

🌸 Alhamdulillah, Rehlah Akhawwat OO-01 IKRAM Kajang telah berlangsung dengan jayanya! 🌸Pada 14 Jun 2026, seramai 72 oran...
28/06/2026

🌸 Alhamdulillah, Rehlah Akhawwat OO-01 IKRAM Kajang telah berlangsung dengan jayanya! 🌸

Pada 14 Jun 2026, seramai 72 orang peserta (44 dewasa & 28 kanak-kanak) telah bersama-sama memeriahkan Rehlah Akhawwat di Canal Park, Kajang.

✨ Antara pengisian yang telah berlangsung:
🤍 Riadah & berjalan santai
🤍 Bacaan Surah Al-Ikhlas dan pengisian rohani
🤍 Tazkirah "Biah Solehah"
🤍 Taaruf games yang mengeratkan ukhuwah
🤍 Jamuan potluck yang penuh kasih sayang
🤍 Penyampaian hadiah & sesi bergambar

Semoga pertemuan ini bukan sekadar sebuah program, tetapi menjadi asbab bertambah eratnya ukhuwah, saling menguatkan dalam kebaikan serta menyuntik semangat untuk terus berbakti di jalan dakwah dan tarbiah.

💐 Setinggi-tinggi penghargaan dan jazakumullahu khairan kathira kepada semua jawatankuasa, penyumbang, sukarelawan serta setiap peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga segala usaha diterima sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT mempertemukan kita lagi dalam program-program akan datang dengan kasih sayang dan keberkatan-Nya. ❤️

Address

Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita IKRAM Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share