Ihsan Korban

Ihsan Korban Ihsan Korban merupakan program Ibadah Korban yang dijalankan oleh Pertubuhan IhsanKu Malaysia.

Program ni menyediakan platform kepada orang ramai untuk melaksankan Ibadah Korban dan berkongsi rezeki kepada saudara-saudara muslim kita yang memerlukan.

4 Jun 2026 | Update Hari Terakhir di ZimbabweAlhamdulillah, pada hari terakhir keberadaan kami di bumi Afrika, Zimbabwe,...
06/06/2026

4 Jun 2026 | Update Hari Terakhir di Zimbabwe

Alhamdulillah, pada hari terakhir keberadaan kami di bumi Afrika, Zimbabwe, selepas tiba semula dari Malawi, tim Ihsanku telah berkesempatan mengadakan kunjungan dan pertemuan bersama pihak Embassy of Malaysia in Zimbabwe.

Pertemuan tersebut melibatkan Mr. Aniff M. Fauzi, Chargé d’Affaires, Embassy of Malaysia in Harare, serta turut disertai oleh wakil Zimbabwe Halal Council (ZHC).

Kunjungan ini bukanlah yang pertama, kerana pada tahun lalu Ihsanku juga telah berkesempatan bertemu dengan pihak kedutaan. Kehadiran kali ini menjadi simbol kesinambungan hubungan baik dan kebersamaan yang telah terjalin antara semua pihak.

Dalam pertemuan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk perkongsian pengalaman sepanjang pelaksanaan program di Zimbabwe dan Malawi, di samping bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama serta perancangan program-program akan datang.

Alhamdulillah, semoga hubungan yang terjalin ini terus diperkukuhkan dan membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan pada masa hadapan, InsyaAllah.

3 Jun 2026 | Update Lawatan Madrasah – MalawiAlhamdulillah, dalam perjalanan pulang pada sebelah malam, tim Ihsanku berk...
06/06/2026

3 Jun 2026 | Update Lawatan Madrasah – Malawi

Alhamdulillah, dalam perjalanan pulang pada sebelah malam, tim Ihsanku berkesempatan singgah di sebuah madrasah yang menempatkan anak-anak yang sedang menuntut ilmu agama.

Kami berhenti seketika untuk melihat suasana pembelajaran mereka serta menyaksikan sendiri semangat komuniti Islam di kawasan tersebut dalam menimba ilmu walaupun dalam keadaan serba sederhana.

Pada kesempatan itu, tim Ihsanku turut membawa sedikit sumbangan dan barangan bantuan untuk diserahkan kepada para pelajar madrasah sebagai tanda sokongan dan galakan buat mereka.

Melihat kesungguhan anak-anak ini dalam menuntut ilmu benar-benar menyentuh hati kami. Semoga mereka terus istiqamah, bersemangat dalam menimba ilmu dan menjadi generasi yang memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara pada masa hadapan, InsyaAllah.

05/06/2026

Beberapa hari sebelum ibadah korban dilaksanakan, tim Ihsanku akan turun padang untuk membuat pemeriksaan haiwan korban🐂🔍

Setiap lembu diperiksa dengan teliti bagi memastikan ia sihat, cukup syarat dan sesuai untuk dijadikan korban. Ini antara usaha kami untuk memastikan amanah korban yang diberikan oleh para peserta dilaksanakan dengan sebaiknya.

Kerana di sebalik setiap ibadah korban, ada tanggungjawab yang perlu dijaga dan amanah yang perlu ditunaikan🤍

3 Jun 2026 | Update Program Memasak & Jamuan Komuniti – Fundi 2 Masjid, MalawiAlhamdulillah, bersempena dengan perasmian...
05/06/2026

3 Jun 2026 | Update Program Memasak & Jamuan Komuniti – Fundi 2 Masjid, Malawi

Alhamdulillah, bersempena dengan perasmian telaga air bersih yang terletak bersebelahan Fundi 2 Masjid, tim Ihsanku turut mengadakan program memasak dan jamuan makan bersama komuniti yang hadir.

Program ini diadakan sebagai tanda kebersamaan dan penghargaan kepada penduduk setempat yang turut sama hadir meraikan pembukaan projek air tersebut.

Alhamdulillah, jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka apabila dapat menikmati hidangan makanan yang sedap, sesuatu yang jarang-jarang dapat mereka rasai dalam kehidupan harian.

Semoga hidangan ini bukan sahaja mengenyangkan, tetapi turut membawa kegembiraan, kasih sayang dan semangat ihsan kepada komuniti di sini.

3 Jun 2026 | Update Lawatan & Perasmian Projek Air Kedua – MalawiAlhamdulillah, selepas selesai melawat masjid pedalaman...
05/06/2026

3 Jun 2026 | Update Lawatan & Perasmian Projek Air Kedua – Malawi

Alhamdulillah, selepas selesai melawat masjid pedalaman di Mulanje, tim Ihsanku meneruskan perjalanan selama kira-kira satu jam untuk ke Projek Water 4 Life Ihsanku yang kedua di Malawi.

Projek ini merupakan sebuah telaga air bersih yang terletak di Fundi 2 Masjid, Mulanje District, Malawi dan menjadi projek air bersih kedua yang berjaya dilaksanakan oleh Ihsanku di negara ini.

Kehadiran tim Ihsanku adalah bagi merasmikan projek tersebut dan kami telah disambut dengan penuh mesra serta rasa syukur oleh penduduk setempat. Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka apabila kemudahan air bersih akhirnya dapat dinikmati oleh komuniti di kawasan tersebut.

Menariknya, telaga air ini terletak bersebelahan masjid, sekali gus memudahkan urusan ibadah para jemaah, khususnya untuk mengambil wuduk dan kegunaan harian. Kemudahan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para jemaah masjid, malah turut boleh digunakan oleh seluruh komuniti setempat.

Alhamdulillah, semoga projek ini terus memberi manfaat berpanjangan dan menjadi asbab kebaikan buat semua penyumbang serta pihak yang terlibat dalam menjayakannya.

3 Jun 2026 | Update Lawatan Masjid Pedalaman – Mulanje, MalawiAlhamdulillah, pada waktu pagi tim Ihsanku berkesempatan m...
05/06/2026

3 Jun 2026 | Update Lawatan Masjid Pedalaman – Mulanje, Malawi

Alhamdulillah, pada waktu pagi tim Ihsanku berkesempatan melawat sebuah masjid di kawasan pedalaman Mulanje, Malawi.

Perjalanan untuk sampai ke lokasi mengambil masa hampir 4 jam melalui laluan yang mencabar, dengan keadaan jalan berbatu, berlubang dan tidak rata.

Setibanya di sana, kami melihat keadaan masjid yang sangat dhaif dan serba kekurangan. Struktur masjid diperbuat daripada tanah dengan bumbung yang hanya menggunakan atap daun. Masjid ini juga tidak mempunyai bekalan air, manakala lantainya hanyalah tanah biasa yang digunakan oleh para jemaah untuk menunaikan solat.

Lebih menyentuh hati, para jemaah terpaksa berjalan sejauh kira-kira 5 kilometer untuk mendapatkan air dari sungai bagi tujuan mengambil wuduk dan kegunaan harian.

Lawatan ini dilakukan bagi menilai sendiri keadaan sebenar masjid tersebut dan mengenal pasti keperluan komuniti setempat. InsyaAllah, masjid ini berpotensi untuk dipertimbangkan sebagai salah satu projek pembangunan atau baik pulih pada masa akan datang sekiranya ada rezeki dan peluang.

2 Jun 2026 | Update Perasmian Projek Water For Life Pertama Ihsanku – MalawiAlhamdulillah, pada waktu tengah hari, di ka...
04/06/2026

2 Jun 2026 | Update Perasmian Projek Water For Life Pertama Ihsanku – Malawi

Alhamdulillah, pada waktu tengah hari, di kawasan berhampiran lokasi pelaksanaan aqiqah, telah diadakan majlis pembukaan rasmi Projek Telaga Air Pertama Ihsanku di Chikuli Village, Mulanje, Malawi.

Projek ini kini memberi manfaat kepada lebih kurang 80 keluarga yang menetap di kawasan tersebut. Sebelum ini, penduduk berdepan dengan krisis air yang agak serius, di mana mereka terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan bekalan air daripada sungai bagi kegunaan harian.

Dengan adanya projek telaga air ini, kehidupan masyarakat setempat menjadi lebih mudah dan teratur. Akses kepada air bersih yang lebih dekat bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga, malah membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Alhamdulillah, kegembiraan jelas terpancar pada wajah penduduk setempat yang kini dapat menikmati kemudahan air bersih hasil sumbangan para penyumbang dan penyokong projek ini. Semoga manfaatnya terus berkekalan dan menjadi amal jariah yang berpanjangan, InsyaAllah.

2 Jun 2026 | Update Ihsan Akikah di MalawiAlhamdulillah, pada waktu pagi, tim Ihsanku di Malawi telah melaksanakan ibada...
04/06/2026

2 Jun 2026 | Update Ihsan Akikah di Malawi

Alhamdulillah, pada waktu pagi, tim Ihsanku di Malawi telah melaksanakan ibadah aqiqah dua ekor lembu.

Pelaksanaan ini diniatkan atas nama anak-anak yatim, fakir miskin dan golongan asnaf yang memerlukan . Selepas proses sembelihan selesai, daging tersebut akan dimasak dan diagihkan sebagai hidangan makanan kepada komuniti setempat.

Semoga usaha ini dapat memberi kegembiraan, mengenyangkan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab kebaikan buat semua pihak yang terlibat, InsyaAllah.

1 Jun 2026 | Update Perjalanan ke MalawiAlhamdulillah, tim Ihsanku telah selamat tiba di Malawi bagi meneruskan misi kem...
03/06/2026

1 Jun 2026 | Update Perjalanan ke Malawi

Alhamdulillah, tim Ihsanku telah selamat tiba di Malawi bagi meneruskan misi kemanusiaan dan lawatan projek yang telah dirancang.

Ketibaan kami telah disambut oleh wakil tempatan serta wakil daripada Honorary Consul of Malaysia in the Republic of Malawi.

Pada sebelah malam, kami turut berkesempatan mengadakan pertemuan bersama Mr. Ahmed Sunka, iaitu Honorary Consul of Malaysia in the Republic of Malawi. Pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana mesra dan penuh makna, di mana kami berpeluang berbual serta bertukar pandangan mengenai keadaan semasa, hubungan Malaysia–Malawi dan potensi kerjasama pada masa akan datang.

Alhamdulillah, lawatan ini membuka ruang kepada jaringan yang lebih erat serta mengukuhkan hubungan baik antara pihak-pihak yang terlibat.

Address

12-G, Jalan BM 7/19, Seksyen 7, Bandar Bukit Mahkota
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ihsan Korban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share