PMPKU - Pertubuhan Masyarakat Progresif Kajang Utama

PMPKU - Pertubuhan Masyarakat Progresif Kajang Utama No. Tanpa ilmu dan sokongan masyarakat setempat maka mereka akan rugi dan negara kita akan kehilangan sebuah permata yang bakal bersinar di dunia dan akhirat.

Pendaftaran: PPM-019-10-17122024
Visi PMPKU : “Menjadi pertubuhan terkemuka dalam memajukan pendidikan dan meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, serta membentuk masyarakat yang celik ilmu dan berdaya saing” PMPKU merupakan satu impian sekelompok komuniti Taman Kajang Utama yang ingin berkhidmat kepada masyarakat setempat dengan meletakkan pendidikan sebagai teras utama kerana han

ya melalui pendidikan segala impian akan menjadi kenyataan, Insya Allah. Dengan hanya berbekalkan impian dan kesungguhan, maka pada 17 Disember 2024 maka tertubuhlah Pertubuhan Masyarakat Progresif Kajang Utama (PMPKU) di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan, 1984. PMPKU percaya ilmu merupakan aset yang tinggi nilainya kepada kanak-kanak yang akan membesar dan bakal menjadi seorang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Maka dengan tertubuhnya PMPKU, impian dan harapan akan direalisasikan demi anak bangsa terutamanya kepada golongan yang sangat memerlukan ruang dan peluang untuk mencari ilmu dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. PMPKU akan berusaha sedaya upaya membantu mereka yang memerlukan untuk merealisasikan hasrat ini.

Salam Aidilfitri!Semoga Aidilfitri kali ini menjadi kesempatan untuk kita mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Taqa...
31/03/2025

Salam Aidilfitri!

Semoga Aidilfitri kali ini menjadi kesempatan untuk kita mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum, Taqabal ya Kareem. Semoga kita selalu bersama dalam kebaikan.

Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kegembiraan buat kita semua.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin.

Tulus Ikhlas Daripada:
Abas Bin Hassan
Pengerusi
Persatuan Masyarakat Progresif Kajang Utama (PMPKU)

admin
31 Mac 2025
1 Syawal 1446

Sijil Pendaftaran Pertubuhan Masyarakat Progresif Kajang Utama (PMPKU)
18/03/2025

Sijil Pendaftaran Pertubuhan Masyarakat Progresif Kajang Utama (PMPKU)

18/03/2025

Address

Jalan Aman 1, Taman Kajang Utama (Depan SMK Kajang Utama)
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMPKU - Pertubuhan Masyarakat Progresif Kajang Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PMPKU - Pertubuhan Masyarakat Progresif Kajang Utama:

Share