15/02/2025
πππΏππ ππππ
πΌππΌππΌπ ππππΌππππ π
πππΌππΌπ ππππππΌππππΌ ππΌπππΌπ
BaruΒ² ini, kita dikejutkan dengan berita seorang peniaga wanita dipercayai telah menjadi mangsa pembunuhan kejam seorang suspek lelaki.
Mengikut laporan, mayat mangsa, Nurshamira Zainal, 37, ditemukan di tepi Sungai Kuantan, berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur selepas dilaporkan hilang selama 17 jam.
Mangsa dikatakan keluar dari rumahnya sekitar jam 7.30 petang hari Rabu yang lalu untuk membuat penghantaran pesanan COD sambal ikan bilis garing yang dipesan oleh pelanggannya yang juga merupakan suspek utama dalam kes tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Keratong 9, Pahang.
Salam takziah diucapkan buat keluarga mangsa.
Kredit video : Team UKVJ Pahang