Silat Cekak Hanafi Selangor

Directions Website

Silat Cekak Hanafi Selangor Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Cawangan Selangor Seni Silat Melayu Asli

[ BERITA TERKINI Silat Cekak Hanafi ]29 September 2026Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Che Yusof b Che Mat, ahli Ma...
29/09/2026

[ BERITA TERKINI Silat Cekak Hanafi ]
29 September 2026

Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Che Yusof b Che Mat, ahli Majlis Muafakat Tertinggi Silat Cekak Hanafi telah p**ang ke rahmatullah pada jam 10:41 malam di Hospital Selayang.

Kami warga Silat Cekak Hanafi mendoakan semoga Almarhum ditempatkan bersama mereka yang beriman.

Unit Media Siber
Jabatan Perhubungan dan Seranta
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

Latihan Parang Lading Siri 01/2026 telah diadakan di Pusat Latihan Bandar Baru Bangi, Selangor pada hari Sabtu, 6 Jun 20...
08/06/2026

Latihan Parang Lading Siri 01/2026 telah diadakan di Pusat Latihan Bandar Baru Bangi, Selangor pada hari Sabtu, 6 Jun 2026 jam 9.00 malam.

Seramai kira-kira sepuluh orang ahli Silat Cekak Hanafi di sekitar negeri Selangor yang dianugerahi Parang Lading telah hadir menyertai latihan ini.

Encik Zanuddin Salleh telah dijemput untuk memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada para pemegang senjata rasmi Silat Cekak Hanafi itu. Banyak nasihat dan tips berkenaan penggunaan dan penjagaan Parang Lading telah beliau sampaikan.

Di atas sambutan yang menggalakkan, latihan ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

Telah kembali ke rahmatullah Tengku Azlina    Tengku Ismail @ Kak Teng  pada hari ini 13 Mei 2026  pada jam 0830 pagi ta...
13/05/2026

Telah kembali ke rahmatullah Tengku Azlina Tengku Ismail @ Kak Teng pada hari ini 13 Mei 2026 pada jam 0830 pagi tadi.

Semoga Allah Azzawajalla mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Al-fatihah. Aamiin.

Telah kembali ke rahmatullah Tengku Azlina   Tengku Ismail @ Kak Teng  pada hari ini 13 Mei 2026  pada jam 0830 pagi tad...
13/05/2026

Telah kembali ke rahmatullah Tengku Azlina Tengku Ismail @ Kak Teng pada hari ini 13 Mei 2026 pada jam 0830 pagi tadi.

Semoga Allah Azzawajalla mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Al-fatihah. Aamiin.

20/03/2026
20/03/2026

PERUTUSAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

YM TUAN HAJI AMRUDDIN BIN HAJI BUANG

PENAUNG MERANGKAP GURU UTAMA
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-Nya, kita sekali lagi dipertemukan dengan Hari Raya Aidilfitri setelah melalui bulan Ramadan yang penuh keberkatan, tarbiah serta didikan rohani. Selawat dan Salam kepada Baginda Nabi Muhammad Saw, Rosul junjungan yang kita kasihi dan rindui.

2. Sesungguhnya Ramadan adalah madrasah yang mendidik jiwa dalam melatih kesabaran, menyuburkan keikhlasan serta memperhalusi akhlak dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah SWT. Setiap orang melalui Ramadan dengan hikmah yang berbeza yakni ada yang menjadikannya bulan untuk memperbanyak atau memperkukuhkan amalan, dan ada p**a yang menjadikannya satu titik tolak perubahan diri kearah yang lebih baik. Apa sahaja cabaran yang dilalui di sepanjang Bulan Ramadan diharungi dengan bersungguh-sungguh dengan penuh sabar. Mudah-mudahan segala amalan, disiplin diri serta perubahan baik yang telah kita usahakan sepanjang Ramadan ini tidak terhenti dengan berlalunya bulan yang mulia itu, bahkan terus dipelihara dan diamalkan dalam kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang. Semoga segala amalan yang dilaksana mendapat redha Allah dan diterima oleh-Nya.

3. Setelah Ramadan pergi, Syawal dinanti p**a hadir menambah seri, sebagai tanda merayakan kemenangan melawan hawa nafsu diri. Kegembiraan menyambut Syawal yang mulia ini, diingatkan kita semua juga agar menjadikan Hari Raya Aidilfitri sebagai ruang untuk memperbaharui hubungan sesama kita. Ambillah kesempatan ini untuk saling bermaaf-maafan, menziarahi sanak saudara, sahabat handai serta mengeratkan silaturahim yang mungkin pernah terjarak oleh kesibukan kehidupan. Sesungguhnya keindahan Aidilfitri bukan hanya pada kemeriahannya, tetapi pada hati yang kembali bersih, hubungan yang kembali erat dan ukhuwah yang kembali diperkukuhkan. Khususnya kepada seluruh ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia, semoga ikatan persaudaraan yang terjalin atas dasar ilmu, adab dan perjuangan ini terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

4. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk berpesan kepada seluruh ahli agar terus bersama dengan persatuan ini dengan penuh kesetiaan serta keikhlasan dalam perjuangan. Perjuangan yang kita dukung pada hari ini merupakan sambungan kepada amanah yang telah diasaskan oleh Almarhum Ustaz Hanafi Haji Ahmad. Selepas malam lailatul qadar sehingga tahun yang akan datang, marilah kita bersama-sama meningkatkan tahap pencapaian perjuangan kita kepada aras baru yang lebih dinamik, kukuh dan berkesan.

5. Sesungguhnya dalam sesebuah perguruan, kekuatan bukan sekadar terletak pada kehebatan gerak atau kemahiran semata-mata, tetapi pada ilmu yang dipelihara dengan adab serta amanah yang dijunjung dengan penuh keikhlasan. Sebagai insan yang juga tidak terlepas daripada kekurangan, saya sentiasa memohon kepada Allah SWT agar kita semua sentiasa dipimpin dan diberi kekuatan untuk memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya.

6. Di kesempatan yang penuh keberkatan ini juga, bagi pihak diri saya dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada Ahli-Ahli Majlis Muafakat Tertinggi (MMT), Majlis Mesyuarat Kebangsaan (MMK), Lembaga Pelajaran dan Tatatertib (LPT), Majlis Mesyuarat Negeri (MMN), para penyelia kelas, jurulatih, warga utama, ahli-ahli Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia serta semua yang bersama dan mendukung persatuan ini secara langsung atau tidak langsung serta tidak dilupakan juga kepada seluruh muslimin dan muslimat. Semoga segala amal ibadah yang telah kita laksanakan sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT dan semoga Syawal yang kita sambut ini membawa keberkatan, kesejahteraan serta memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita.

7. Sebagai rumusan, ingatlah bahawa intisari dari puasa Ramadan itu ialah menahan diri dari hawa nafsu. Sehari kita menahan diri, kita diberikan kegembiraan semasa kita berbuka puasa. Sebulan kita menahan diri, kita diberikan kegembiraan di Hari Raya di Bulan Syawal dan jika kita beristiqomah menahan diri seumur hidup kita, kita akan diberikan kegembiraan bertemu dengan Allah yang Maha Esa di akhirat nanti.

Mudah-mudahan kita semua sentiasa dipelihara Allah atas segala hal kehidupan kita.

Silat Cekak Hanafi - Asli & Murni

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Maaf Zahir dan Batin

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

Wabillahi taufiq wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Sekian, terima kasih.

“PENERAJU WARISAN MUTLAK”
“SILAT CEKAK HANAFI – ASLI DAN MURNI”

HAJI AMRUDDIN BIN HAJI BUANG
Penaung merangkap Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia

29 Ramadan 1447H

Sekitar MAJLIS BERBUKA PUASA SILAT CEKAK HANAFI SELANGOR 2026 pada tarikh 28 Februari 2026 semalam. Jutaan terima kasih ...
01/03/2026

Sekitar MAJLIS BERBUKA PUASA SILAT CEKAK HANAFI SELANGOR 2026 pada tarikh 28 Februari 2026 semalam.

Jutaan terima kasih kepada semua hadirin dan para penyumbang.

Semoga usaha kita diberkati Allah Ta'ala.

Aamiin.

28/02/2026

Aidilfitri: KPM Umum Cuti Tambahan 1 Hari Bagi Kump**an A, 2 Hari Kump**an B

Artikel penuh di ruangan komen

28/02/2026

Sekitar MAJLIS BERBUKA PUASA SILAT CEKAK HANAFI SELANGOR 2026.

Jutaan terima kasih kepada semua hadirin dan para penyumbang.

Semoga usaha kita diberkati Allah Ta'ala.

Aamiin.

Sekitar MAJLIS BERBUKA PUASA SILAT CEKAK HANAFI SELANGOR 2026.Jutaan terima kasih kepada semua hadirin dan para penyumba...
28/02/2026

Sekitar MAJLIS BERBUKA PUASA SILAT CEKAK HANAFI SELANGOR 2026.

Jutaan terima kasih kepada semua hadirin dan para penyumbang.

Semoga usaha kita diberkati Allah Ta'ala.

Aamiin.

Address

No. 2, Jalan 15/3D
Kajang
43650

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Silat Cekak Hanafi Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share