Persatuan Penduduk Seksyen 3 Kajang Utama

Directions

Persatuan Penduduk Seksyen 3 Kajang Utama Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penduduk Seksyen 3 Kajang Utama, Non-Governmental Organization (NGO), Jalan Seksyen 3/12, Taman Kajang Utama, Kajang.

https://www.facebook.com/share/p/1TSQJygaUt/*'JUALAN 2 HARI (16 JAM) RAHMAH MADANI DUN SUNGAI RAMAL HUJUNG MINGGU INI'*H...
20/10/2026

https://www.facebook.com/share/p/1TSQJygaUt/

*'JUALAN 2 HARI (16 JAM) RAHMAH MADANI DUN SUNGAI RAMAL HUJUNG MINGGU INI'*

Hj Mazwan menjemput kepada seluruh warga DUN Sungai Ramal, Bangi dan sekitar ke Jualan Rahmah MADANI DUN Sungai Ramal yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di ketetapan berikut :
βœ… *24 & 25 Oktober 2026* (Sabtu & Ahad)
βœ… *9.00 pagi hingga 5.00 petang*
βœ… *Hadapan Restoran Sup Meletup, Kajang Utama*
πŸ“ *Lokasi :* https://maps.app.goo.gl/CwjBp8TV44dcNNma7

Harga Rahmah dan *potongan harga sehingga 30%.* Antara barangan yang ada di jualan adalah :
βœ… Beras
βœ… Minyak masak
βœ… Telur
βœ… Ayam mentah
βœ… Sardin, Sos dan barangan dapur
βœ… Minuman milo
βœ… Mi / Bihun / Kerepek
βœ… Barangan keperluan rumah
βœ… Bawang dan bahan masakan

*Khas untuk warganegara Malaysia sahaja !*

Jumpa nanti dan jemput hadir !

'BANGI RAHMAH & HARMONI'

admin
20 Oktober 2026

PPS3KU HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN DI BLOK A, KAJANG UTAMAKAJANG UTAMA, 18 Oktober – Persatuan Penduduk Seksyen...
18/10/2026

PPS3KU HADIR MEMERIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN DI BLOK A, KAJANG UTAMA

KAJANG UTAMA, 18 Oktober – Persatuan Penduduk Seksyen 3, Taman Kajang Utama (PPS3ku) turut hadir memeriahkan majlis perkahwinan yang berlangsung di Blok A, Kajang Utama.

Kehadiran wakil PPS3ku ke majlis tersebut merupakan sebahagian daripada usaha persatuan untuk terus mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat.

Bagi PPS3ku, aktiviti kemasyarakatan bukan sahaja tertumpu kepada penganjuran program, malah turut merangkumi kehadiran dan sokongan terhadap majlis-majlis kekeluargaan yang dianjurkan oleh penduduk.

Hubungan kejiranan yang erat menjadi asas kepada pembentukan komuniti yang harmoni, bersatu padu dan saling mengambil berat antara satu sama lain.

PPS3ku turut merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua mempelai serta keluarga pengantin.

Semoga pasangan pengantin dikurniakan kebahagiaan, keberkatan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Selamat Pengantin Baru!

PPS3ku – Bersama Komuniti, Mengukuhkan Silaturahim.

ZIARAH KASIH & PRIHATIN SANTUNI MANTAN PENGERUSI SAR, IMAM AZHARKAJANG UTAMA, 18hb Okt 2026 – Program Ziarah Kasih & Pri...
18/10/2026

ZIARAH KASIH & PRIHATIN SANTUNI MANTAN PENGERUSI SAR, IMAM AZHAR

KAJANG UTAMA, 18hb Okt 2026 – Program Ziarah Kasih & Prihatin telah diadakan dengan mengunjungi kediaman Imam Azhar, mantan Pengerusi Surau Ar Rahman , sebagai tanda keprihatinan dan sokongan komuniti terhadap tokoh masyarakat setempat.

Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif Unit Tajaan & Kebajikan serta Unit Khidmat Masyarakat, Persatuan Penduduk Seksyen 3 Kajang Utama (PPS3KU) dengan kerjasama Persatuan Penjaja & Peniaga-Ku Prihatin.

Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, menyampaikan tanda ingatan serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat. Ia juga mencerminkan komitmen persatuan dan rakan kerjasama dalam memastikan kebajikan serta kesejahteraan komuniti sentiasa diberi perhatian.

Program seumpama ini membuktikan bahawa semangat prihatin dan saling membantu merupakan asas penting dalam membina komuniti yang harmoni, penyayang dan bersatu padu.

PPS3KU bersama rakan kerjasama akan terus komited melaksanakan aktiviti kebajikan dan khidmat masyarakat demi manfaat penduduk setempat.

β€œMenghulur Tangan, Meringankan Beban.”

15/10/2026
15/10/2026

Promosi Hingga Hujung Tahun.. Kepada Vendor Yg Mencari Tapak Berniaga Setiap Jumaat dan Sabtu Hanya RM15/tapak di CBS Kajang Utama lokasi Tapak Pasar Malam Taman Kajang Utama jgn lepaskan peluang anda....

Terima Kasih Kepada Media Selangor Kerana Memberi Ruang Dan Menerima Pandangan Dari Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen...
15/10/2026

Terima Kasih Kepada Media Selangor Kerana Memberi Ruang Dan Menerima Pandangan Dari Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 3 Kajang Utama Dr Azman Salam mewakili penduduk Taman Kajang Utama Mengenai STATUS KAJANG SEBAGAI BANDARAYA.

Hasrat menaik taraf Kajang kepada status bandar raya disambut baik,...

PERTANDINGAN KAROM ANJURAN Persatuan Penduduk Seksyen 3 Kajang Utama  dengan kerjasama Persatuan Penduduk Residensi PR1M...
12/10/2026

PERTANDINGAN KAROM ANJURAN Persatuan Penduduk Seksyen 3 Kajang Utama dengan kerjasama Persatuan Penduduk Residensi PR1MA Kajang Utama di lokasi CBS Kajang Utama yg diadakan pada 10hb OKT 2026 (Sabtu) lepas.

Alhamdulillah, pertandingan karom CBS Taman Kajang Utama telah berjaya berlangsung dengan jayanya dan penuh meriah!

Tahniah dan syabas kepada semua pemenang! Anda memang hebat! Semangat juang, kemahiran dan strategi yang ditampilkan memang terbaik! Tahniah juga kepada semua peserta yang telah memberikan saingan sengit dan memeriahkan pertandingan ini!

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kerjasama. Semoga lebih banyak aktiviti menarik dapat dianjurkan pada masa akan datang!

CBS Kajang Utama β€” Meriah, Mantap, Luar Biasa!

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DI TIGA DAERAH DI NEGERI SELANGOR BERIKUTAN PERKEMBANGAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)    J...
11/10/2026

PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEKOLAH DI TIGA DAERAH DI NEGERI SELANGOR BERIKUTAN PERKEMBANGAN INDEKS PENCEMARAN UDARA (IPU)





JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

Address

Jalan Seksyen 3/12, Taman Kajang Utama
Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Seksyen 3 Kajang Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share