Institut Kajian Hadis & Aqidah - INHAD

Institut Kajian Hadis & Aqidah - INHAD Page FB INHAD ini bertujuan memberi pendidikan mengenai Hadis Nabi Muhammad s.a.w. kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia melalui pelbagai media.

Sebuah organisasi yang menjalankan kajian yang berterusan mengenai Hadis Nabi s.a.w. di samping mengadakan dan menyediakan program-program dan ruang-ruang pendidikan mengenai Hadis kepada semua lapisan masyarakat, terutamanya kepada khalayak umum.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهTo All Academic Staff Prof. Dr. / Assoc. Prof. Dr. / Dr./ Mr./ Mrs./ Ms.CALL FOR PAPERS 2...
16/06/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

To All Academic Staff Prof. Dr. / Assoc. Prof. Dr. / Dr./ Mr./ Mrs./ Ms.

CALL FOR PAPERS 2nd ISH 2026

The 2nd International Symposium on Hadith 2026 cordially invites scholars, researchers, academics, and postgraduate students to submit original and unpublished papers addressing the symposium theme:
“The Dynamics of Hadith: Classical and Contemporary Approaches, Challenges, and Responses”

Venue: Shangri-La Golden Sand Penang, Pulau Pinang Malaysia
Conference Date: 20th October 2026

Publication Opportunities
Selected high-quality papers will be considered for publication in:
•⁠ ⁠SCOPUS-ISLAMIYYAT UKM indexed journal (subject to peer review and additional publication fees)
•⁠ ⁠MyCite-AL-IRSYAD & HADIS UIS indexed journals (subject to peer review and additional publication fees)
•⁠ ⁠An edited volume of selected chapters to be published by UIS Press–MAPIM Publisher

For registration details and further information, please refer to the official conference QR code provided in the symposium poster.

Link for registration: https://forms.gle/6c2oRy7SDsiwHRqV6

website 2nd ISH 2026:
https://conference.uis.edu.my/ish/

Thank you, wassalam.

03/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447 Hijrah.

Menjunjung kasih Tuanku. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Sembah takzim daripada seluruh warga Universiti Islam Selangor.




🌙 Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dari Warga INHAD 🌙 27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447HAssalamualaikum warahmatullahi w...
26/05/2026

🌙 Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha dari Warga INHAD 🌙
27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Warga Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H kepada seluruh warga Universiti Islam Selangor (UIS) dan seluruh umat Islam di mana jua berada.

Hari Raya Aidiladha adalah hari yang penuh dengan makna pengorbanan, ketaatan dan keikhlasan. Ia memperingati kisah Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. dalam menzahirkan ketaatan kepada perintah Allah SWT. Ia juga mengajak kita untuk menilai semula pengorbanan dalam kehidupan demi menegakkan agama, memperkukuh ukhuwah serta membina masyarakat yang penyayang dan bertanggungjawab.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, pengampunan dan rahmat yang melimpah untuk kita semua.
Taqabbalallahu minna wa minkum.

Ikhlas daripada:
Warga INHAD
Institut Kajian Hadis & Akidah
Universiti Islam Selangor (UIS)

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2026 (Rabu) – Satu pertemuan mahabbah telah diadakan antara Institut Kajian Hadith dan Akidah (INHA...
25/05/2026

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2026 (Rabu) – Satu pertemuan mahabbah telah diadakan antara Institut Kajian Hadith dan Akidah (INHAD) dan Tirmidhi Centre bagi mengeratkan ukhuwah serta membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Delegasi daripada pihak INHAD diketuai oleh Ustaz Abdul Hadi bin Awang selaku Pengarah, bersama Ustaz Mohd Norzi bin Nasir, Ketua Unit Kursus Jangka Pendek, Latihan dan Perundingan, serta Dr. Mohamed Fairooz bin Mohamed Fathillah, Ketua Unit Penyelidikan, Penerbitan dan Jaringan Industri.

Manakala pihak Tirmidhi Centre p**a diwakili oleh Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil selaku Presiden, Mohd. Nawawi bin Abdul Razak sebagai Bendahari, Irfan bin Jumat dan Abdul Syahid bin Abdul Rashid selaku Ahli Jawatankuasa (AJK).

Semoga jalinan kerjasama yang terhasil melalui pertemuan ini dapat diperkukuhkan dari semasa ke semasa serta membawa keberkatan dan manfaat yang luas kepada masyarakat.

Ikhlas daripada
INSTITUT KAJIAN HADIS DAN AKIDAH (INHAD)

BANGI, 17 April 2026 (Jumaat) – Dalam suasana penuh keilmuan dan semangat kolaboratif, Institut Kajian Hadis dan Akidah ...
21/04/2026

BANGI, 17 April 2026 (Jumaat) – Dalam suasana penuh keilmuan dan semangat kolaboratif, Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) telah menerima kunjungan ilmiah daripada Profesor Madya Dr. Umar Muhammad Noor, pensyarah dan penyelidik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang juga berperanan sebagai Felo Akademik INHAD. Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh jaringan akademik serta memperluas horizon penyelidikan dan penerbitan berteraskan disiplin hadis dan akidah.

Pertemuan ini turut diserikan dengan kehadiran En. Mohd Nawawi Abdul Razak, wakil daripada Tirmidhi Centre, yang bersama-sama menyumbang kepada suasana intelektual yang harmoni dan bermakna. Diharapkan pertemuan ini bukan sekadar simbolik, malah menjadi pemangkin kepada kolaborasi berterusan yang mampu menghasilkan impak besar dalam pembangunan program, pengukuhan penyelidikan, serta penghasilan penerbitan berkualiti tinggi. Sinergi yang terjalin ini diyakini berpotensi mengangkat lagi kecemerlangan INHAD sebagai pusat rujukan unggul dalam bidang hadis dan akidah di peringkat nasional dan antarabangsa.

🌙 SALAM AIDILFITRI 1447H 🌙Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...
25/03/2026

🌙 SALAM AIDILFITRI 1447H 🌙

Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, marilah kita menyemai kasih sayang, mempereratkan ukhuwah, dan saling bermaaf-maafan sesama insan. Semoga segala amalan di bulan Ramadhan diterima dan diberkati Allah SWT.

"Indah cahaya di pagi hari,
Tanda Syawal sudah menjelma,
Aidilfitri diraikan dengan hati suci,
Salah dan silap harap dimaafkan semua."

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin ✨

Ikhlas daripada:
Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD)

25/03/2026
KELEBIHAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWALعن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه؛ أنَّ رسول الله - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ...
25/03/2026

KELEBIHAN PUASA ENAM DI BULAN SYAWAL

عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه؛ أنَّ رسول الله - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - قال: " مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ". (رواه مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه)

Terjemahan:

Daripada Abu Ayyub al-Ansari radhiallahu 'anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawwal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa selama setahun." (HR Muslim, Abu Dawud, at-Tirmizi, an-Nasa’i dan Ibn Majah)

Huraian:

Secara umumnya, satu kebaikan yang dilakukan oleh seorang muslim pasti akan digandakan ganjaran pahalanya oleh Allah SWT sebanyak sepuluh kali ganda dengan kelembutan dan kemurahan-Nya. Maka, orang yang berpuasa selama 30 hari dalam bulan Ramadhan, pahalanya akan digandakan sepuluh kali ganda hingga seolah-olah dia berpuasa selama 300 hari.

Justeru, sesiapa yang menambah puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka pahalanya akan digandakan sepuluh hingga seolah-olah dia berpuasa selama 60 hari. Ini menjadikan jumlah keseluruhan ganjaran pahalanya ialah seumpama dia berpuasa selama 360 hari, yakni bersamaan dengan tempoh satu tahun sebagaimana hadis di atas.

Mudah-mudahan Allah SWT memberikan kita taufiq dan kekuatan untuk beribadah kepada-Nya secara sempurna, istiqamah serta diterima dengan sepenuhnya. Amiiin.

Ikhlas daripada:
INSTITUT KAJIAN HADIS DAN AKIDAH.

JANGAN SIA-SIAKAN PAHALA PUASAعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " رُبَّ صَائ...
25/03/2026

JANGAN SIA-SIAKAN PAHALA PUASA

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوعُ، وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ". (رواه ابن ماجه -واللفظ له- والنسائي وابن خزيمة في صحيحه والحاكم، وقال: صحيح على شرط البخاري)

Terjemahan:

Daripada Abu Hurairah ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Boleh jadi orang yang berpuasa tidak mendapatkan daripada puasanya selain rasa lapar sahaja, dan boleh jadi orang yang berqiyam tidak mendapatkan daripada qiyamnya selain berjaga malam sahaja." (HR Ibn Majah, an-Nasa’i, Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, katanya: Sahih menurut syarat al-Bukhari)

Huraian:

Berdasarkan hadis ini dan lainnya menunjukkan bahawa setiap muslim dituntut supaya menjaga ibadah puasanya dengan bersungguh-sungguh dan tidak membiarkan pahalanya berkurangan atau menjadi sia-sia. Selain daripada perlu menjauhi dosa maksiat, orang yang berpuasa juga perlu menjaga nawaitunya dan bukannya berpuasa dengan niat untuk berdiet, menguruskan badan dan seumpamanya. Sudah pasti sangat rugi sekiranya orang yang berpuasa itu hanya memperolehi rasa lapar dan dahaga semata-mata atau keuntungan duniawi yang amat sedikit.

Ikhlas daripada:
INSTITUT KAJIAN HADIS DAN AKIDAH

Address

INSTITUT KAJIAN HADIS (INHAD), UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kajian Hadis & Aqidah - INHAD posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Institut Kajian Hadis & Aqidah - INHAD:

Share