Pusat Komuniti Anjung Budi - Promosi

Pusat Komuniti Anjung Budi - Promosi Pertubuhan Anjung Budi Selangor menyediakan pusat komuniti setempat di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Syawal dirai, Ramadan dirindui.Semoga momentum ibadah Ramadan kita dapat dikekalkan, termasuk harmoni berkomuniti.Salam ...
20/03/2026

Syawal dirai, Ramadan dirindui.
Semoga momentum ibadah Ramadan kita dapat dikekalkan, termasuk harmoni berkomuniti.

Salam Aidilfitri
Maaf, zahir batin

Ikhlas dari,
Pengerusi Anjung Budi.

Program Agihan Kotak Regional Ramadhan Relief (RRR) dari Maybank Islamic dan Yayasan Ikhlas kepada surau-surau sekitar S...
19/02/2026

Program Agihan Kotak Regional Ramadhan Relief (RRR) dari Maybank Islamic dan Yayasan Ikhlas kepada surau-surau sekitar Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Agihan diberi kepada penama-penama asnaf dalam senarai surau yang telah dipilih. Semoga bantuan ini memberi manfaat kepada para penerima, untuk kegunaan sepanjang Ramadan.

Peranan Anjung Budi, memastikan kotak yang diterima diberikan terus kepada golongan sasaran. Terima kasih kepada yang telah berinfaq.

Sumbangan ikhlas bagi aktiviti Ramadan disalurkan kepada:
MAYBANK Pertubuhan Anjung Budi Selangor
5622 6355 0045

🩸 KEMPEN DERMA DARAH ANJUNG BUDI | 29 NOVEMBER 2025 (SABTU)Syukur Alhamdulillah, Anjung Budi dengan berjaya dengan penga...
29/11/2025

🩸 KEMPEN DERMA DARAH ANJUNG BUDI | 29 NOVEMBER 2025 (SABTU)

Syukur Alhamdulillah, Anjung Budi dengan berjaya dengan penganjuran Kempen Derma Darah bersama Surau Al Islah, Taman Kajang Mewah, hari ini.

Ini adalah manifestasi kerjasama komuniti yang hebat!
Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada 46 orang wira dan wirawati yang hadir. Daripada jumlah ini, seramai 41 penderma berjaya menyumbangkan darah. Setiap titis sumbangan anda adalah harapan dan nyawa kepada saudara-saudara kita yang memerlukan.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik Surau Al Islah, dan Pusat Darah Negara atas kesudian berkerjasama dan menyediakan tempat dan fasiliti yang baik untuk kempen ini.

Seperti sabda Nabi Muhammad SAW "Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberikan manfaat kepada manusia lain." Semoga sumbangan ini diterima sebagai amal jariah yang berterusan.

🩸JOM DERMA DARAH – SEDEKAH PALING MUDAH, PAHALA BERGANDA!✨Kempen Derma Darah kembali lagi!📅 29 November 2025 (Sabtu)⏰ 9 ...
19/11/2025

🩸JOM DERMA DARAH – SEDEKAH PALING MUDAH, PAHALA BERGANDA!✨

Kempen Derma Darah kembali lagi!
📅 29 November 2025 (Sabtu)
⏰ 9 pagi – 3 petang
📍 Surau Al-Islah, Taman Kajang Mewah, Kajang

Derma darah bukan saja selamatkan nyawa tapi juga satu bentuk sedekah paling besar nilainya.

✨Dan Allah berfirman:
“Dan sesiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan semua manusia.”
— Surah Al-Ma’idah: 32

🌟 Dengan menderma darah, anda mungkin menjadi sebab seseorang kembali bernyawa. Subhanallah, pahala terus mengalir!

🎁 Hadiah PERCUMA untuk 30 peserta terawal!
🎉 Cabutan bertuah khas untuk pendaftaran online!

📲 Daftar segera: bit.ly/kempendarah
Atau scan QR di poster.

📞 Pertanyaan: wasap.my/60129930018

Datang beramai-ramai jadi HERO sebenar, dunia & akhirat! ❤️💪

Suasana rewang komuniti Anjung Budi x Sri Tanjung.Meriah! Santai ja masak, sambil sembang² mengeratkan silaturahim.Lebih...
19/03/2025

Suasana rewang komuniti Anjung Budi x Sri Tanjung.
Meriah! Santai ja masak, sambil sembang² mengeratkan silaturahim.

Lebih 100 penduduk kita santuni, dengan 40 agihan pek iftar kepada penduduk yang tak larat turun iftar sekali.

Tujuan rewang ni selain berbuka puasa sekali, adalah untuk mewujudkan komuniti yang sejahtera di Bangi. Selain menjadi medan untuk membangunkan semangat kesukarelawanan.

Tolak normalisasi maksiat, bukan sekadar perbincangan dan cakap-cakap di media sosial. Perlukan tindakan dan azam bagi m...
11/03/2025

Tolak normalisasi maksiat, bukan sekadar perbincangan dan cakap-cakap di media sosial. Perlukan tindakan dan azam bagi menzahirkan penolakan maksiat:
🧠 Pendidikan berterusan kepada remaja dan kesedaran ibu bapa
🤝🏿 Gerakan komuniti yang menyokong perubahan

Masyarakat Bangi perlu menjadi model komuniti yang cakna maruah dan faham nilai agama. Dan ini adalah salah satu misi Anjung Budi dalam menggerakkan perubahan kearah komuniti sejahtera.

🌙 Infak Ramadan: Rezeki Anda, Kegembiraan Mereka 🌙Ramadan adalah bulan keberkatan dan peluang untuk memberi. Mari bersam...
11/03/2025

🌙 Infak Ramadan: Rezeki Anda, Kegembiraan Mereka 🌙

Ramadan adalah bulan keberkatan dan peluang untuk memberi. Mari bersama gembirakan saudara kita yang memerlukan, para asnaf dan golongan kurang berkemampuan, dengan menyumbang melalui Infak Ramadan Anjung Budi.

🤲 Sumbangan anda akan disalurkan kepada:
🍽️ Iftar Ramadan – Juadah berbuka untuk keluarga asnaf
📦 Pek Bantuan – Barangan asas harian untuk meringankan beban
📖 Kelas Al-Quran – Pendidikan AlQuran untuk anak-anak asnaf

“Sedekah paling afdal adalah di bulan Ramadan” – (HR. Tirmidzi)

🕌 Salurkan sumbangan anda hari ini:
Maybank
Pertubuhan Anjung Budi Selangor
📌 No. Akaun: 562263550045

📲 ATAU klik link ini :
https://toyyibpay.com/Infaq-RamadanAB

Rewang Komuniti Sri Anggerik/Widuri bersama Anjung Budi.Infak sumbangan orang ramai kepada Anjung Budi disalurkan untuk ...
10/03/2025

Rewang Komuniti Sri Anggerik/Widuri bersama Anjung Budi.

Infak sumbangan orang ramai kepada Anjung Budi disalurkan untuk iftar dan agihan bubur lambuk. Agihan adalah kepada penduduk sekitar Surau ArRahman, Seksyen 7.

Iftar p**a dari kalangan penduduk flat Sri Anggerik dan Widuri, yang ada antara mereka adalah dari asnaf, penjaga anak yatim, ibu tunggal, penjaga keluarga sakit kronik dan penduduk sekitar.

Rewang ini juga adalah dengan kerjasama UKM selaku institusi rakyat yang dekat dengan komuniti. Terima kasih UKM kerana sudi turun padang.

Terima kasih juga pada yang menyumbang. Dan slot untuk sumbangan khas di bulan Ramadan masih dibuka dengan sasaran kepada asnaf dan yang memerlukan.

Sumbangan:
Pertubuhan Anjung Budi Selangor
💳562263550045 (Maybank Islamic)
Rujukan : Ramadan

ATAU klik link ini :
https://toyyibpay.com/Infaq-RamadanAB

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: Pejabat PK Anjung Budi (0196581478)

SOLAT dulu baru SILAT-Kelas Silat Hang Tuah Anjung Budi berjalan seperti biasa di bulan Ramadan. Tambahan aktiviti, anak...
06/03/2025

SOLAT dulu baru SILAT
-
Kelas Silat Hang Tuah Anjung Budi berjalan seperti biasa di bulan Ramadan. Tambahan aktiviti, anak-anak solat Isyak dan Terawikh berjemaah. Kemudian baru sesi kelas silat bermula. Dalam jam 10 kelas tamat.

Tahniah bagi anak-anak yang telah lulus ujian Silat Hang Tuah. Terima kasih Ustaz Zai, turun padang mengimamkan solat dan menyampaikan tauliah sijil.

Kelas Silat Hang Tuah
📅Setiap Rabu
⏰️ 8.30 malam
📍 Pusat Komuniti Anjung Budi, Seksyen 7

Ramadan membangun Ummah

✨ Semoga kita semua menjadi hamba yang layak mendapat ganjaran ini dan bertemu dengan Allah dalam keadaan diredhai! 🤲🤍  ...
06/03/2025

✨ Semoga kita semua menjadi hamba yang layak mendapat ganjaran ini dan bertemu dengan Allah dalam keadaan diredhai! 🤲🤍

📢 Sukarelawan diperlukan!Jemput sertai gotong-royong Bakul Kasih Ramadan dan jadi sebahagian daripada misi menyebarkan k...
05/03/2025

📢 Sukarelawan diperlukan!

Jemput sertai gotong-royong Bakul Kasih Ramadan dan jadi sebahagian daripada misi menyebarkan kebaikan!

Tarikh: 7 Mei 2025, Jumaat
Masa: 10 pagi
Tempat: Pusat Komuniti Anjung Budi

Bakul Kasih Ramadan (BKR) adalah sumbangan berupa keperluan asas dan makanan kering sempena bulan Ramadan kepada keluarga yang memerlukan sekitar Bangi. Komuniti sasaran adalah di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.

Oleh itu, khidmat sukarelawan diperlukan bagi aktiviti pembungkusan kotak dan barangan keperluan asas untuk BKR. Jemput hadir.

🌙 Ingin puasa lebih bermakna? Jom amalkan 7 perkara sunnah ini untuk meraih lebih banyak pahala dan keberkatan sepanjang...
04/03/2025

🌙 Ingin puasa lebih bermakna? Jom amalkan 7 perkara sunnah ini untuk meraih lebih banyak pahala dan keberkatan sepanjang Ramadhan! ✨

Address

No. 5, Jalan Melor 13, Taman Sri Melor
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Komuniti Anjung Budi - Promosi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share