Sahabat Braille

Sahabat Braille Page ini adalah salah satu kempen di bawah Yayasan Maghfirah (PPAB-04/2018).

Segala makluman didalam page ini adalah berkaitan dengan Kempen Sahabat Al-Quran Braille (SAQB)

OKU Penglihatan pun ada komputer riba taueBrelle merupakan komputer riba Braille pertama di Malaysia yang dibangunkan kh...
29/08/2026

OKU Penglihatan pun ada komputer riba tau

eBrelle merupakan komputer riba Braille pertama di Malaysia yang dibangunkan khas untuk golongn kurang upaya (OKU) penglihatan.

Menarik kan?

Doa golongan mustadafin (الْمُسْتَضْعَفِيْنَ) sangat mustajab dan tiada hijab (dinding) antara doa mereka dengan Allah S...
28/08/2026

Doa golongan mustadafin (الْمُسْتَضْعَفِيْنَ) sangat mustajab dan tiada hijab (dinding) antara doa mereka dengan Allah SWT.

Semoga doa mereka mengalir buat para penyumbang yang dermawan.
Bantu OKU penglihatan mengaji: https://yayasanmaghfirah.com/order/form/636


40 Hadis tentang Orang Kelainan Upaya | Hadis 4: Kewajipan Membantu Golongan Kelainan UpayaTindakan Rasulullah ﷺ bersung...
28/08/2026

40 Hadis tentang Orang Kelainan Upaya | Hadis 4: Kewajipan Membantu Golongan Kelainan Upaya

Tindakan Rasulullah ﷺ bersungguh meluangkan masa dan menyantuni keperluan setiap muslim yang memerlukan seperti mempunyai kekurangan dari aspek fizikal seharusnya dijadikan pedoman buat kita sebagai seorang muslim agar sentiasa membantu mereka yang memerlukan.

Semangat mereka untuk mempelajari dan membaca al-Quran braille sangat menginspirasikan. Jadilah antara mereka yang menyo...
27/08/2026

Semangat mereka untuk mempelajari dan membaca al-Quran braille sangat menginspirasikan.

Jadilah antara mereka yang menyokong perjuangan sahabat-sahabat braille ini. Jom taja kelas pengajian mereka: https://yayasanmaghfirah.com/order/form/636


Allah SWT menjanjikan jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka bagi sesiapa yang bertaqwa dan bertawakal kepad...
27/08/2026

Allah SWT menjanjikan jalan keluar dan rezeki yang tidak disangka-sangka bagi sesiapa yang bertaqwa dan bertawakal kepadaNya.

KELAS TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN | TAFSIR SURAH AL-KAHFIRamai antara kita amalkan bacaan Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaa...
26/08/2026

KELAS TAFSIR PIMPINAN AR-RAHMAN | TAFSIR SURAH AL-KAHFI

Ramai antara kita amalkan bacaan Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat. Ada antara kita yang sudah pun menghafal keseluruhan surah ini. Tapi, sejauh mana kita betul-betul faham iktibar dan pengajaran di sebalik 4 kisah hebat dalam surah ni?

Jom tambah ilmu dalam kelas tafsir jumaat ini bersama ustaz Fathullah.

Tarikh: 28 Ogos 2026 | Jumaat
Masa: 9.30 Malam
Saluran: Google Meet [https://meet.google.com/zjw-oqwy-cfy]
Tenaga Pengajar: Ustaz Fathullah.

ZIARAH SAHABAT AL-QURAN BRAILLE (SAQB) KUALA LUMPURSabtu, 16 Ogos 2026 yang lalu, team Yayasan Maghfirah berkesempatan m...
26/08/2026

ZIARAH SAHABAT AL-QURAN BRAILLE (SAQB) KUALA LUMPUR

Sabtu, 16 Ogos 2026 yang lalu, team Yayasan Maghfirah berkesempatan menziarahi Sahabat Al-Quran Braille (SAQB) Kuala Lumpur bagi melihat sendiri perjalanan kelas dan menyantuni para pelajar OKU penglihatan yang sedang mempelajari Iqra' dan juga mendalami Al-Quran.

Meskipun diuji dengan keterbatasan fizikal, tidak sedikit pun melunturkan semangat mereka untuk mempelajari dan mendekati Al-Quran. Kelas dijalankan dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar mahupun guru.

Kesungguhan mereka sedikit sebanyak memberi kami ispirasi dan semangat untuk membantu mereka melestarikan kelas pengajian sahabat al-Quran braille ini.

Semoga SAQB terus menjadi ruang yang membuka lebih banyak peluang buat OKU penglihatan untuk mengenal, membaca dan mencintai Al-Quran.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus menyokong kelas SAQB, semoga semua penyumbang dimurahkan rezeki selalu dan dimudahkan urusan dunia dan akhirat.

Kenali Huruf Hijayah dalam BrailleHuruf Dal | دDalam sistem braille, huruf hijayah ialah sistem 6 titik timbul. Ia dibac...
26/08/2026

Kenali Huruf Hijayah dalam Braille

Huruf Dal | د

Dalam sistem braille, huruf hijayah ialah sistem 6 titik timbul. Ia dibaca dari kiri atas ke bawah 1-2-3 dan sambung pada lajur ke dua (kanan) 4-5-6

Jadi Titik Braille untuk Dal : 1-4-5


Address

No. 7-1, Jalan Putra 2, Taman Putra
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sahabat Braille posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Sahabat Braille:

Shortcuts

Share