Kelab Ibu Bapa & Guru Akademi Bakat

Kelab Ibu Bapa & Guru Akademi Bakat Page ini akan mewar-warkan aktiviti Kelab Ibu Bapa & Guru untuk sepanjang masa.

Salah satu aktiviti paling penting Kelab Ibu Bapa & Guru ialah mencari dana bagi pembangunan sekolah anak-anak kami iaitu Akademi Bakat ABS.

PROJEK ‘BLUE BAG’ RAMADANSumbangan untuk keluarga asnaf di Sg MerabJom bersama kami dalam Projek ‘Blue Bag’ Ramadan! Kam...
25/02/2025

PROJEK ‘BLUE BAG’ RAMADAN

Sumbangan untuk keluarga asnaf di Sg Merab

Jom bersama kami dalam Projek ‘Blue Bag’ Ramadan! Kami mengajak anda untuk menyumbang bagi membantu keluarga asnaf di Sg Merab agar mereka dapat menyambut bulan mulia ini dengan lebih tenang.

Tempoh Sumbangan: Sekarang - 26 Februari 2025
RM150/Beg untuk 1 Keluarga

Setiap beg mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, dan makanan asas yang lain yang dapat membantu mereka menjalani Ramadan dengan lebih selesa.

Sebarang pertanyaan & sumbangan, hubungi:
📞 Puan Zarita - 012-351-9586

Bersama kita ringankan beban mereka. Semoga setiap sumbangan menjadi asbab kebaikan berpanjangan.

Anjuran:
Unit Kebajikan Kelab Ibu Bapa dan Guru(KIG)
Akademi Bakat ABS

28/07/2024
09/10/2023
Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 2022Keluarga Kelab Ibu Bapa dan Guru Akademi Bakat✨Tuan/Puan yang di rahmati Allah ...
31/12/2021

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 2022
Keluarga Kelab Ibu Bapa dan Guru Akademi Bakat✨

Tuan/Puan yang di rahmati Allah SWT,

Semoga berada di dalam keadaan sihat walafiat bersama keluarga tercinta✨

Tahun 2021 telah menyimpan pelbagai kenangan pahit manis dan s**a duka rakyat Malaysia. Keadaan dunia kini sudah tidak sama lagi. Walaupun rakyat sedang bangkit kembali, namun Pandemik Covid-19 terus melanda rakyat di seluruh dunia. Bencana alam juga menimpa pelbagai negara termasuklah negara kita Malaysia tercinta.

Salam takziah diucapkan kepada Tuan/Puan yang telah di uji pelbagai musibah sama ada kehilangan harta benda asbab berlakunya bencana alam mahupun kehilangan insan-insan tersayang. Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ).

Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.

Tuan/Puan,
Ayuhlah bersama-sama kita berdoa kepada Allah SWT, agar di angkat segala musibah yang melanda, di jauhi dan dilindungi daripada fitnah dan segala keburukan mahupun kejahatan yang berada di sekeliling kita. Moga dikurniakan ketenangan dan kesabaran buat semua ahli keluarga Kelab Ibu Bapa dan Guru Akademi Bakat. Insya Allah.

اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada azab kubur, daripada azab neraka Jahannam, daripada fitnah kehidupan dan setelah mati serta daripada kejahatan fitnah al-masih al-Dajjal”.
Aamiin ya rabbal alamin.

Selamat Tahun Baru 2022 keluarga Kelab Ibu Bapa dan Guru Akademi Bakat. Semoga dipermudahkan segala urusan, di rahmati dan diberkati Allah SWT senantiasa. Insya Allah.

Sekian, terima kasih di atas perhatian dan kerjasama Tuan/Puan sepanjang tahun 2021.
Jazakumullah Khairan🌹

Ikhlas,
AJK Kelab Ibu Bapa dan Guru Akademi Bakat 2021

Address

Lot 3098
Kajang
43000

Telephone

+60193451399

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Ibu Bapa & Guru Akademi Bakat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share