Kelab Sukan Rekreasi Kampung Batu 3 Semenyih

Directions Contact the organization

Kelab Sukan Rekreasi Kampung Batu 3 Semenyih Kebab sukan Rekreasi ini ditubuhkan bagi menarik golongan pemuda serta penduduk Kampung Batu 3 untuk menjalankan aktiviti bersukan & beriadah.

🎳PERTANDINGAN BOWLING WANITA KAMPUNG BATU 3 SEMENYIH 2026 🎳Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima ...
25/08/2026

🎳PERTANDINGAN BOWLING WANITA KAMPUNG BATU 3 SEMENYIH 2026 🎳

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Pertandingan Bowling Wanita Kampung Batu 3 Semenyih anjuran kelab sukan rekreasi kampung batu 3 Tahun 2026.

Terima kasih juga atas kerjasama, JPKK Kampung Batu 3, Pejabat YB Datuk Wira Hj. Johan bin Abd Aziz, JPKKP Kampung Batu 3, Masjid Kariah Kampung Batu 3, serta semua urusetia, penyumbang, sukarelawan dan peserta yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik.

Tidak dilupakan juga kepada semua yang hadir memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua, program ini pastinya tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Semoga segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

Tahniah dan syabas kepada semua!
Semoga kita dapat terus bekerjasama dalam menjayakan program-program kemasyarakatan yang akan datang.

⚽🔥 AYUH RAMAI-RAMAI MERIAHKAN LIGA SEPAK PENALTI TERTUTUP SEMENYIH SELATAN 2026! 🔥⚽Jom sertai pertandingan sepak penalti...
22/08/2026

⚽🔥 AYUH RAMAI-RAMAI MERIAHKAN LIGA SEPAK PENALTI TERTUTUP SEMENYIH SELATAN 2026! 🔥⚽

Jom sertai pertandingan sepak penalti yang akan berlangsung pada:

📅 27 September 2026 (Ahad)
⏰ 8.00 pagi
📍 Padang Bolasepak Serene Height

👥 1 pasukan = 5 orang pemain termasuk penjaga gol
💰 Penyertaan adalah PERCUMA!

🏆 HADIAH MENARIK MENANTI:
🥇 Johan – Piala Pusingan + RM300 + Hamper
🥈 Naib Johan – RM200 + Hamper
🥉 Ketiga – RM100 + Hamper
🏅 Keempat – Hamper

📌 Tarikh tutup pendaftaran: 20 September 2026

📲 Untuk pendaftaran, hubungi:
BABY: 017-681 0558
ARUL: 013-322 8783

👉 Jangan lepaskan peluang! Bentuk pasukan anda dan rebut kejuaraan!
📢 Mohon bantu sebarkan kepada kawan-kawan dan semua group supaya lebih ramai dapat sertai.

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H17/6/20261 Muharram 1448HSemoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesihatan yang baik, rezek...
17/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H

17/6/2026
1 Muharram 1448H

Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah serta kehidupan yang lebih harmoni dan sejahtera buat kita semua.

Ikhlas daripada kami,
Kelab Rekreasi Kampung Batu 3 Semenyih

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 / 1447H 🐐✨Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam.Semoga ibadah korban pada tahun ini...
28/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 2026 / 1447H 🐐✨

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam.

Semoga ibadah korban pada tahun ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta dikurniakan rahmat dan rezeki yang berpanjangan.

Ikhlas daripada
Kelab Rekreasi Kampung Batu 3 Semenyih






Sambutan yang menggalakkan dari anak-anak kecil dan anak muda Kampung Batu 3.“Semoga setiap paluan kompang membawa seman...
17/05/2026

Sambutan yang menggalakkan dari anak-anak kecil dan anak muda Kampung Batu 3.

“Semoga setiap paluan kompang membawa semangat, kegembiraan serta kejayaan kepada mereka, dan diharapkan dapat mewarisi legasi pasukan kompang Kampung Batu 3 yang telah lama hilang pada satu hari nanti.”



13/05/2026

Semoga Allah SWT merahmati segala amalan kita & menjaga keharmonian kita semua… 🤲🏻

"Diharapkan usaha ini terus menjadi tradisi kepada penduduk kampung dalam melakukan kerja kebajikan dan sentiasa melakuk...
11/05/2026

"Diharapkan usaha ini terus menjadi tradisi kepada penduduk kampung dalam melakukan kerja kebajikan dan sentiasa melakukan amal bakti," InShaAllah….

Aktiviti bulanan bersih kubur di Kampung Batu 3 Semenyih dilaksana secara konsisten sejak 2019.

10 Mei 2026Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.Pihak Kelab Rekreasi Kampung Batu 3 dengan penuh rasa syukur dan pengha...
10/05/2026

10 Mei 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Pihak Kelab Rekreasi Kampung Batu 3 dengan penuh rasa syukur dan penghargaan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk kampung serta pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Jamuan Makan & Gotong-Royong Kubur Kampung Batu 3.

Kerjasama, semangat bergotong-royong dan kehadiran tuan/puan amat dihargai serta menjadi bukti kuatnya semangat perpaduan dan ukhuwah dalam komuniti kita. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran serta keberkatan daripada Allah SWT.

Terima kasih sekali lagi dan semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang. 🤝🌿

Alhamdulillah, Program Dodol Sekampung Kampung Batu 3 2026/1447H telah berlangsung dengan meriah pada 14 Mac 2026 bertem...
16/03/2026

Alhamdulillah, Program Dodol Sekampung Kampung Batu 3 2026/1447H telah berlangsung dengan meriah pada 14 Mac 2026 bertempat di Bilik Gerakan JPKK Kampung Batu 3.

Program ini berjaya menghimpunkan penduduk kampung untuk bersama-sama bergotong-royong mengacau dodol serta mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang penganjuran program.

Semoga semangat kebersamaan ini terus kekal dalam komuniti kita.



Semoga di permudahkan urusan 🤲🏻
18/02/2026

Semoga di permudahkan urusan 🤲🏻

🌙 Jom Rebut Pahala Ramadan! 🌙

Assalamualaikum wbt.

Sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, kami ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan/puan bagi menjayakan Program Ihya’ Ramadan. Sumbangan yang diperlukan adalah berbentuk barangan keperluan harian seperti:

• Susu pekat
• Sirap/kordial
• Kopi
• Teh
• Gula
• Kurma
• Pinggan/Cawan pakai buang

Sumbangan anda akan digunakan untuk persedian juadah di sepanjang bulan Ramadan.
Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah berpanjangan. Terima kasih atas sokongan anda. 🤲✨

Address

Kajang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan Rekreasi Kampung Batu 3 Semenyih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sukan Rekreasi Kampung Batu 3 Semenyih:

Shortcuts

Share