28/09/2026
Alhamdulillah, selesai sudah Mesyuarat Agung Khas Pemilihan dan Pencalonan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Hidayah bagi Sesi 2027–2031.
Terima kasih kepada seluruh ahli kariah yang hadir serta memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang proses pencalonan dan pemilihan berlangsung.
Tahniah kepada semua yang telah dipilih dan diberikan kepercayaan. Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh tanggungjawab, keikhlasan dan integriti serta sentiasa mengutamakan kepentingan surau dan seluruh ahli kariah.
Semoga barisan kepimpinan yang baharu dapat bersama-sama meneruskan usaha mengimarahkan Surau Al-Hidayah, memperkukuhkan ukhuwah dan membawa surau ke arah yang lebih baik, insya-Allah.
Amanah diberi, tanggungjawab dipikul. Semoga setiap usaha menjadi amal dan kebaikan untuk kita semua.