Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang

Call Directions Contact the organization

Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang This Society was established to assist the welfare of the community and to develop the B40 & M40 com

12/10/25 | Ahad | Dewan Komuniti MPKj  @ Taman Bukit MewahMajlis Amal Deepavali 2025 merupakan usaha kerjasama yang dian...
18/10/2025

12/10/25 | Ahad | Dewan Komuniti MPKj @ Taman Bukit Mewah

Majlis Amal Deepavali 2025 merupakan usaha kerjasama yang dianjurkan oleh tiga NGO yang dihormati. Majlis ini diterajui oleh En. Jayakanthan Jayaseelan, Pengerusi Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang, En. Balakrishnan Doraisamy, Pengerusi Persatuan Khidmat Rakyat Sg Chua dan Cik. Narmathaa Utaya Segaran, Pengerusi Persatuan Perpaduan Penduduk Bangi Selangor - P3BS. Ini merupakan tahun ketujuh penganjuran seperti ini diadakan, dan buat julung kalinya, ia memberi bantuan kepada 200 individu di kawasan Bangi.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Dato' Seri Amirudin Shari (Menteri Besar Selangor), YB Syahredzan Johan (Ahli Parlimen Bangi), YB David Cheong (ADUN Kajang), YB Haji Mazwan Bin Johar (Penyelaras DUN Sg.Ramal), En Ahmad Azri (Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI)), Pn. Kim Eng (Ketua Cabang Keadilan Bangi & Ahli Majlis MPKj) & Tuan Thiagarajah Rajagopal (Ahli Majlis MPKj) dan penaja kami yang bermurah hati atas sokongan, dorongan dan sumbangan anda sangat bernilai.

J.Jayakanthan
Presiden Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang








090225 | Program Kembali Ke SekolahPembukaan sesi sekolah pada 170225, Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang telah men...
11/02/2025

090225 | Program Kembali Ke Sekolah

Pembukaan sesi sekolah pada 170225, Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang telah menganjurkan Program Kembali ke Sekolah untuk masyarakat Bangi.

Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang telah mengurangkan beban seramai 80 keluarga dengan baucar Pusat Pakaian Hari-Hari jumlah RM100.

Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang & Masyarakat yang datang mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB David Cheong (ADUN Kajang) menghadiri program dan Pusat Pakaian Hari-Hari untuk memberi sokongan moral dan menyalurkan baucar.

Kami janji akan membantu mengurangkan beban rakyat lebih ramai lagi di kawasan Bangi di tahun akan datang.

Dengan Jujur,

J.Jayakanthan
Pengerusi

020225 | Sambutan Otrumai PongalPersatuan Komuniti Utama Madani, Pengerusi Puan Selvi telah menganjurkan Sambutan Pongal...
11/02/2025

020225 | Sambutan Otrumai Pongal

Persatuan Komuniti Utama Madani, Pengerusi Puan Selvi telah menganjurkan Sambutan Pongal di Kajang Utama. Tujuan dia adalah untuk menyatupadukan Masyarakat setempat dan juga kembalikan acara turun temurun Pongal kepada anak-anak muda.

Puan Selvi mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat kerana mereka telah memberikan sokongan yang gemuruh kepadanya.

Dia juga janji akan menjaga kebajikan masyarakat di sana dan akan menganjurkan program untuk menyatupadukan masyarakat Kajang Utama.

Br,

Selvi
Pengerusi

Address

Jalan 21, Taman Sri Jelok
Kajang
43000

Telephone

+60162092460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Pembangunan Masyarakat Kajang:

Shortcuts

Share