06/04/2026
06.04.2026
Kita dikejutkan lagi dengan kejadian terbaru yang mengorbankan 2 bakal Pendidik dalam xtvt berkayak.
Sebelum ini juga kita tidak lupa dengan Kejadian 8 orang Bomba Malaysia, Kejadian Pos Dipang, Kejadian 3 orang JKR di Gopeng, Kejadian Anak OKU di Kolam Renang dan banyak lagi jika nak digambarkan.
Semua kita sedia maklum bahawa setiap tahun, lebih-lebih lagi Cuti Persekolahan, akan ada kes mati lemas di tempat riadah (air terjun, sungai, tasik, laut), kolam renang awam dan kediaman, Taman Tema Air dan di rumah sendiri (tab mandi, baldi air dan bekas air yang lain)
Persoalan kita - apakah belum cukup korban untuk kita bertindak dengan pelbagai Akta, Garis Panduan, SOP yang memang sedia ada (ditambahbaik apabila berlaku 'korban') ditadbir oleh Agensi Kerajaan yang berkenaan
Apakah kerenah Birokrasi menjadi penghalang untuk sebarang tindakan wajib?
Kemungkinan MKAA (Majlis Keselamatan Aktiviti Air / Malaysia Water Safety Council) di bawah urus tadbir Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan & Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia perlu memain peranan yang lebih dalam memastikan korban seumpamanya TIDAK berlaku lagi
Dollah Said
Presiden