09/07/2026
KALI NI, KAMI NAK TUNJUK INFAQ ANDA KE SEKOLAH SINI [40 NASKAH]
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, sebanyak 40 naskhah Al-Quran telah selamat kami poskan ke sebuah sekolah iaitu Maahad Tahfiz Wattalaqqi, Kuala Kangsar Perak pada 7.7.26 (Selasa) untuk dimanfaatkan oleh para guru dan pelajar.
Setiap kali hantar al-Quran seperti ini, kami selalu terbayang saat ia dibuka nanti. Mungkin ada pelajar yang gunakannya untuk belajar mengaji, menghafal surah atau membaca ayat-ayat Allah Taala bersama rakan-rakan.
Terima kasih kepada semua penginfaq yang sentiasa bersama kami dalam menjayakan misi ini. Sesungguhnya, setiap naskhah yang dihantar membawa bersama doa, harapan dan pahala yang insya-Allah akan terus mengalir.
π€² Ya Allah, terimalah setiap infaq para penginfaq kami sebagai amal jariah yang berkekalan. Murahkan rezeki mereka, tenangkan hati mereka dan jadikan setiap ayat yang dibaca daripada Al-Quran ini sebagai cahaya buat mereka di dunia dan akhirat.
π Jemput sambung pahala di komen pertama.