Yayasan Pendidikan Islam Selangor

Yayasan Pendidikan Islam Selangor Menyediakan jaringan sekolah Islam bersepadu. YAYASAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR
937052 U MOTO YAPIS
Islamic Education For All. Understand the Future, Today. Sg.

Penubuhan YAPIS adalah sebagai salah satu strategi utama bagi memperkasa dan memartabatkan sistem pendidikan Islam di Selangor. Penubuhannya telah digariskan dalam Bengkel Penggubalan Dasar Pendidikan Islam Selangor anjuran Majlis Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS) pada 7 Julai 2009. YAB Tan Sri Dato Menteri Besar dalam Konvensyen Pendidikan Islam pada 8 Disember 2009 telah melancark

an penubuhan YAPIS dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan penubuhan YAPIS pada 24 November 2010. MISI YAPIS

Menjadikan falsafah Pendidikan Islam sebagai dasar sistem pendidikan di rangkaian sekolah serta program naunganya. Menghasilkan kurikulum bersepadu merangkumi aspek ruhiyah, aqliah dan jasadiah berasaskan Al-Quran & As-Sunnah. Memperkasakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang berlandaskan urus tadbir dan amalan pengurusan yang baik serta professional. AKTIVITI YAPIS

Pada masa ini YAPIS telah melaksanakan pendidikan integrasi tahfiz peringkat menengah melalui penubuhan Maahad Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuwan Selangor atau MITTIS. Terdapat 2 cawangan MITTIS di Selangor ini. Satu di daerah Sabak Bernam beralamat di Lot 10318 Kampung Sg. Burong, Panchang Bedena, 45300 Sungai Besar, Selangor di atas tanah seluas 7 ekar dan cawangan baru yang kedua adalah di daerah Hulu Langat beralamat di Lot 360 Jalan Cheras Kajang, Batu 13 Kg. Balak 43000 Kajang Selangor yang mempunyai keluasan tanah seluas 4 ekar. MITTIS menawarkan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) serta menerapkan Project Base Laerning (PBL) kepada pelajar yang terdiri daripada tingkatan satu hingga tingkatan lima. Selain MITTIS, YAPIS telah mewujudkan program Fast Track SPM dengan kerjasama Akademi Integrasi Tahfiz Al Falah atau lebih dikenali dengan nama AITAF kini bakal memasuki tahun kelima operasi pada 2021. Di AITAF, lepasan sekolah tahfiz yang telah menghafal sekurang-kurangnya 10 juzu’ Al-Quran akan disaring melalui ujian kemasukan dan akan dilatih secara intensif bagi semua mata pelajaran akademik yang diambil, bahkan hafazan mereka juga akan dipastikan terjaga serta bertambah jumlah hafazan mereka. Kini, AITAF telah mengeluarkan lebih 500 pelajar yang menyambung pengajian mereka ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar Negara sejak tahun 2012 dalam pelbagai bidang. Melalui perantaraan usaha ini, pihak YAPIS menjangkakan lebih banyak golongan professional huffaz dapat dihasilkan bagi membentuk masyarakat yang bukan sekadar celik Al-Quran bahkan sebagai pencorak kepada masyarakat yang holistik pada masa hadapan. Pihak YAPIS juga kini sedang merangka satu program yang diberi nama Smart Tahfiz TVET (STT). Program yang akan menggabungkan Pendidikan Al-Quran beserta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional merangkumi pembelajaran formal dan tidak formal yang mempersiapkan anak muda dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam dunia pekerjaan. Ini dijangka dapat membantu golongan pelajar sebelum melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Golongan sasaran adalah kepada pelajar peringkat rendah dan menengah. Semoga dengan menggunakan dasar ini dapat memberikan ruang pelibatan yang lebih kepada pihak sekolah dan masyarakat untuk menjalin kerjasama strategik dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, pembangunan sekolah dan masyarakat.

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir & BatinAlhamdulillah, setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadan, kini tibalah...
21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Alhamdulillah, setelah sebulan kita melalui madrasah Ramadan, kini tibalah Syawal yang penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran.

Semoga segala amal ibadah kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT, dan semoga Syawal ini membawa keberkatan, ketenangan serta kebahagiaan buat kita semua.

Di kesempatan ini, kami di Yayasan Pendidikan Islam Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan memohon maaf zahir dan batin atas segala kekurangan.

Semoga silaturrahim terus terjalin dan kita dipertemukan kembali dengan Ramadan yang akan datang.

Ikhlas daripada,
Yayasan Pendidikan Islam Selangor
Membina Generasi Berilmu & Bertaqwa

10 Malam Terakhir Ramadan telah tiba.Inilah malam-malam yang paling berharga dalam bulan Ramadan. Malam yang di dalamnya...
09/03/2026

10 Malam Terakhir Ramadan telah tiba.

Inilah malam-malam yang paling berharga dalam bulan Ramadan. Malam yang di dalamnya terdapat Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Jangan lepaskan peluang ini.
Perbanyakkan solat, doa, zikir dan membaca Al-Quran.

Semoga Allah menemukan kita dengan Lailatul Qadar dan menerima setiap amal ibadah kita.

Yayasan Pendidikan Islam Selangor

17 Ramadan – Nuzul Al-QuranHari yang mengingatkan kita tentang turunnya Al-Quran sebagai petunjuk untuk seluruh manusia....
07/03/2026

17 Ramadan – Nuzul Al-Quran

Hari yang mengingatkan kita tentang turunnya Al-Quran sebagai petunjuk untuk seluruh manusia.

Marilah kita bukan sekadar membaca Al-Quran, tetapi juga menjaga, memahami dan mengamalkannya dalam setiap aspek kehidupan.

Semoga Al-Quran sentiasa hidup dalam hati dan menjadi panduan dalam setiap langkah kita.

Yayasan Pendidikan Islam Selangor

Separuh Ramadan telah berlalu…dan separuh lagi masih menunggu kita.Masih ada masa untuk:✨ memperbaiki ibadah✨ mendekatka...
04/03/2026

Separuh Ramadan telah berlalu…
dan separuh lagi masih menunggu kita.

Masih ada masa untuk:
✨ memperbaiki ibadah
✨ mendekatkan diri kepada Allah
✨ menambah amal kebaikan

Jangan biarkan Ramadan pergi
tanpa meninggalkan kesan dalam hidup kita.

Gerhana bukan sekadar fenomena alam.Ia adalah tanda kekuasaan Allah SWT.Matahari dan bulan bergerak atas aturan-Nya.Caha...
03/03/2026

Gerhana bukan sekadar fenomena alam.
Ia adalah tanda kekuasaan Allah SWT.

Matahari dan bulan bergerak atas aturan-Nya.
Cahaya dan gelap datang dengan izin-Nya.

Apabila langit berubah,
itu isyarat untuk hati juga kembali tunduk.

Marilah kita mengagungkan Allah,
memperbanyakkan doa, istighfar dan sedekah.

Solat gerhana bukan kerana takut pada bayang-bayang,
tetapi kerana sedar akan kebesaran Tuhan.

Yayasan Pendidikan Islam Selangor
Membina Generasi Berilmu & Bertaqwa

Menjelang waktu berbuka, jangan lupa tundukkan hati dan panjatkan doa.Semoga setiap suapan menjadi keberkatan,dan setiap...
03/03/2026

Menjelang waktu berbuka, jangan lupa tundukkan hati dan panjatkan doa.

Semoga setiap suapan menjadi keberkatan,
dan setiap Ramadan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

Selamat Berbuka Puasa 🌙
Yayasan Pendidikan Islam Selangor
Membina Generasi Berilmu & Bertaqwa

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.Ia bulan untuk kita membersihkan hati, melipatgandakan amal dan kembali m...
01/03/2026

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.

Ia bulan untuk kita membersihkan hati, melipatgandakan amal dan kembali mendekatkan diri kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.

Bayangkan jika Ramadan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Lebih khusyuk. Lebih istiqamah. Lebih hampir kepada redha-Nya.

Teruskan berpuasa.
Teruskan beribadah.
Jangan berhenti berlumba menuju redha Allah.

Yayasan Pendidikan Islam Selangor
Membina Generasi Berilmu & Bertaqwa

Sedekah Ilmu Adalah Amal Jariah AbadiSetiap ilmu yang disampaikan dan diamalkan orang lain pahalanya mengalir tanpa hent...
19/11/2025

Sedekah Ilmu Adalah Amal Jariah Abadi

Setiap ilmu yang disampaikan dan diamalkan orang lain pahalanya mengalir tanpa henti.

📖 “Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya.” – (Hadis Muslim)

Menyokong pendidikan Islam seperti YAPIS bukan sekadar sumbangan tapi wakaf ilmu yang berpanjangan.

Setiap Langkah ke Sekolah Adalah IbadahRasulullah SAW bersabda:“Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah ak...
18/11/2025

Setiap Langkah ke Sekolah Adalah Ibadah

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Menuntut ilmu bukan sekadar rutin harian ia adalah satu perjalanan spiritual yang mendekatkan diri kepada Allah.
Setiap langkah pelajar ke sekolah, setiap buku yang dibuka, setiap ilmu yang difahami semuanya bernilai ibadah jika diniatkan kerana Allah.

➡️ Di bawah Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS), kami mendidik pelajar supaya cinta kepada ilmu bukan kerana peperiksaan, tetapi kerana ingin mencari keberkatan.

💎 Tahfiz Bukan Sekadar Hafal QuranRamai fikir tahfiz hanya tentang hafalan.Sebenarnya, tahfiz adalah madrasah membina ka...
23/10/2025

💎 Tahfiz Bukan Sekadar Hafal Quran

Ramai fikir tahfiz hanya tentang hafalan.
Sebenarnya, tahfiz adalah madrasah membina karakter dan disiplin diri. Pelajar yang hafal Al-Quran dilatih sabar, fokus, dan berjiwa besar. Inilah asas kepimpinan sebenar.

Di YAPIS & MITTIS, kami mendidik pelajar bukan hanya menghafal, tapi menghayati dan memimpin.

🌿Ilmu Menjadikan Manusia Mulia📖 “Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang y...
22/10/2025

🌿Ilmu Menjadikan Manusia Mulia

📖 “Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
(Surah al-Mujadalah: 11)

Ilmu bukan sekadar hafalan, tapi cahaya yang membuka hati.
Dalam Islam, guru dihormati, pelajar dimuliakan. Di YAPIS, kami percaya pendidikan Islam bukan hanya untuk cemerlang di dunia tetapi untuk membina manusia yang mengenal Tuhan.

👉

Address

Lot 360, Kampung Simpang Balak Batu 13 Jalan Cheras Kajang
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Pendidikan Islam Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Yayasan Pendidikan Islam Selangor:

Share