Persatuan Falak Syar'i Malaysia

Call Directions Website

Persatuan Falak Syar'i Malaysia Sejarah Persatuan

Usaha yang serius untuk penubuhan PFSM ialah pada masa Almarhum Tuan Haji Mohd Khair b Hj Mohd Taib bertugas sebagai Karyawantamu UKM.

Persatuan Falak Syar'i Malaysia telah diilhamkan penubuhannya pada satu mesyuarat yang diadakan pada 1 Muharam 1404 bersamaan 7 Oktober 1983 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh anak-anak murid Allahyarham Ustaz Mohd Khair Taib. Diantara usaha beliau diUKM ialah menggadakan kursus Falak Syar’i untuk pelajar UKM dan orang ramai yang berminat. Kursus ini telah diadakan selama kira kira enam bulan, seminggu sekali, yang bermula daripada tahun 1983. Susulan daripada itu, satu pertemuan telah dianjuran oleh Dr Abdullah Hj Ibrahim, selaku Pengerusi Jawatankuasa Ceramah dan Kursus Falak Syar’i, Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, dikalangan peminat falak yang terdiri daripada murid Almarhum daripada kursus Falak Syar’i itu. Pertemuan ini telah diadakan pada 1hb Muharram 1404H/ 7hb Oktober 1983M di Dewan Kuliah II, Fakulti Pengajian Islam UKM. Surat jemputan itu telah menyatakan bahawa perjumpaan itu di aturkan oleh Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam UKM bersama dengan para peminat Falak Syar’i , dibawah pimpinan Karyawantamu UKM, Ustaz Hj Mohd Khair b Hj Mohd Taib( AMK, KMN, AMP). Tujuan utama perjumpaan itu ialah untuk membincangkan penubuhan Persatuan Falak Syar’i Malaysia. Seramai 21 orang, kebanyakkannya terdiri daripada anak murid Almarhum Tuan Hj Mohd Khair, yang telah mengikuti kursus falaknya di UKM, telah hadir didalam perjumpaan itu. Perjumpaan itu bersetuju untuk menubuhkan satu persatuan dengan nama Persatuan Falak Syar’i Malaysia dan satu Jawatankuasa penaja telah dilantik untuk menguruskan penubuhan Persatuan itu saperti berikut:

Pengerusi: Dr Abdullah Hj Ibrahim

Naib Pengerusi: Ustaz Abd Kadir Hj Ismail

Setaiusaha: Tuan Syed Kamarulzaman b Syed Kabeer

Pen Setiausaha: Mohd Shuib b Maulud

Bendahari: Ustaz Hashim HjMohd Hanafiah

Ahli Jawatankuasa: Tn Hj Abdul Razak Hj Omar

En Mohd Noor Hj Yusof

Tn Hj Mohd Kassim Hj Tahir

Tn Hj Abdullah Man

Penasihat: Tuan Haji Mohd Khair Hj Mohd Taib

Dekan, Fakulti Pengajian Islam , UKM



Jawatankuasa Penaja itu telah mengadakan mesyuaratnya yang pertama dengan kehadiran Ustaz Hj Mohd Khair selaku penasihat Persatuan. Beliau telah memberikan satu ucapan aluan dimana beliau telah menyatakan betapa mustahaknya Persatuan ini ditubuhkan kerana memandangkan teknologi angkasalepas telah mendapat minat orang ramai dewasa ini. Beliau juga berharap Persatuan ini berdiri sama tinggi dengan Persatuan lain. Jawatankuasa Penaja yang telah diamanahkan untuk menggubalkan perlembagaan Persatuan dan mendapatkan pendaftarannya dengan Pendaftar pertubuhan telah berjaya menunaikan tanggungjawab itu dengan mendapatkan kelulusan pendaftaran PFSM, bernombor pendaftaran 3782/85, pada 16hb Rabiul awal 1406/29hb November 1985. Satu majlis khas telah diadakan untuk melancarkan PFSM di Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, pada hari Isnin, 17hb Ramadan 1406/ 26hb Mei 1986. Perlancaran ini telah dilaksanakan oleh Y.B Dato’ Dr Mohd Yusof Noor , Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Y.B Dato’ Dr Mohd Yusof Noor adalah juga seorang yang sangat prihatin dan banyak memberikan sokongan terhadap penubuhan PFSM semenjak beliau berada di UKM sebagai Timbalan Naib Cancelor. PFSM kemudian telah melantik Y.B Dato’ Dr Mohd Yusof Noor sebagai Penaung pertama Persatuan. Pada majlis perlancaran itu beberapa orang Qari dan Qari’ah peserta Musabaqah AlQuran peringkat antarabangsa juga turut hadir sebagai tetamu. Tuan Haji Mohd Khair b Hj Mohd Taib telah diberikan penghormatan untuk memberikan Ucapan Khas didalam majlis perlancaran itu. (Kemaskini : 2007)

Bersempena dengan Majlis Penutupan Bulan Falak Malaysia 2026 / 1448 H. Berikut adalah pemenang bagi Pertandingan Reka Be...
22/07/2026

Bersempena dengan Majlis Penutupan Bulan Falak Malaysia 2026 / 1448 H. Berikut adalah pemenang bagi Pertandingan Reka Bentuk Poster Gerhana Matahari anjuran Persatuan Falak Syar'i Malaysia.

Johan - Humaira Balqis binti Asnizam
Naib Johan - Nur Hafizah binti Ghani
Ketiga - Nurul Husna binti Muhamad Amirul

Saguhati:

- Azra Ayane binti Meor Akhirudin
- Nur Hafazah binti Shari
- Taufeeq Muttaqeen bin Mohd Afzal
- Nurul Ain binti Hanizam
- Nur Irdina Insyirah binti Ahmad Safwan Akmal
- Nur Raisya Dayana binti Abdul Razak
- Sharifah Umairatuljannah binti Syed Muhammad Solehin

-KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD-

Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:
1. Kreativiti dan Keaslian - 30%
2. Tema - 25%
3. Kualiti Rekaan - 25%
4. Ketepatan Maklumat - 20%

Terima kasih kepada semua atas penyertaan, sijil penyertaan akan diberikan kepada email yang diisi di dalam google form. Semoga kita dapat berjumpa pada program dan pertandingan akan datang. Mohon maaf atas segala kekurangan. Para pemenang akan dihubungi dalam masa terdekat, terima kasih

22/07/2026

Bersempena dengan Majlis Penutupan Bulan Falak Malaysia 2026 / 1448 H. Berikut adalah pemenang bagi Pertandingan Reka Bentuk Poster Gerhana Matahari anjuran Persatuan Falak Syar'i Malaysia.

Johan - Humaira Balqis binti Asnizam
Naib Johan - Nur Hafizah binti Ghani
Ketiga - Nurul Husna binti Muhamad Amirul

Saguhati:

- Azra Ayane binti Meor Akhirudin
- Nur Hafazah binti Shari
- Taufeeq Muttaqeen bin Mohd Afzal
- Nurul Ain binti Hanizam
- Nur Irdina Insyirah binti Ahmad Safwan Akmal
- Nur Raisya Dayana binti Abdul Razak
- Sharifah Umairatuljannah binti Syed Muhammad Solehin

-KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD-

Kriteria pemarkahan adalah seperti berikut:
1. Kreativiti dan Keaslian - 30%
2. Tema - 25%
3. Kualiti Rekaan - 25%
4. Ketepatan Maklumat - 20%

Terima kasih kepada semua atas penyertaan, sijil penyertaan akan diberikan kepada email yang diisi di dalam google form. Semoga kita dapat berjumpa pada program dan pertandingan akan datang. Mohon maaf atas segala kekurangan. Para pemenang akan dihubungi dalam masa terdekat, terima kasih

02/07/2026

Hari Terakhir Mendaftar !

Persatuan Falak Syar'i Malaysia telah diilhamkan penubuhannya pada satu mesyuarat yang diadakan pada 1 Muharam 1404 bersamaan 7 Oktober 1983 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh anak-anak murid Allahyarham Ustaz Mohd Khair Taib.

Sila baca caption !!!Mohon perhatian kepada semua peserta yang berminat untuk menyertai Milky Way Hunting pada 11 Julai ...
30/06/2026

Sila baca caption !!!

Mohon perhatian kepada semua peserta yang berminat untuk menyertai Milky Way Hunting pada 11 Julai 2025. Ini merupakan maklumat terkini yang anda perlu tahu:

1. Trip kelip-kelip sudah ditutup ❌❌❌
2. Milky Hunting Slot: 10 slot berbaki βœ…βœ…βœ…
3. Semua peserta yang sudah mendaftar dan membayar akan dihubungi dalam masa terdekat selewat-lewatnya pada hari isnin 6 Julai 2026
4. Segala aktiviti yang dijadualkan bergantung kepada keadaan cuaca.
5. Sekiranya Hujan Lebat pada hari kejadian, HANYA trip kelip-kelip akan dibatalkan dan wang akan dikembalikan
6. Aktiviti Milky Way Hunting akan ditangguhkan dan dibuat aktiviti pengisian yang lain dibawah dewan terbuka sehingga cuaca mengizinkan.
7. Maklumat terperinci mengenai tempat program akan disiarkan dari semasa ke semasa

🌌 SEMPENA BULAN FALAK MALAYSIA 1448HBilakah kali terakhir anda benar-benar melihat langit malam?Di sebalik cahaya bandar...
27/06/2026

🌌 SEMPENA BULAN FALAK MALAYSIA 1448H

Bilakah kali terakhir anda benar-benar melihat langit malam?

Di sebalik cahaya bandar yang semakin terang, masih wujud satu pemandangan yang pernah menjadi penunjuk arah para pengembara, sumber inspirasi para ilmuwan dan bukti kebesaran Allah SWT sejak ribuan tahun dahulu β€” Bima Sakti (Milky Way).

Bersempena Bulan Falak Malaysia, Persatuan Falak Syar'i Malaysia menjemput anda dan keluarga menyertai Milky Way Hunting, sebuah pengalaman pendidikan astronomi yang menggabungkan ilmu, teknologi dan penghayatan terhadap keindahan alam ciptaan Allah SWT.

✨ Antara pengalaman yang bakal anda rasai:
πŸ”­ Belajar mengenali langit malam bersama penggiat falak.
πŸ“± Menghasilkan gambar Bima Sakti menggunakan telefon pintar.
🌌 Menikmati pengalaman sebenar stargazing jauh daripada pencemaran cahaya.
⭐ Mengenali buruj, planet dan objek-objek menarik di langit malam.
🚀 Pilihan menyertai Trip Kelip-Kelip untuk melengkapkan pengalaman malam anda.

πŸ“ Sesuai untuk semua peringkat umur sama ada bersama keluarga, rakan-rakan, pelajar, guru mahupun mereka yang baru ingin mengenali dunia astronomi.

Kerana kadangkala, untuk menghargai kebesaran Allah SWT, kita hanya perlu mendongakkan kepala dan melihat langit yang selama ini terlindung oleh cahaya kota.

πŸ“… Tempat adalah terhad. Daftar sekarang dan alami sendiri keindahan Bima Sakti bersama kami!

https://forms.gle/ioN1WjgKhJCtcyTq9

26/06/2026

πŸŒ’ SEMPENA BULAN FALAK MALAYSIA 1448H

Gerhana Matahari 2 Ogos 2027 semakin menghampiri.

Fenomena ini dijangka menjadi antara gerhana matahari paling dinantikan di dunia, malah memberi peluang kepada umat Islam untuk menghayati kebesaran Allah SWT melalui gabungan ilmu falak, sains dan syariah.

Masih ada masa untuk membuat persediaan, tetapi pemburu gerhana yang berpengalaman tahu bahawa persediaan sebenar bermula dengan ilmu.

Bersempena Bulan Falak Malaysia, Persatuan Falak Syar’i Malaysia membawakan e-Kelas Falak Muharam, siri perkongsian khas yang menghimpunkan pakar-pakar falak untuk membincangkan:

πŸŒ‘ Gerhana Matahari pada Zaman Rasulullah SAW – memahami peristiwa gerhana menurut al-Quran, hadis dan perspektif syariah.

🌍 Pemburu Gerhana: Hobi atau Kerjaya? – pengalaman sebenar memburu gerhana di seluruh dunia serta potensi bidang ini pada masa hadapan.

πŸ”­ Lokasi Panas Cerapan Gerhana Matahari 2027 & Persiapan Peralatan – panduan memilih lokasi terbaik dan membuat persediaan awal sebelum menyaksikan fenomena bersejarah ini.

πŸ“Œ Sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada anda baru ingin mengenali ilmu falak, seorang pendidik, pelajar, pencinta astronomi atau sedang merancang untuk menyertai ekspedisi Gerhana Matahari 2027.

✨ Jangan sekadar menjadi penonton gerhana. Jadilah mereka yang memahami hikmah, sains dan kebesaran Allah SWT di sebalik setiap fenomena langit.

πŸ“² Daftar sekarang dan mulakan persediaan anda menuju Gerhana Matahari 2027 bersama Persatuan Falak Syar’i Malaysia.

Tarikh Kelas:

3 Julai 2026: Gerhana Pada Zaman Rasulullah SAW (Ustaz Faizal Jani)
4 Julai 2026: Pemburu Gerhana: Hobi atau Kerjaya? (En Shahrin Ahmad)
5 Julai 2026: Lokasi Panas Cerapan Gerhana Matahari 2027 & Persiapan Peralatan (En Muzamir Mazlan)

https:/bit.ly/falakmuharam

Persatuan Falak Syar'i Malaysia telah diilhamkan penubuhannya pada satu mesyuarat yang diadakan pada 1 Muharam 1404 bersamaan 7 Oktober 1983 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh anak-anak murid Allahyarham Ustaz Mohd Khair Taib.

Jom Kembara Angkasa Edisi Muharam 1448 HAlhamdulillah, selesai sudah program jom kembara angkasa yang diadakan oleh Pers...
26/06/2026

Jom Kembara Angkasa Edisi Muharam 1448 H

Alhamdulillah, selesai sudah program jom kembara angkasa yang diadakan oleh Persatuan Falak Syar'i Malaysia dengan kerjasama pelbagai agensi dan komuniti antaranya ialah:

1. Surau Jumaat An-Naim, Wangsa Maju
2. Masjid Al-Ikhwaniah, Taman Cheras Utama
3. Surau Al-Iman, Taman Arked Dengkil
4. TRX City Park, TRX

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dengan program yang diadakan ini dapat menyemarakkan lagi semangat mendalami ilmu falak kepada semua lapisan masyarakat.

Tidak dilupakan, ucapan penghargaan diucapkan kepada agensi yang menyokong program ini seperti:

1. Sustainabilty Solutions
2. Jabatan M***i Selangor
3. Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
4. Balai Cerap Negeri Sembilan
5. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Negeri Sembilan

Semoga dengan kerjasama erat ini dapat menyebarluas lagi aktiviti falak dan astronomi kepada semua.

Semoga berjumpa lagi di lain masa, insyaAllah

Bulan Falak Malaysia 1448/2026



Jom Kembara Angkasa Edisi Muharam 1448 HIkuti kami di setiap lokasi terpilih !
22/06/2026

Jom Kembara Angkasa Edisi Muharam 1448 H

Ikuti kami di setiap lokasi terpilih !



3-5 Muharam 1448 H | 19-21 Jun 2026Kem Tadabbur Al-Quran @ Falak Sebuah program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Perse...
22/06/2026

3-5 Muharam 1448 H | 19-21 Jun 2026

Kem Tadabbur Al-Quran @ Falak

Sebuah program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Falak Syar'i Malaysia dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Melaka telah diadakan selama 3 hari 2 malam.

Para peserta terdiri daripada:

1. Pondok Moden Al-Abaqirah
2. Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
3. Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz, MAIWP

Program ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan Ilmu Falak dan kepentingannya terhadap umat Islam. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengisian program berkaitan asas ilmu falak, tadabbur ayat al-Quran berkaitan Falak serta Falak Race untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar. Para pelajar juga dapat mempelajari kaedah penentuan arah kiblat menggunakan matahari serta tongkat istiwa'.

Kebanyakan daripada peserta pertama kali dapat melihat Bulan dan Planet menggunakan teleskop yang dikendalikan oleh pihak Balai Cerap Al-Khawarizmi. Semoga pengalaman yang bermakna ini dapat memupuk lagi minat mereka kepada Al-Quran dan Ilmu Sains.

Bertepatan dengan sambutan Bulan Falak Malaysia 1448H kali ini, penganjuran program seperti ini dapat meningkatkan sedikit sebanyak pengetahuan dan keinginan para pelajar mendalami ilmu STEM. Terima kasih kepada pihak penganjur dan semoga kita berjumpa lagi

πŸ“’ KEM TADABBUR AL-QURAN @ FALAK 1448H BERLANGSUNG HUJUNG MINGGU INI!Sempena Bulan Falak Malaysia 1448H, Persatuan Falak ...
19/06/2026

πŸ“’ KEM TADABBUR AL-QURAN @ FALAK 1448H BERLANGSUNG HUJUNG MINGGU INI!

Sempena Bulan Falak Malaysia 1448H, Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) akan menganjurkan Kem Tadabbur Al-Quran @ Falak 1448H yang bakal berlangsung pada:

πŸ—“οΈ 3 – 5 Muharam 1448H
πŸ—“ 19 - 21 Jun 2026
πŸ“ Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka

Program ini menghimpunkan para peserta dalam penghayatan ayat-ayat al-Quran berkaitan alam semesta melalui pelbagai aktiviti berteraskan ilmu falak, antaranya:

πŸ”­ Cerapan langit malam
πŸƒπŸ»β€β™‚οΈ Falak Race
β˜€οΈ Aktiviti jam matahari
πŸŒ™ Tadabbur ayat-ayat kauniyyah
🀝 Pengukuhan ukhuwah dan semangat berpasukan

Semoga program ini menjadi medan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui tadabbur al-Quran serta penghayatan terhadap tanda-tanda kebesaran-Nya yang terbentang di langit dan bumi.






Address

No 21-1, Jalan Seri Putra 1/4
Kajang
43000

Opening Hours

09:00 - 17:00

Telephone

+60105021983

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Falak Syar'i Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share