Persatuan Penduduk Teratai, Seksyen 4 BBB

Persatuan Penduduk Teratai, Seksyen 4 BBB Persatuan Penduduk Teratai Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor (PPM-005-10-25102014)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,Persatuan Penduduk Teratai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua...
19/03/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Persatuan Penduduk Teratai ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam & keluarga.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan silaturahim sesama kita.

Kepada yang pulang ke kampung, pandu dengan berhemah & semoga selamat sampai.

Ramadan bakal beransur pergi
Syawal menjelma di Aidilfitri
Seikhlas hati menyusun jari
Memohon maaf kekhilafan diri

Maaf Zahir & Batin 🙏🏼

Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua warga Teratai berbangsa Cina 🐎
17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada semua warga Teratai berbangsa Cina 🐎

28/03/2025

PERSATUAN PENDUDUK TERATAI
Seksyen 4, Bandar Baru Bangi
(PPM-005-1025102014)

Tarikh: 29 April 2025/28 Ramadhan 1446H

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kepada semua warga Teratai (Jalan 4/7F hingga 4/7S), Seksyen 4, BBB

Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik,

PENUTUPAN PALANG DI JALAN MASUK PADA HARI RAYA

1. Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa semua palang di jalan-jalan masuk ke Taman Teratai kecuali Jalan 4/7F akan ditutup sepenuhnya bermula jam 11.00 malam, 28/03/2025 (Jumaat) sehingga 5.00 pagi, 01/04/2021 (Selasa).

3. Penutupan jalan-jalan masuk ini adalah sepertimana yang dipraktikkan pada tahun-tahun sebelum ini bagi mengurangkan risiko kejadian yang tidak diingini ketika ramai penduduk pulang beraya di kampung.

4. Kawalan keselamatan diselia oleh syarikat Novac Sisse Security Sdn Bhd yang telah dilantik untuk mengawal keselamatan Taman Teratai bermula pada 01/04/2021.

5. Diharap Taman Teratai kekal selamat hendaknya dengan ikhtiar yang dilakukan ini & aman sejahtera serta dirahmati Allah sentiasa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,
Setiausaha
Persatuan Penduduk Teratai

Address

Jalan 4/7F, Seksyen 4
Kajang
43650

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Teratai, Seksyen 4 BBB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Penduduk Teratai, Seksyen 4 BBB:

Share