Kawasan Rukun Tetangga Taman Kajang Mewah

Call Directions Contact the organization

Kawasan Rukun Tetangga Taman Kajang Mewah Page for Kawasan Rukun Tetangga Taman Kajang Mewah

๐ŸŒŸ PROGRAM MADANI KITA โ€“ BERSAMA KOMUNITI AMPANG JAYA ๐ŸŒŸAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Madani Kit...
01/09/2026

๐ŸŒŸ PROGRAM MADANI KITA โ€“ BERSAMA KOMUNITI AMPANG JAYA ๐ŸŒŸ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Madani Kita Bersama Komuniti Ampang Jaya pada 29 Ogos 2026 (Sabtu) bertempat di Dewan MPAJ Datoโ€™ Ahmad Razali, Ampang, Selangor.

Program ini menyediakan pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik untuk komuniti setempat, di samping menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan, komuniti dan masyarakat.

Pelbagai aktiviti serta perkhidmatan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Semoga program seperti ini terus menjadi wadah dalam memaknai harapan rakyat, memperkukuhkan semangat kejiranan dan membina komuniti yang lebih prihatin, harmoni serta sejahtera. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’™

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan warga Ampang Jaya yang telah hadir memeriahkan program.

๐Ÿค Bersama Komuniti, Memaknai Harapan Rakyat.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MADANI Untuk Semua













28/07/2026
HEBAHAN TERJUMPA KAD PENGENALAN (MyKad)Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa kami telah menjumpai Kad P...
23/07/2026

HEBAHAN TERJUMPA KAD PENGENALAN (MyKad)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa kami telah menjumpai Kad Pengenalan (MyKad) milik [WAN NUR FATIHAH BINTI WAN HALIM] di sekitar [jalan kajang mewah 9] pada [23/7/2026].

Sekiranya anda mengenali pemilik kad pengenalan ini, mohon maklumkan kepada beliau untuk menghubungi kami di Kawasan Rukun Tetangga Taman Kajang mewah bagi tujuan penyerahan.

Mohon jasa baik semua untuk membantu menyebarkan hebahan ini agar kad pengenalan tersebut dapat dipulangkan kepada pemiliknya. Terima kasih.

๐Ÿ“ข JOM SERTAI! ๐Ÿ’Šโค๏ธTahukah anda bahawa penggunaan ubat yang betul dan kesedaran tentang antibiotik amat penting untuk menj...
20/07/2026

๐Ÿ“ข JOM SERTAI! ๐Ÿ’Šโค๏ธ

Tahukah anda bahawa penggunaan ubat yang betul dan kesedaran tentang antibiotik amat penting untuk menjaga kesihatan diri serta keluarga?

๐ŸŽ‰ Pameran Kenali Ubat Anda & Kesedaran Antibiotik sempena Aktiviti Kelab Warga Emas menanti kehadiran anda!

๐Ÿ“… Tarikh: 31 Julai 2026 (Jumaat)
โฐ Masa: 8.00 pagi โ€“ 10.00 pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Kawasan Rukun Tetangga Taman Kajang Mewah

โœ… Pelbagai info kesihatan yang bermanfaat
โœ… Kenali cara penggunaan ubat yang betul
โœ… Tingkatkan kesedaran mengenai antibiotik
โœ… Sesuai untuk semua lapisan masyarakat

๐Ÿ“ฒ Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.

Ayuh bersama-sama kita mengamalkan โ€œUbat Betul, Guna Betul, Kesihatan Terjaga.โ€

Jumpa anda di sana! ๐Ÿ˜Š








Program Generasi Cilik Perpaduan:Sukaneka Perpaduan Dan Hari Keluarga Tabika PerpaduanZon Kajang 2026Daerah Hulu Langat ...
18/07/2026

Program Generasi Cilik Perpaduan:
Sukaneka Perpaduan Dan Hari Keluarga Tabika Perpaduan
Zon Kajang 2026
Daerah Hulu Langat








Assalaamualaikum. Penduduk Tmn Kajang Mewah yang ada anak/cucu berumur antara 6 hingga 15 tahun yg berminat dgn bola sep...
15/06/2026

Assalaamualaikum. Penduduk Tmn Kajang Mewah yang ada anak/cucu berumur antara 6 hingga 15 tahun yg berminat dgn bola sepak boleh hadiri klinik bola sepak anjuran Putera Tiger FA dgn kerjasama KRT TKM pd 21Jun26 / Ahad.

Maklumat lanjut boleh rujuk poster di atas.

Sekian

๐ŸŽ‰ ALHAMDULILLAH, PROGRAM SINERGI UMMAH 2.0 BERJAYA DILAKSANAKAN ๐ŸŽ‰Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana P...
13/06/2026

๐ŸŽ‰ ALHAMDULILLAH, PROGRAM SINERGI UMMAH 2.0 BERJAYA DILAKSANAKAN ๐ŸŽ‰

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Program Sinergi Ummah 2.0 yang berlangsung pada hari ini di Surau Al Islah, Taman Kajang Mewah telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Pihak KRT Taman Kajang Mewah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Surau Al Islah, para penaja, sukarelawan, peserta serta semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga jalinan kerjasama yang terjalin dapat terus diperkukuhkan dan menjadi pemangkin kepada lebih banyak program yang memberi manfaat kepada masyarakat pada masa akan datang.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan sokongan. Semoga segala usaha dan sumbangan yang dicurahkan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah SWT.

"Bersatu Memperkukuh Ukhuwah, Bersama Membina Komuniti Sejahtera."









โค๏ธ๐Ÿค๐Ÿป๐ŸŒน

Alhamdulillah, Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) KRT Taman Kajang Mewah bagi sesi 2026โ€“2029 telah berlangsung ...
24/05/2026

Alhamdulillah, Mesyuarat Pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) KRT Taman Kajang Mewah bagi sesi 2026โ€“2029 telah berlangsung dengan lancar pada malam tadi.

๐Ÿ—“ Sabtu, 23/5/2026
๐Ÿ•˜ 9.00 malam
๐Ÿ“ Pondok Al-Islah, Flat TKM

Terima kasih kepada semua penduduk yang hadir dan memberikan kerjasama sepanjang mesyuarat berlangsung. Semoga barisan AJK yang dipilih dapat menjalankan amanah dengan baik demi kesejahteraan dan keharmonian komuniti Taman Kajang Mewah.

๐Ÿค โ€œBersama Memperkukuh Semangat Kejirananโ€








๐ŸŒธ BENGKEL JAHITAN TUALA WANITA ๐ŸŒธPenjagaan Diri โ€ข Kelestarian Alam โ€ข Jana PendapatanBelajar menjahit tuala wanita fabrik ...
21/02/2026

๐ŸŒธ BENGKEL JAHITAN TUALA WANITA ๐ŸŒธ

Penjagaan Diri โ€ข Kelestarian Alam โ€ข Jana Pendapatan

Belajar menjahit tuala wanita fabrik yang selamat, selesa & mesra alam!
Sertai bengkel anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Sungai Ramal, dengan kerjasama PKM Penyelaras DUN Sungai Ramal & KRT Taman Kajang Mewah.

Apa yang anda akan pelajari:
โœ… Teknik asas menjahit
โœ… Menghasilkan tuala wanita boleh guna semula
โœ… Menjimatkan kos & membantu alam sekitar
โœ… Peluang jana pendapatan sampingan

Maklumat Program:
๐Ÿ—“ 21 Februari 2026 | Sabtu โฐ 8.30 pagi โ€“ 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Pondok Al Islah, Taman Kajang Mewah
๐ŸŽฏ Percuma & terhad kepada 20 peserta terawal

๐Ÿ’ก Tempat terhad! Jangan lepaskan peluang menimba ilmu, menjaga diri dan alam, serta menjana pendapatan.







Address

Taman Kaiang Mewah
Kajang
43000

Telephone

+60193332015

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kawasan Rukun Tetangga Taman Kajang Mewah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kawasan Rukun Tetangga Taman Kajang Mewah:

Shortcuts

Share