06/09/2026
Program Majlis Penutup Kem Cuti Sekolah ARTCAMP 19:
Memahat Kepentingan Kesawasiahan dan Membina Masa Depan ke arah Al-Quran Minded.
Tirai telah dilabuhkan untuk Kem Motivasi ARTCAMP 19, iaitu sebuah program Kem Cuti Sekolah anjuran Artman / Saiful Nang Academy yang bukan sekadar mengisi masa lapang cuti sekolah anak, tetapi membentuk jiwa-jiwa muda yang dahagakan inspirasi dan perubahan ke arah generasi 'Al-Quran Minded'.
Kem yang dianjurkan pada 31 Ogos - 5 September 2026 lepas telah menyaksikan kehadiran 160 orang peserta dari pelbagai latarbelakang. Antaranya 80 orang anak-anak ahli Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ditaja pihak AffinMy Affin Islamic Bank, anak-anak dari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj (RAYSAS), Majlis Agama Islam Melaka - Rasmi) dan anak-anak orang awam/followers kami.
Majlis penutup yang berlangsung penuh sambutan ini bukan sahaja menandakan berakhirnya sebuah kem, tetapi juga permulaan lembaran baharu bagi setiap pelatih Artman yang telah melalui perubahan positif sedikit demi sedikit sepanjang program.
Kem Motivasi ARTCAMP 19 telah berjaya mencipta satu ekosistem pembelajaran yang dinamik, di mana para pelatih didedahkan kepada pelbagai modul yang direka khas untuk mengasah potensi diri, memperkukuh jati diri dan membina kemahiran kepimpinan. Dari sesi perkongsian rohani yang membakar semangat, sesi interaktif yang mencabar minda, hingga aktiviti luar yang menguji ketahanan fizikal dan mental, setiap detik di ARTCAMP 19 adalah pelaburan berharga untuk masa depan anak-anak.
Program Penutup Kem Motivasi ARTCAMP 19 menjadi kemuncak kepada segala usaha dan pengorbanan. Suasana dewan dipenuhi dengan aura kebanggaan dan kesyukuran, terpancar jelas pada wajah-wajah para pelatih Artman yang kini tampil lebih yakin dan bersemangat. Ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis membuka tirai acara, diikuti dengan persembahan 'video highlight' yang istimewa mengimbas kembali detik-detik manis dan cabaran yang telah ditempuhi sepanjang kem.
Gelak tawa dan tepukan gemuruh seringkali kedengaran dari para pelatih dan juga para ibu bapa, menandakan betapa mendalamnya impak program ini dalam hati mereka. Ia adalah bukti bahawa dengan motivasi yang tepat dan bimbingan yang berkesan, setiap individu mampu mencapai perubahan positif atau dipanggil islah secara berterusan, walaupun sedikit.
Kemuncak majlis adalah ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh tetamu kehormat,Yang Berbahagia Ustaz Syed Muhammad bin Syed Mohamad Nasir, Ketua Jabatan Syariah Affin Islamic Bank. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan motivasi diri yang berterusan, semangat juang yang tidak pernah padam, dan nilai-nilai murni yang perlu dipegang teguh dalam menempuh liku-liku kehidupan.
Beliau turut memuji komitmen dan dedikasi pihak penganjur serta fasilitator yang telah bekerja keras memastikan kelancaran dan kejayaan kem ini. Kemudian diikuti p**a, ucapan balas daripada Yang Berusaha Dr. Hj Masjuki bin Mohd Musuri, Pengasas Rumah Pengasih Warga Prihatin. Kata-kata semangat yang dilontarkan bukan sekadar retorik, tetapi suntikan inspirasi yang akan terus membakar semangat para peserta dan fasilitator untuk terus buat yang terbaik untuk program akan datang.
Malam sebelumnya p**a, telah diadakan Malam Penyampaian Sijil Penghargaan kepada para pelatih ARTCAMP 19. Setiap sijil yang diterima bukan sekadar sekeping kertas, tetapi simbol pengiktirafan atas usaha, ketabahan, dan perubahan positif yang telah dicapai.
Laungan nyanyian daripada para pelatih ARTCAMP 19 yang berjudul 'Pemuda Islam' turut bergema di seluruh genap dewan menunjukkan semangat yang terkobar seperti seorang mujahid Islam.
Dengan kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Affin Islamic Bank kerana telah menaja sebilangan besar peserta Artcamp 19 kali ini yang merupakan anak kepada pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sebagai salah satu program kerjasama kali ke 5 setakat ini antara pihak Affin dan Artman. Semoga usaha sama ini berterusan untuk program-program akan datang.
Sebelum majlis melabuhkan tirai, sesi fotografi beramai-ramai diadakan sebagai tanda kenang-kenangan. Senyuman lebar dan raut wajah ceria menjadi bukti kejayaan Kem Motivasi ARTCAMP 19 dalam meninggalkan impak yang mendalam. Ada yang menitiskan air mata kegembiraan, ada yang berpelukan erat dan mengambil kesempatan untuk bergambar dengan abang dan kakak fasi, saling bertukar nombor telefon untuk terus berhubung sebelum mereka p**ang ke destinasi masing-masing. Ianya menandakan ikatan persahabatan dan kekeluargaan yang telah terjalin sepanjang kem ini berlangsung.
Insyaa-Allah, 21-26 Disember 2026 nanti, kita akan berjumpa lagi dalam penganjuran kem kali ke 21 p**a. Seperti biasa, pendaftaran sudah bermula dan sudah menerima peserta berdaftar.