03/10/2026
𝐆𝐀𝐌𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐒𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀
Saudara Narul Rahman, Presiden GAMIS tampil membawa usul, pandangan dan aspirasi mahasiswa dalam sesi Perbincangan Dua Hala Gerakan Mahasiswa anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
Antara idea yang diketengahkan ialah pemerkasaan etika dan profesionalisme mahasiswa serta pengiktirafan gerakan mahasiswa di setiap universiti sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh peranan mahasiswa dalam pembangunan kampus dan negara.
GAMIS akan terus komited mengangkat suara mahasiswa secara matang, berprinsip dan berwibawa dalam setiap ruang perbincangan yang melibatkan kepentingan mahasiswa.
𝑴𝒆𝒎𝒊𝒎𝒑𝒊𝒏 𝑲𝒆𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒉𝒂𝒔𝒊𝒔𝒘𝒂 𝑰𝒔𝒍𝒂𝒎