Pemuda ISMA

Directions Website Contact the organization

Pemuda ISMA Pemuda ISMA adalah sayap pemuda kepada Ikatan Muslimin Malaysia, sebuah gerakan Islam yang komited dengan agenda dan perjuangan Islam

11/06/2026

ISMA MENYERU SEMULA “MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT” DALAM KERANGKA KUASA NASIONAL

Melihat kepada suasana dalam negara yang semakin mencabar, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyeru seluruh umat Islam agar kembali kepada satu titik penyatuan yang menjadi asas kekuatan negara sejak sekian lama, iaitu “Melayu Sepakat Islam Berdaulat”.

Ini adalah seruan kepada kesedaran tentang tanggungjawab umat Islam dan orang Melayu sebagai tonggak teras negara untuk memelihara agama, menjaga kestabilan tanah air dalam membina agenda masa depan lebih baik di negara ini untuk generasi akan datang.

Dalam konteks sejarah orang Melayu dan Islam di Malaysia, umat Islam mesti menganggap dirinya lebih layak memimpin di tanah air ini kerana Islam diturunkan untuk menjadikan kita memimpin bangsa lain dengan hidayah, dakwah dan rahmat Islam yang kita imani. Seperti Firman Allah SWT :

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

Maksudnya : Dialah yang telah mengutuskan RasulNya (Muhammad SAW) dengan hidayah petunjuk dan agama yang benar (Islam) supaya ia memenangkannya dan meninggikannya atas segala agama sekalipun orang-orang musyrikin membencinya

(Surah as-Saff:9)

Firman Allah SWT dalam surah as-Saff ini mengingatkan kita bahawa kemenangan Islam merupakan janji Allah SWT. Namun janji tersebut menuntut umat Islam memainkan peranan mereka dengan memimpin manusia dan membimbing kehidupan masyarakat berdasarkan petunjuk dan hidayah Islam dalam membina kekuatan dan mengutamakan kepentingan agama mengatasi kepentingan kelompok serta perpecahan yang merugikan.

Sepanjang sejarah umat Islam ianya telah membuktikan bahawa apa sahaja perpecahan yang berlaku akan melemahkan kekuatan umat Islam. Apabila umat itu berpecah, maka suara untuk mengangkat agenda Islam menjadi lemah.

Antara cabaran terbesar yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia hari ini adalah tiada satu kesepakatan yang jelas mengenai agenda besar orang Melayu dan umat Islam. Perbezaan dan perbalahan politik yang semakin mendalam telah menyebabkan tenaga, sumber, fokus dan perhatian banyak tertumpu kepada persaingan sesama sendiri sehingga isu-isu strategik yang menentukan masa depan umat Islam terpinggir daripada menjadi pembahasan utama.

Dalam keadaan ini, politik Melayu kelihatan kehilangan arah dan hala tuju. Perdebatan yang berlaku lebih banyak berkisar kepada persaingan parti, perebutan pengaruh dan survival tokoh-tokoh politik tertentu. Sedangkan realiti dan cabaran sebenar yang dihadapi oleh umat Islam jauh lebih besar daripada kepentingan mana-mana individu atau kelompok.

Isu dan persoalan utama berkaitan pendidikan nasional, penguasaan ekonomi, pemilikan aset strategik, pembangunan modal insan, penguasaan teknologi, perpaduan nasional, pembangunan keluarga, pembentukan generasi muda, pengukuhan institusi Islam dan kedudukan orang Melayu dalam arus perubahan global memerlukan satu kesepakatan merentas sempadan parti politik. Malangnya, sehingga hari ini belum wujud kesatuan tindakan yang benar-benar mampu menggembleng seluruh kekuatan umat ke arah tujuan itu.

Pada masa yang sama, masyarakat Cina dilihat lebih tersusun dalam memperjuangkan kepentingan komuniti mereka. Walaupun ada persaingan politik antara parti-parti yang mewakili masyarakat Cina seperti MCA dan DAP, terdapat persamaan dalam beberapa agenda yang dianggap penting bagi komuniti tersebut. Kedudukan DAP yang dominan dengan kerusi Parlimen dalam Dewan Rakyat serta penglibatan pemimpinnya dalam pelbagai posisi strategik kerajaan telah meningkatkan lagi pengaruh politik mereka dalam proses pembentukan dasar negara.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa dasar dan cadangan berkaitan pembangunan bandar, warisan komuniti serta pentadbiran bandar telah menjadi perbahasan awam yang mencerminkan peningkatan pengaruh politik dan dasar kumpulan tertentu. Pada masa yang sama, pelbagai pertubuhan masyarakat seperti D**g Zong, Hua Zhong dan ACCCIM terus memainkan peranan aktif sebagai kumpulan pendesak yang memperjuangkan kepentingan komuniti mereka melalui saluran pendidikan, ekonomi dan juga wacana awam.

Dalam hal ini, orang Melayu dan umat Islam perlu mengambil iktibar bahawa perpecahan yang berpanjangan hanya akan melemahkan kedudukan mereka dalam negara. Seruan “Melayu Sepakat, Islam Berdaulat” bukanlah seruan perkauman, apatah lagi seruan untuk menafikan hak mana-mana kaum. Sebaliknya, ia adalah seruan agar umat Islam kembali membina kesatuan berdasarkan kepentingan agama, negara dan masa depan generasi akan datang.

Kesepakatan inilah yang akan menjadi asas kepada pembinaan kuasa nasional Malaysia. Negara yang kuat memerlukan masyarakat majoriti yang bersatu. Negara yang berdaulat memerlukan rakyat yang mempunyai keyakinan terhadap identiti dan peradabannya sendiri.

Oleh itu, keutamaan negara mestilah tertumpu kepada usaha memperkukuhkan kuasa nasional secara menyeluruh merangkumi kekuatan politik, ekonomi, pendidikan, teknologi, ketenteraan, perpaduan sosial, jati diri kebangsaan dan modal insan. Semua komponen ini perlu digembleng di bawah satu agenda nasional yang jelas dan konsisten.

Masa depan Malaysia tidak ditentukan oleh kekayaan sumber semata-mata, tetapi oleh kemampuan kepimpinan dan rakyatnya untuk membina sebuah negara yang mempunyai daya tahan dan daya saing. Hanya dengan kuasa nasional yang kukuh, Malaysia mampu mempertahankan kedaulatannya dan memainkan peranan yang lebih bermakna dalam membentuk masa depan rantau dan dunia.

Masa depan Malaysia tidak boleh diserahkan kepada arus perubahan global semata-mata. Ia mesti dibentuk oleh rakyatnya sendiri. Dan bagi umat Islam di Malaysia, langkah pertama ke arah pembinaan negara yang kuat ialah mengembalikan kesatuan umat serta meletakkan kepentingan agama dan negara mengatasi kepentingan kelompok dan perpecahan politik.

Kerana dengan kesatuan umat, Malaysia mampu membina kuasa nasional yang lebih kukuh. Dengan kedaulatan Islam, negara mempunyai asas nilai yang teguh. Dan dengan kedua-duanya, Malaysia berupaya muncul sebagai sebuah negara yang kuat, maju, dihormati dan berdaulat di pentas dunia.

Ustaz Shuhaib ar-Rumy bin Selamat
Presiden ISMA

11/06/2026

Ramai yang fikir kemahiran datang dahulu, kemudian barulah timbul minat.

Hakikatnya, minatlah yang mendorong seseorang untuk terus belajar, berlatih dan memperbaiki diri sehingga menjadi mahir.

Apabila seseorang melakukan sesuatu yang diminatinya, cabaran menjadi pengalaman, kegagalan menjadi pengajaran, dan usaha menjadi satu keseronokan.

✨ Minat melahirkan kemahiran.

Sempena Hari TVET Negara, marilah kita ubah persepsi bahawa TVET hanyalah pilihan kedua. TVET adalah medan untuk mereka yang mempunyai minat, bakat dan kesungguhan untuk membina masa depan yang cemerlang.

10/06/2026

Akhlak yang baik adalah dakwah yang hidup.

10/06/2026

Menjelang beberapa hari lagi menuju Awal Muharam, marilah sama sama kita tinggalkan sifat shabwah (menuruti hawa nafsu) dan menggantinya dengan kebaikan.

Jom bersama kami berhijrah dalam Pemuda ISMA.
Hubungi
019-372 7419


10/06/2026

TVET, Cukup Satu Kemahiran?

Ramai menganggap TVET sekadar melahirkan tenaga kerja mahir. Tetapi dalam dunia yang sentiasa berubah, adakah memiliki satu kemahiran teknikal sahaja sudah mencukupi?

Bagaimana dengan kemahiran berfikir, kepimpinan, komunikasi, integriti dan daya tahan? Mampukah seseorang terus relevan jika hanya bergantung kepada satu kemahiran sepanjang hayat?

Sempena Hari TVET Negara, mari kita bincangkan:

✅ Adakah TVET hari ini sekadar melahirkan pekerja?
✅ Atau membentuk insan yang mampu memimpin industri dan masyarakat?

Kongsikan pandangan anda di ruangan komen.

🔧 TVET, Tiada Masa Depan?Benarkah laluan TVET tidak menjanjikan masa depan yang cerah? Atau sebenarnya kita masih terper...
05/06/2026

🔧 TVET, Tiada Masa Depan?

Benarkah laluan TVET tidak menjanjikan masa depan yang cerah? Atau sebenarnya kita masih terperangkap dengan persepsi lama yang tidak lagi relevan?

Sempena Hari TVET Negara, sertai sesi LIVE TikTok bersama:

🎙️ En. Syed Azizi Tuan Sembak
Wira TVET Negara 2022

🎙️Muhammad Shahier bin Sa'min
Ketua Pemuda ISMA

Kupasan santai tetapi bermakna mengenai dunia TVET, peluang kerjaya, cabaran semasa serta persepsi-persepsi yang masih wujud dalam masyarakat.

📅 7 Jun 2026 (Ahad)
🕤 9.30 malam – 10.30 malam
📍 Live TikTok ISMA
(https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96xWuuAFiHB)

Ayuh bersama-sama menilai semula pandangan kita terhadap TVET dan memahami peranannya dalam membina masa depan negara.

IBRAH KORBAN, PEMUDA YANG SENTIASA BERANI MENEROKA KEBENARAN"... Korban merupakan kisah agung Nabi Allah Ibrahim dan ana...
27/05/2026

IBRAH KORBAN, PEMUDA YANG SENTIASA BERANI MENEROKA KEBENARAN

"... Korban merupakan kisah agung Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Isa AS. Nabi Ibrahim menunjukkan kita contoh bagaimana sikap seorang pemuda yang senantiasa berani meneroka jalan kebenaran. Nabi Ismail jua begitu, anak muda yang tidak pernah mempersoalkan segala perintah Allah SWT walaupun nyawa menjadi taruhan. .."

Ustaz Muhammad Shahier bin Sa'min
Ketua Pemuda ISMA

27/05/2026

LAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAI

Takbir muqoyyad: selepas selesai solat fardu dari solat subuh hari Arafah (26 Mei, Selasa) hingga Asar hari terakhir Tasyriq (30 Mei, Sabtu)

Takbir mutlak: dari awal Zulhijjah (18 Mei, Isnin) hingga Asar hari terakhir Tasyriq (30 Mei, Sabtu)

Address

7-2, Jalan PUTRA 2, TAMAN KAJANG PUTRA
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda ISMA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pemuda ISMA:

Shortcuts

Share