Pas Cawangan Sg Ramal Luar

Pas Cawangan Sg Ramal Luar Hidup ini adalah perjuangan, tiada masa untuk berpangku tangan! hidup MULIA @ mati SYAHID! Takbir!

Alhamdulillah & T.ksh YB Ustaz Shafie Ngah sudi iftar di Masjid Sungai Ramal Luar & Solat Isyak, Tarawih & Witir di Sura...
21/03/2025

Alhamdulillah & T.ksh YB Ustaz Shafie Ngah sudi iftar di Masjid Sungai Ramal Luar & Solat Isyak, Tarawih & Witir di Surau Taman Kenari.

Semoga ukhuwah silaturrahim diberkati oleh Allah SWT.
T.ksh kepada shbt seperjuangan hadir bersama menyantuni kehadiran YB.

JazakAllahu Khair

21 Mac 2025 M/20 Ramadhan 1446 H

Alhamdulillah & t.ksh YB Ustaz Shafie Ngah  sudi berkunjung ke MSRL bertaraweh & moreh.09 Mac 2025 M/09 Ramadhan 1446 H
11/03/2025

Alhamdulillah & t.ksh YB Ustaz Shafie Ngah sudi berkunjung ke MSRL bertaraweh & moreh.

09 Mac 2025 M/09 Ramadhan 1446 H

04/11/2024

Saya setuju dengan kenyataan Tn Ahmad Nakhaie Ahmad ini!!

Sebarang ajaran baru adalah sesat kerana Islam itu telah sempurna dan tiada ajaran baru selepas Islam.

Namun persoalannya adakah Tuan Guru membawa ajaran baru? Adakah Tuan Guru ada menyatakan bahawa beliau menerima apa-apa arahan daripada baginda nabi?

Andai kenyataan beliau ini ditujukan kepada TG Ayah Cik, maka beliau telah menunjukkan kejahilan yang nyata.

Dalam ucapan Tuan Guru ada menyatakan bahawa Tuan Guru pernah menceritakan mimpi ini kepada Almarhun TG Nik Abdul Aziz, Almarhum TG Dr Haron Din & TG Hashim Jasin.

TG Nik Abdul Aziz meninggal dunia pada tahun 2015. Ini bermakna mimpi ini telah berlaku lebih daripada 10 tahun yang lalu.

Adakah sepanjang 10 tahun ini ada ajaran baru yang dibawa oleh Tuan Guru Hj Hadi?

Dalam ucapan Tuan Guru juga ada menyebut bahawa Tuan Guru takut untuk bercerita, Tuan Guru dengan tegas menyatakan sesiapa yang menceritakan berkaitan mimpi Rasullah hendaklah benar, andai berbohong maka telah menyediakan tempat dalam api neraka.

Ia menunjukkan bahawa Tuan Guru amat berhati-hati dalam menyampaikan kisah mimpi tersebut.

Apa yang disampaikan oleh Tuan Guru bukanlah perkara baharu dalam agama, akan tetapi pengukuhan ajaran dan perintah Allah dalam Islam.

Tuan Guru mengajak kepada Penyatuan Ummah dan menghindari perbalahan.

Bukankah menyatukan Ummah ini dituntut dalam Islam?

Dalam ayat 103 Surah Ali-Imran, Allah SWT. menyeru umat Islam supaya bersatu dengan berpegang teguh pada 'tali Allah', dan tidak berpecah belah.

Ia juga merupakan sunnah baginda nabi Muhammad SAW, ketika baginda SAW menggabungkan golongan yang beriman dan diperintah untuk berhijrah ke Madinah iaitu golongan Muhajirin dengan suku Aus dan Khazraj yang menetap di Madinah dinamakan Ansar.

Mereka disatukan dengan perpaduan sesama Islam berteraskan prinsip persaudaraan iman, yang menghapuskan kebanggaan diri, fanatik perkauman dan kekeluargaan yang menjadi kebanggaan bagi bangsa Arab.

Ini antara intipati yang disampaikan oleh Tuan Guru dalam syarahan beliau.

Beliau (Ahmad Nakhaie) boleh mendengar penuh kenyataan Tuan Guru Ayah Cik dengan hati yang tenang & bersih.

Hanif Jamaluddin

24/08/2024
24/08/2024

Tahniah PASTI SELANGOR

17/08/2024
19 Syawal 1445 H/28 April 2024 MJamuan Aidilfitri Dun Sungai Ramal.Jpru Sg Ramal Luar bersama Pemuda Kawasan diamanahkan...
29/04/2024

19 Syawal 1445 H/28 April 2024 M

Jamuan Aidilfitri Dun Sungai Ramal.

Jpru Sg Ramal Luar bersama Pemuda Kawasan diamanahkan menyediakan minuman panas & sejuk untuk tetamu yg hadir.

Alhamdulillah.

Jelajah Ramadhan 1445 HYb Ustaz Shafie NgahIftar & solat maghrib.Masjid Sungai Ramal LuarSolat Isyak , tarawih & morehSu...
29/03/2024

Jelajah Ramadhan 1445 H
Yb Ustaz Shafie Ngah

Iftar & solat maghrib.
Masjid Sungai Ramal Luar

Solat Isyak , tarawih & moreh
Surau Taman Ramal

29.03.2024/19 Ramadhan 1445 H

19/02/2024
tahniah PASTI!
04/01/2024

tahniah PASTI!

Hebat didikan PASTI Malaysia.

Reethikesh A/L Kumaran merupakan salah seorang murid di Pasti An-Najwa Sijangkang yang non muslim berbangsa India berumur 4 tahun.

Jika diberi pilihan, banyak lagi sekolah yang boleh dihantar tetapi kenapa parents adik ni tetap pilih untuk hantar ke PASTI?

Tabika Kemas, pra sekolah berlambak di luar sana..

Yuran?

Kalau nak dibandingkan dengan PASTI, dah sah-sah lagi murah..

Yeke?

Tapi yang pasti, didikan-didikan PASTI adalah yang terbaik. Alhamdulillah, adik Reethikesh kini sudah pandai membaca.

Tahun ni katanya akan sambung lagi untuk usia 5 tahun. Siap ajak sepupu dia untuk masuk sekali.

Bukan biasa-biasa PASTI Negeri Selangor ni tau.

Anda bila lagi?

Segera hantar anak-anak anda ke PASTI yang berdekatan.

PASTI PILIHAN UTAMA RAKYAT MALAYSIA



22/12/2023

FAHAMI IBRAH SEBENAR AL-KAHFI

Agama kristian yang difahami hari ini adalah agama monostetik yang percaya bahawa Tuhan itu satu tetapi wujud dengan 3 peribadi.

Sedangkan Al-Quran jelas menceritakan kisah Ashabul Kahfi sebagai orang-orang yang beriman pada Allah S.W.T. melalui firman-Nya :

نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّۚ إِنَّهُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَٰهُمۡ هُدٗى
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

(Surah Al-Kahfi: 13)

Maka, seandainya kita mengambil jalan mudah mengatakan mereka ini kristian, jelas tersimpang dari kefahaman Islam yang sebenar.

Kisah dalam Al-Quran ini juga merakamkan betapa hebatnya pemuda-pemuda yang ingin menjaga keimanan mereka, sanggup berkorban demi menyelamatkan keimanan kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa.

Amatlah rugi seandainya kerajaan hari ini mencedok cebisan-cebisan sirah supaya selari dengan idea kerajaan Madani hari ini. Akhirnya, hujah-hujah pemimpin negara hanyalah hujah yang tersimpang di luar konteks dan tiada kaitan.

Kemajuan negara hari ini memang memerlukan kehebatan teknologi dan nilai yang perlu mendasari halatuju kemajuan negara. Tetapi mengambil sekadar konsep "nilai" kisah Ashabul Kahfi itu tidak sesuai dijadikan iktibar.

Sedarlah, ibrah Ashabul Kahfi itu bukan hanya konsep nilai, mereka itu berpegang pada aqidah Islam, yang mempercayai setiap perkara adanya perhitungan dosa dan pahala dan adanya Allah Yang Maha Menghisab. Keimanan mereka mengatasi lebih daripada apa pun tawaran yang menggadaikan agama. Ketaqwaan mereka itulah kekuatan mereka, yang harus masyarakat kita contohi.


Address

Kampung Sungai Ramal Luar
Kajang
43000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pas Cawangan Sg Ramal Luar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share