20/10/2026
NIKMAT INI MAHAL, TAPI KITA SELALU LUPA…
Rekod Penghantaran 80 al-Quran (17.9.26)
Tuan puan yang dikasihi Allah SWT,
Setiap pagi kita bangun, masih boleh berjalan, makan bersama keluarga dan melakukan kerja seperti biasa. Semuanya nampak kecil, kan?
Sampailah satu hari kita jatuh sakit. Nak bangun pun susah, nak makan pun tak berselera.
Waktu itulah baru kita sedar…
Rupanya nikmat kesihatan yang selama ini kita anggap biasa, sangat besar nilainya.
Begitulah kehidupan.
Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengejar apa yang belum ada, sampai terlupa mensyukuri apa yang Allah SWT sudah beri.
Tuan puan… Selagi Allah SWT masih pinjamkan kesihatan, masa dan rezeki, gunakanlah peluang ini untuk membuat kebaikan.
Tak perlu tunggu kaya. Tak perlu tunggu duit banyak. Sedikit pun tak mengapa, asalkan ikhlas.
Rasulullah SAW pernah mengingatkan bahawa amalan yang paling dicintai Allah SWT ialah amalan yang berterusan, walaupun sedikit. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Program Infaq Ahlullah, pada 17 September 2026 (Khamis) telah menghantar 80 naskhah al-Quran untuk dimanfaatkan oleh pelajar Sekolah Menengah Al-Farabi, Klang Selangor.
Mungkin infaq kita nampak kecil. Tetapi bayangkan, al-Quran itu dibuka setiap hari, dibaca ayat demi ayat dan digunakan untuk menghafaz kalam Allah SWT.
Mudah-mudahan setiap bacaan mereka menjadi asbab pahala yang terus mengalir buat kita. Kita tak tahu berapa lama lagi Allah SWT pinjamkan nikmat yang ada hari ini.
Jadi, selagi masih ada kesempatan, buatlah kebaikan yang termampu. Kerana suatu hari nanti, yang kita rindukan mungkin bukan harta yang pernah dimiliki Tetapi peluang untuk beramal yang sudah berlalu.
Semoga Allah SWT memberkati rezeki dan kesihatan para penginfaq semua. Aamiin.
Jemput bersama-sama kami menyediakan al-Quran untuk anak-anak tahfiz. Link infaq di komen pertama: