Desa Care Malaysia

Call Directions Contact the organization

Desa Care Malaysia “DESA CARE UNTUK MALAYSIA”

WASPADA JEREBU! Lindungi Diri, Keluarga dan Komuniti Kita.Kesihatan adalah keutamaan bersama. Ketika jerebu melanda, sen...
09/10/2026

WASPADA JEREBU!

Lindungi Diri, Keluarga dan Komuniti Kita.

Kesihatan adalah keutamaan bersama. Ketika jerebu melanda, sentiasa berwaspada dan ambil langkah pencegahan bagi mengurangkan risiko terhadap kesihatan.

😷 Sentiasa memakai pelitup muka yang sesuai!
🏠 Hadkan aktiviti di luar rumah.
💧 Banyakkan minum air kosong.
❤️ Utamakan kesihatan diri dan keluarga.

“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Pesanan ikhlas daripada:
YBhg. Prof. Dr. Nor Yasmin Jamaludin
Pengerusi mewakili Ahli Kehormat dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia

WELCOME TO MALAYSIA!Selamat datang ke Malaysia buat seluruh pasukan, pelumba dan peminat sukan permotoran dari seluruh d...
02/10/2026

WELCOME TO MALAYSIA!

Selamat datang ke Malaysia buat seluruh pasukan, pelumba dan peminat sukan permotoran dari seluruh dunia. Semoga penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026 berlangsung dengan penuh meriah serta memberikan pengalaman yang istimewa buat semua.

Nikmati keindahan, kepelbagaian budaya dan keramahan Malaysia sepanjang berada di sini. 🇲🇾✨

🏎️ 🇲🇾 🇧🇭

“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Maklumat lanjut layari laman berikut: https://www.formula1.com/en/latest/article/formula-1-gulf-air-bahrain-grand-prix-in-malaysia-2026.1IHoy7D2dfCIugb5mH78cE

Message from:
YBhg. Prof. Dr. Nor Yasmin Jamaludin
Pengerusi mewakili Ahli Kehormat dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia

AL-FATIHAH | SALAM TAKZIAHDengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas b...
28/09/2026

AL-FATIHAH | SALAM TAKZIAH

Dengan penuh rasa dukacita, saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas berita pemergian Allahyarhamah.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah, mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebajikannya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan ketabahan, kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh kedukaan ini.

Ucapan takziah daripada:
YBhg. Prof. Dr. Nor Yasmin Jamaludin
Pengerusi mewakili Ahli Kehormat dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia!Hari Malaysia mengingatkan kita tentang nilai perpaduan, kebersamaan dan keharmonian ...
16/09/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Malaysia!

Hari Malaysia mengingatkan kita tentang nilai perpaduan, kebersamaan dan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara. Dalam kepelbagaian budaya, bangsa dan agama, kita terus melangkah bersama sebagai satu Malaysia.

Semoga semangat kebersamaan terus diperkukuh demi kesejahteraan masyarakat dan masa depan negara yang lebih makmur.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Ucapan ikhlas daripada:
Pengerusi mewakili Ahli Kehormat dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia

Perutusan Amanat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 oleh YBhg. Prof. Dr. Nor Yasmin Jamaluddin, Pengerusi Mewakili A...
30/08/2026

Perutusan Amanat Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 oleh YBhg. Prof. Dr. Nor Yasmin Jamaluddin, Pengerusi Mewakili Ahli Kehormat dan Semua Ahli Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia (M-Care) sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 dan Hari Malaysia.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang...
30/08/2026

🇲🇾 Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang harmoni, sejahtera dan penuh kebersamaan.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”
“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Ucapan ikhlas daripada
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia

Salam Maulidur Rasul 1448H 🌙Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam membina peribadi, memperk...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H 🌙

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menjadi pedoman dalam membina peribadi, memperkukuh nilai kemanusiaan dan menyuburkan semangat kebersamaan dalam kehidupan bermasyarakat.

Marilah kita meneladani akhlak, kepimpinan dan kasih sayang Rasulullah SAW dalam setiap amanah dan tindakan.

“Meneladani Rasulullah, Membina Ummah Berakhlak dan Sejahtera.”
“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Salam Maulidur Rasul daripada
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia 🤍

Selamat Tahun Baru Islam1 Muharram 1448H“Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan ke arah kehidupan yan...
16/06/2026

Selamat Tahun Baru Islam
1 Muharram 1448H

“Hijrah bukan sekadar perpindahan tempat, tetapi perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik, penuh keimanan, keberkatan dan harapan.”

Semoga tahun baharu ini membawa sinar kebahagiaan, kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan serta memperkukuhkan ukhwah dan amal kebajikan dalam kehidupan kita semua.

“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Ucapan ikhlas daripada:
Pengerusi mewakili Ahli Kehormat dan Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia

Setinggi-tinggi sembah ucapan Dirgahayu Tuanku sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Muli...
31/05/2026

Setinggi-tinggi sembah ucapan Dirgahayu Tuanku sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Semoga pemerintahan Tuanku terus membawa kemakmuran, perpaduan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku.

“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Sembah takzim daripada:
YBhg. Prof. Dr. Nor Yasmin Jamaludin
Pengerusi mewakili Ahli Kehormat & Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamai...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha di Malaysia.

Semoga sambutan Hari Wesak membawa sinar kedamaian, kasih sayang, keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan kita semua.

Kepelbagaian budaya dan kepercayaan adalah kekuatan yang menyatukan masyarakat Malaysia dalam semangat perpaduan dan saling menghormati.

“Desa Care Malaysia Untuk Semua”

Ikhlas daripada:
Pengerusi mewakili Ahli Kehormat & Semua Ahli
Pertubuhan Kebajikan Desa Care Malaysia

Address

T186, Third Floor, Plaza Metro Kajang, Seksyen 7, Jalan Tun Abdul Aziz
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 04:00
Thursday 10:00 - 04:00
Friday 10:00 - 04:00

Telephone

+601128607119

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Desa Care Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Desa Care Malaysia:

Shortcuts

Share