27/02/2026
KENYATAAN TEGAS DEMI PERPADUAN NEGARA
Sebarang tindakan, naratif atau spekulasi yang cuba menimbulkan gambaran seolah-olah negara berada dalam keadaan tidak stabil adalah tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan kegusaran rakyat.
Malaysia mempunyai struktur Perlembagaan yang jelas dan kukuh. Negara ini kekal sebagai Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
Institusi Raja-Raja Melayu terus menjadi payung kedaulatan negara, dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara serta Majlis Raja-Raja menjalankan peranan penting menurut lunas Perlembagaan.
Sebarang isu berkaitan pentadbiran hendaklah diselesaikan melalui saluran sah dan proses undang-undang, bukan melalui tindakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mencetuskan ketidaktentuan dalam kalangan rakyat.
Kami menegaskan bahawa:
• Keamanan negara bukan bahan percaturan politik
• Perpaduan rakyat tidak boleh dipermainkan
• Kestabilan negara mesti dipelihara oleh semua pihak
Rakyat tidak wajar dipengaruhi dengan sentimen yang boleh merosakkan keharmonian.
Tanggungjawab kita bersama adalah mempertahankan kesatuan dan memastikan negara kekal aman serta stabil.
Perpaduan adalah benteng negara.