10/01/2026
Bersama Memacu Masjid ke Fasa Baharu. Masjid yang maju bermula daripada insan yang berani menyumbang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
dan salam sejahtera.
Masjid bukan sekadar tempat ibadah, bahkan merupakan pusat kepimpinan, pembangunan sosial dan ekonomi ummah.
Seiring dengan aspirasi tersebut, Masjid Bandar Tun Hussein ONN (MBTHOdihati) menjemput Tuan/Puan untuk menyertai AJK / Sukarelawan Biro Ekonomi MBTHO bagi sesi 2026โ2030, dalam sebuah pasukan yang berwawasan dan berimpak tinggi.
Sekiranya Tuan/Puan ingin menyumbang kepakaran, pengalaman serta idea yang memberi manfaat kepada ummah, inilah ruang dan platformnya.
Antara kelebihan menyertai Biro Ekonomi Masjid:
1๏ธโฃ Tidak membosankan โ sentiasa ada idea dan inisiatif baharu untuk diketengahkan.
2๏ธโฃ Sesuai untuk golongan korporat & usahawan โ peluang membina reputasi serta hubungan strategik dengan pihak berkepentingan.
3๏ธโฃ Sangat baik untuk profesional muda โ peluang diketengahkan, membina kemahiran bekerja dalam pasukan, membentuk pasukan jualan, menjadi MC bagi acara besar, serta menyediakan pelbagai proposal projek (seperti projek solar dan inisiatif ekonomi masjid yang lain).
Di samping itu, Tuan/Puan juga berpeluang berada dalam satu pasukan yang terdiri daripada ahli yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang.
WhatsApp kami untuk perbincangan ringkas.
Md Shahimi Yaacob
Biro Ekonomi
MBTHOdihati | Sesi 2026โ2030