02/12/2024
Larangan Meletakkan Diri dalam Kebinasaan
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 195, Allah berfirman: 'Janganlah kamu jatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.' Ini bukan sekadar larangan fizikal, tetapi juga amaran terhadap bahaya rohani.
Melakukan maksiat, berputus asa dari taubat, dan meninggalkan perintah wajib Allah SWT adalah tindakan yang boleh merosakkan jiwa dan agama. Apabila kita mengabaikan perintah-Nya, kita sebenarnya meletakkan diri kita dalam kebinasaan.
Mari kita sentiasa ingat bahawa ketaatan kepada Allah adalah jalan selamat, sementara maksiat dan keengganan untuk bertaubat hanya membawa kepada kehancuran diri dan rohani.