Malaysia Borderless Care

Malaysia Borderless Care Malaysia Borderless Care Organization merupakan pertubuhan NGO berdaftar di bawah JPPM.

Pejam celik, hari ini sudah 19 Rejab.Dalam kalendar Islam, bulan Rejab adalah masa untuk kita menyemai benih amalan sebe...
09/01/2026

Pejam celik, hari ini sudah 19 Rejab.

Dalam kalendar Islam, bulan Rejab adalah masa untuk kita menyemai benih amalan sebelum kita membaja di bulan Syaaban dan menuai hasilnya di bulan Ramadan.

​Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Allah beri kita peringatan hari ini supaya tidak terus leka dengan dunia.

​Mari kita semai "benih" sedekah jariah untuk anak-anak di Madrasah Idrissiyah, Kemboja:
​- Madrasah usang & daif.
​- Buku & alat belajar sangat terhad.
​- Satu-satunya pusat ilmu Islam di kampung mereka.

​Jadikan Jumaat ini detik kita tidak lalai. Sedikit di mata kita, mungkin sangat besar bagi mereka yang ingin mengenal kalam Allah.

​Boleh klik link ini untuk menyumbang : https://borderlesscare.onpay.my/order/form/binasemulasuraudanmadrasah

Atau IMBAS KOD QR pada poster atau bank in dia akaun bank tertera di poster.

​Semoga amalan yang kita semai di bulan Rejab ini tumbuh subur dan menjadi penyejuk hati kita di akhirat kelak. Amin.

Selamat Hari Natal buat semua yang menyambutnya dan yang sentiasa bersama kami di Malaysia BorderlessCare.​Di saat kita ...
24/12/2025

Selamat Hari Natal buat semua yang menyambutnya dan yang sentiasa bersama kami di Malaysia BorderlessCare.

​Di saat kita menikmati kehangatan bersama keluarga, mari kita selitkan doa dan ingatan buat saudara kita yang sedang diuji di Palestin, Sudan, dan mangsa banjir di tanah air.

Kemanusiaan tidak mengenal warna kulit, agama, mahupun sempadan geografi. Di Malaysia BorderlessCare, kami percaya bahawa hadiah terbaik yang boleh kita berikan adalah tangan yang membantu dan hati yang punya empati.

​Terima kasih kerana terus menyokong misi kami sepanjang tahun 2025. Semoga semangat memberi ini terus kekal dalam diri kita semua bagi melangkah ke tahun 2026 yang lebih bermakna.

​Selamat Hari Natal.

Rakyat Malaysia, mudah mudahan kita tak berpaling dan tidak membiarkan Sudan terus lenyap dalam sepi.Di tengah kegetiran...
23/12/2025

Rakyat Malaysia, mudah mudahan kita tak berpaling dan tidak membiarkan Sudan terus lenyap dalam sepi.

Di tengah kegetiran ini, kita panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila mendapat khabar pasukan NGO Nadir Al-Nuri telah pun selamat tiba dan mula mengagihkan bantuan di sana. Kami kongsikan beberap keping gambar daripada telegram beliau sendiri.

Meskipun terpaksa berdepan dengan kawalan ketat pihak tentera dan meredah kawasan yang sangat tidak selamat, mereka terus nekad bergerak dari satu zon ke zon yang lain demi menyampaikan amanah.

Namun, perjuangan ini masih terlalu jauh. Di sebalik bantuan yang mula masuk, kebuluran yang mencengkam semakin parah dan pembunuhan orang awam berlaku sewenang-wenangnya tanpa sebab yang pasti.

Saat dunia seolah-olah membisu, kita tidak boleh ikut berhenti bersuara. Keberanian pasukan di lapangan harus kita iringi dengan kelantangan kita di sini agar penderitaan saudara kita tidak terkubur begitu sahaja.

Teruslah bercakap, teruslah mendoakan, dan jangan sesekali biarkan kemanusiaan mati di Sudan hanya kerana kita memilih untuk lupa.

Hari Jumaat datang lagi…Berbaki 1 hari lagi jumaat sebelum kita melangkah ke tahun baru 2026Hari ini, Allah buka pintu k...
18/12/2025

Hari Jumaat datang lagi…
Berbaki 1 hari lagi jumaat sebelum kita melangkah ke tahun baru 2026

Hari ini, Allah buka pintu kebaikan selebar-lebarnya.
Ada yang bersedekah di masjid, ada yang bantu jiran,
dan ada juga yang memilih untuk menyokong pendidikan anak-anak Islam yang jauh dari mata kita.

Di Chroy Mentrey, madrasah kecil yang serba uzur itu tetap hidup, walau dindingnya retak, lantainya kayu lama, dan gurunya dibayar seadanya.

Anak-anak asnaf datang dengan kaki kecil penuh harapan,
kerana di situlah satu-satunya tempat mereka belajar mengenal Tuhan.

Jika hari ini kita mencari amalan yang mendekatkan diri kepada Allah, maka bantulah madrasah ini menghidupkan ilmu.

Semoga setiap huruf yang mereka baca, menjadi pahala yang kembali kepada kita.

Jumaat… hari untuk memberi tanpa menunggu balasan.

Boleh klik link ini untuk menyumbang : https://borderlesscare.onpay.my/order/form/binasemulasuraudanmadrasah

Atau IMBAS KOD QR pada poster atau bank in dia akaun bank tertera di poster.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Doa kami bersama penduduk di Temerloh dan Kuantan yang kini berdepan ...
18/12/2025

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Doa kami bersama penduduk di Temerloh dan Kuantan yang kini berdepan ujian banjir.

Semoga bantuan pasukan penyelamat sampai dengan segera tanpa halangan.

Mohon semua terus waspada, menjaga keselamatan dan elakkan daripada perkara yang tidak diigini. Semoga Allah lindungi kita semua.

RM50 JE SEBULAN UNTUK QURBAN 2026Nak buat Qurban tapi takut bajet lari? Sertai ansuran kami sekarang.​- URGENT: Slot ans...
16/12/2025

RM50 JE SEBULAN UNTUK QURBAN 2026

Nak buat Qurban tapi takut bajet lari? Sertai ansuran kami sekarang.

​- URGENT: Slot ansuran bulanan makin singkat.
​- Murah: Hanya RM50/bulan (Lembu).
​- Mulia: Bantu saudara Islam di Kemboja.
​- Bukti: Video & gambar disediakan.

𝑨𝒏𝒔𝒖𝒓𝒂𝒏 𝑳𝒆𝒎𝒃𝒖
1 Ekor Lembu : RM2,800
- RM350/ sebulan
- Oktober 2025-Mei 2026

1 Bahagian Lembu : RM400
- RM50/ sebulan
- Oktober 2025-Mei 2026

𝑨𝒏𝒔𝒖𝒓𝒂𝒏 𝑲𝒂𝒎𝒃𝒊𝒏𝒈
1 Ekor Kambing : RM1,000
- Rm100/ sebulan
- Oktober 2025-Mei 2026

Qurban tuan dan puan boleh dilakukan dengan bank in terus ke alamat bank berikut:
𝐂𝐈𝐌𝐁
𝟖𝟔𝟎𝟒𝟏𝟗𝟕𝟒𝟑𝟓
𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐓𝐀𝐍𝐏𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍
Perkara :

Atau klik link ini :
https://borderlesscare.onpay.my/order/form/qurbankembojaansuran

Untuk pertanyaan lanjut, klik link wassup di bawah :
https://hi.jomwasap.my/Qurbankemboja

16/12/2025

SOLIDARITI BUAT ACEH & SUMATERA 🇮🇩

​Pemandangan pasca banjir di Indonesia yang amat meruntun jiwa.

Dikhabarkan ada yang terpaksa mengibarkan bendera putih kerana akses jalan darat terputus sepenuhnya, memaksa bantuan dihantar melalui udara dan air.

​Moga Allah berikan ketabahan buat saudara serumpun kita. Bangkitlah Aceh, Bangkitlah Sumatera!

16/12/2025

MUSIM SEJUK GAZA: JANGAN BIAR MEREKA KESEJUKAN & LAPAR

​20 saat ini realiti pahit saudara kita. Ribut membadai, khemah ranap, dan perut kosong menahan lapar.

​Kita mungkin tak mampu hentikan perang, tapi kita mampu hangatkan tubuh mereka.

​CARA MENYUMBANG:

Sila IMBAS KOD QR pada poster/video di sebelah atau boleh klik pada pautan ini :

https://borderlesscare.onpay.my/order/form/cintapalestin

​Bantuan anda akan disalurkan terus ke sana untuk keperluan mendesak musim sejuk, makanan, dan perlindungan.

​Maafkan kami Gaza...

Salam.Selamat pagi.Dah mulakan sedekah Subuh Kita?Rasa sedekah benar terkesan apabila Kita tidak punya apa, dan keyakina...
14/12/2025

Salam.
Selamat pagi.
Dah mulakan sedekah Subuh Kita?

Rasa sedekah benar terkesan apabila Kita tidak punya apa, dan keyakinan pada Tuhan sangat tinggi.

Allahu mustaan.

𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗤𝘂𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗼𝗷𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗶𝗻𝗶 𝗗𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮! 🇰🇭Setiap Aidiladha, tim kami tinggalkan keluarga di Malaysia demi satu misi...
01/12/2025

𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗤𝘂𝗿𝗯𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗼𝗷𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗞𝗶𝗻𝗶 𝗗𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮! 🇰🇭

Setiap Aidiladha, tim kami tinggalkan keluarga di Malaysia demi satu misi:
Berkongsi daging qurban dengan saudara Islam minoriti di Kemboja.

Di sana, daging adalah ‘luxury’ yang hanya dirasa setahun sekali.

Jom bantu kami sebarkan lebih banyak rezeki tahun ini

1 bahagian lembu — RM400
1 ekor lembu — RM2,800
1 ekor kambing — RM1,000

Korban tuan dan puan boleh dilakukan dengan terus berdaftar melalui pautan di bawah :

https://borderlesscare.onpay.my/order/form/20

Untuk maklumat klik link wassup di bawah :
https://hi.jomwasap.my/Qurbankemboja

27/11/2025

Ribut tropika Senyar menunjukkan trajektori menghala ke Semenanjung Malaysia, satu fenomena cuaca ekstrem yang jarang berlaku dengan pendaratan ribut ini dijangka menjejaskan negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Address

No. 39, Jalan BM 2/3, Seksyen 2, Bukit Mahkota
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+601156795081

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Malaysia Borderless Care posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Malaysia Borderless Care:

Share