29/06/2022
πMAJLIS MERAIKAN ULANGTAHUN SUKARELAWAN JKM HULU LANGAT π₯³
Majlis ulangtahun kelahiran para sukarelawan yang lahir pada Januari hingga Jun telah disambut pada 26hb Jun 2022 yang lalu bertempat di Astana Putra, UPM Serdang.
Dimulai dengan bacaan doa dan kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Timbalan Pengerusi SUK JKM Hulu Langat, Puan Rosidah. Wakil daripada JKM Hulu Langat, Pegawai JKM, turut sama memberikan ucapan penghargaan.
Majlis dimeriahkan dengan acara memotong kek oleh para sukarelawan yang menyambut kelahiran dan masing-masing membawa p**ang hadiah ulangtahun kelahiran pemberian ikhlas oleh Sukarelawan JKM Hulu Langat.
Sambil menjamu selera, para sukarelawan turut berkaraoke dan tetamu turut dihiburkan dengan acara musical chair pada malam tersebut.
Sebagai penutup, Sukarelawan JKM Hulu Langat turut menyampaikan sumbangan khas saguhati kepada para Pegawai JKM yang sudi meluangkan masa hadir memeriahkan majlis.
Para sukarelawan yang terlibat dengan bencana banjir yang berlaku di daerah Hulu Langat yang lalu, turut diraikan dan diberi sijil penghargaan pada malam majlis, atas khidmat dan jasa dalam membantu mangsa-mangsa bencana banjir tersebut.
Majlis sebegini julung kali diadakan dan walaupun majlis disambut sederhana, para sukarelawan tetap diraikan dengan penuh kegembiraan π₯³
Jika tiada aral melintang, para sukarelawan yang lahir pada Julai hingga Disember p**a bakal diraikan pada bulan Disember nanti π₯°
Dalam Sukarelawan JKM Hulu Langat, kami bukan sahaja aktif dalam melakukan aktiviti amal, kebajikan dan kemanusiaan, kami turut meraikan sesama sukarelawan dalam majlis sebegini sebagai tanda penghargaan.
Akhir kata, jutaan terima kasih pada Tuan Puan penaja, pegawai-pegawai JKM, para sukarelawan dan urusetia yang terlibat yang telah menjayakan majlis. Budi dan jasa Tuan Puan amat kami hargai π₯°π