Salwa Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

Salwa Malaysia Visi
Menjadi wadah pemerkasa wanita yang berwibawa dan kompeten berasaskan Al-Kitab dan Al-Hikmah

Salam Maulid Al-Rasul 1448HKelahiran Rasulullah SAW adalah sejarah kelahiran yang menjadi peringatan penting buat seluru...
24/08/2026

Salam Maulid Al-Rasul 1448H

Kelahiran Rasulullah SAW adalah sejarah kelahiran yang menjadi peringatan penting buat seluruh umat Islam. Rasulullah SAW diutuskan untuk pengukuhan tauhidik dan akhlak yang berpasakkan iman dan amal.

Rasulullah SAW diutus untuk menyampaikan wahyu, menyucikan dan mendidik umat

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ
وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ
“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang yang Ummiyyin seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan mereka serta mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah...”

Rasulullah SAW diutus sebagai rahmat kepada seluruh alam

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.”

Rasulullah SAW menjadikan Institusi keluarga sebagai tempat pertama mendidik generasi dengan kasih sayang, adab, ilmu dan nilai agama.

Rasulullah SAW membina Madinah dengan memberikan satu pelajaran besar: masyarakat yang hebat bermula dengan manusia yang baik. Bangunan boleh dibina dengan harta, tetapi sebuah peradaban hanya dapat dibina dengan iman, ilmu, akhlak, keadilan dan kasih sayang.

MADANI Dihayati, Ummah Diberkati seharusnya membawa kita daripada sekadar mengingati sirah Rasulullah SAW, kepada menghidupkan sirah itu dalam realiti kehidupan — di rumah, tempat kerja, organisasi, masyarakat dan negara.

Rasulullah SAW bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya.”
(Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi)

Salam Maulid Al-Rasul 1448H

Daripada
Pengerusi & Seluruh Jawatankuasa
Pertubuhan SALWA Malaysia


14/08/2026

🌺 KULIAH PAGI 🌺
MENELADANI RASULULLAH: WANITA PENCERDAS KELUARGA DAN UMMAH

Bersama
Ustazah Salbiah Omar
Tokoh Wanita MADANI Negeri Sembilan

📮 15 Ogos 2026 | Sabtu
⏰ 07.30 - 08.45 pagi

Assalamualaikum🌹SALWA Malaysia menjemput kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama mengikuti:-🌺 KULIAH PAGI 🌺MU...
25/06/2026

Assalamualaikum🌹

SALWA Malaysia menjemput kepada semua muslimin dan muslimat untuk sama-sama mengikuti:-

🌺 KULIAH PAGI 🌺
MUHARRAM: ANTARA SEJARAH, IBADAH DAN IBRAH

Bersama
Ustazah Che Zarah binti Omar
Murabbi SALWA W/Persekutuan

📮 27 Jun 2026 | Sabtu
⏰ 07.30 - 08.45 pagi

Sila Klik Pautan
https://us02web.zoom.us/j/89884442247?pwd=eU9UbWdiaHpOdU1CSURUNGcrZjA2dz09

Meeting ID: 898 8444 2247
Passcode: 810492

Terima Kasih. Jazakallahuhairankathira.😊

SEMINAR INSPIRASI KELUARGA MADANI: “DARI RUMAH KE NEGARA, MENCAPAI KEHIDUPAN SEIMBANG DAN SEJAHTERA”Tarikh : 13 Jun 2026...
25/06/2026

SEMINAR INSPIRASI KELUARGA MADANI:
“DARI RUMAH KE NEGARA, MENCAPAI KEHIDUPAN SEIMBANG DAN SEJAHTERA”

Tarikh : 13 Jun 2026 | Sabtu
Masa : 07.45 pagi – 01.00 tghri

Alhamdulillah Seminar Inspirasi Keluarga Madani telah berlangsung di Dewan Cahaya TNB Kempas, Johor Bahru dengan jayanya.

Seminar anjuran bersama Pertubuhan KASIH Malaysia dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Johor, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai, LPPKN Negeri Johor, PELITAWANIS TNB Cawangan Johor, SALWA Johor dan WADAH Johor.

Seminar telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Binti Dr. Wan Ismail, Pengerusi KASIH Malaysia.

Kehadiran peserta seramai 650 orang daripada penjawat awam, swasta, guru-guru, ibubapa dan wakil NGO seluruh Johor. Seminar menumpukan perkongsian peranan institusi keluarga terutamanya ibubapa dalam memastikan pembinaan peradaban di rumah, sebagai asas pembinaan masyarakat yang sejahtera, harmoni dan berperadaban tinggi.

Panel seminar:
Tuan Mohd Zuraimy Yaakob (Pen. Pengarah AKM Negeri Johor), Puan Hajah Mahanom Basri (PEAKOM), Dr. Salmi Jalina Jalil (Pengarah LPPKN Negeri Johor), Puan Norhayati Bidin (Pakar Motivasi Persatuan Inspirasi Rahmah Negeri Johor) dan Puan Hajah Noor Zaini Danian (Pengetua Sekolah Menengah Agama Islam Johor Bahru).

Sekalung tahniah kepada Datin Rosnih Nasir, Pengarah Seminar, juga kepada SALWA Negeri Johor dan semua jawatankuasa yang bertungkus lumus menjayakan Seminar Inspirasi Keluarga Madani.



SELAMAT HARI BAPASetiap hari adalah hari bapa kepada anak-anak. ثَلَاثٌ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنّ...
21/06/2026

SELAMAT HARI BAPA

Setiap hari adalah hari bapa kepada anak-anak.

ثَلَاثٌ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ،
وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bermusafir dan doa ibubapa kepada anaknya.

Hormati bapa dan layanilah sepertimana Sayidatina Fatimah r.a. melayan Rasulullah SAW dengan penuh kasih sayang, penghormatan dan kelembutan. Beliau sentiasa memuliakan ayahandanya, berdiri menyambut kehadiran Baginda, serta menunjukkan adab yang tinggi dalam setiap pertemuan, membantu ketika susah, menghiburkan ketika berduka, dan sentiasa mendoakannya.

Selagi mereka masih ada, rebutlah peluang untuk berbakti dan membahagiakan mereka.

Ya Allah, ampunilah kedua ibu bapaku, rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah mendidikku semenjak kecil.
(Surah Al-Isra': 24)


18/06/2026
Salam Ma’al Hijrah 1448HHijrah bukan sekadar perpindahan langkah, tetapi perubahan jiwa menuju Allah. Ia menuntut pengor...
17/06/2026

Salam Ma’al Hijrah 1448H

Hijrah bukan sekadar perpindahan langkah, tetapi perubahan jiwa menuju Allah. Ia menuntut pengorbanan, kesabaran dan keberanian meninggalkan kebiasaan dan keselesaan yang menghalang kebaikan.

Menurut Hamka, hijrah yang sebenar bukan hanya berpindah tempat, tetapi berpindah daripada kelemahan kepada kekuatan, daripada kelalaian kepada kesedaran, dan daripada kehidupan yang biasa kepada kehidupan yang lebih dekat dengan Allah.

Hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat adalah sirah tauhidik dan kasih sayang. Berhijrah dari kota Mekah ke Madinah. Demi mempertahankan aqidah dan membangunkan negara Islam.

Firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ هَاجَرُوا فِي اللَّهِ مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُوا لَنُبَوِّئَنَّهُمْ فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً ۖ وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ أَكْبَرُ ۚ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

“Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik; dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui”
(Al-Nahl: 41)

Khutbah Baginda SAW ketika sampai ke Kota Madinah : “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, solatlah dikala manusia sedang tidur pada waktu malam, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera”.
Riwayat al-Tirmizi.

Masyarakat Madani dibina atas asas pengorbanan, daya juang, kasih sayang, ihsan, keyakinan kepada rezeki, tanggungjawab keagamaan dan perintah ilahi.

Hijrah dan Madani perlu dihayati dan diaplikasikan dalam kehidupan dimana keluarga diperkukuh, masyarakat bersatu dalam rasa kesyukuran yang mendalam atas nikmat yang telah dikurniakanNya, agar kita tidak kufur sehingga mengundang azab Allah.

Semoga semangat hijrah terus menggerakkan kita menjadi insan yang lebih baik, demi agama, bangsa dan negara. Kita adalah Muhajirin dan Ansar. Menjadi muhajirin yang sentiasa berhijrah mencari yang terbaik di sisiNya dan menjadi ansar yang sentiasa berjiwa dengan kasih sayang demi persaudaraan dan agama Islam.

Madani Dihayati, Ummah Diberkati

Salam Ma’al Hijrah
Daripada
Pertubuhan SALWA Malaysia



Seminar Inspirasi Keluarga Madani: Dari Rumah ke Negara, Mencapai Kehidupan Seimbang Dan Sejahtera13 Jun 2026 (Sabtu)07:...
13/06/2026

Seminar Inspirasi Keluarga Madani:
Dari Rumah ke Negara, Mencapai Kehidupan Seimbang Dan Sejahtera

13 Jun 2026 (Sabtu)
07:45 Pagi - 01:30 Petang
Dewan Cahaya TNB Kempas, Johor Bahru

Disempurnakan Oleh:
YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah
Dr. Wan Ismail
Pengerusi KASIH Malaysia

Seminar Inspirasi Keluarga Madani: Dari Rumah ke Negara, Mencapai Kehidupan Seimbang Dan Sejahtera13 Jun 2026 (Sabtu)07:...
13/06/2026

Seminar Inspirasi Keluarga Madani:
Dari Rumah ke Negara, Mencapai Kehidupan Seimbang Dan Sejahtera

13 Jun 2026 (Sabtu)
07:45 Pagi - 01:30 Petang
Dewan Cahaya TNB Kempas, Johor Bahru

Slot 3: Forum
"Dari Rumah ke Negara: Membina Peradaban MADANI"

Panel 1: YBrs Dr. Salmi Jalina Binti Jalil
Pengarah LPPKN Negeri Johor

Panel 2: Puan Norhayati Bidin
Pakar Motivasi Persatuan Inspirasi Rahmah Negeri Johor

Panel 3: Puan Hajah Noor Zaini Danian
Pengetua Sekolah Menengah Agama Islam Johor Bahru

Moderator: Pn. Nur Fauzana Abd. Rahman
Setiausaha SALWA Negeri Johor

Seminar Inspirasi Keluarga Madani: Dari Rumah ke Negara, Mencapai Kehidupan Seimbang Dan Sejahtera13 Jun 2026 (Sabtu)07:...
13/06/2026

Seminar Inspirasi Keluarga Madani:
Dari Rumah ke Negara, Mencapai Kehidupan Seimbang Dan Sejahtera

13 Jun 2026 (Sabtu)
07:45 Pagi - 01:30 Petang
Dewan Cahaya TNB Kempas, Johor Bahru

Slot 2: Ceramah
"Keseimbangan Peranan, Nilai dan Aspirasi Wanita dalam Membentuk Keluarga Madani"
Pn. Hajah Mahanom Basri
Pengerusi Pertubuhan Anak Komuniti Keluarga Malaysia (PEAKOM)

Address

Kg Sg Merab Luar
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salwa Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Salwa Malaysia:

Shortcuts

Share