Kelab Kebajikan & Rekreasi Semperfi

Kelab Kebajikan & Rekreasi Semperfi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Kebajikan & Rekreasi Semperfi, Non-Governmental Organization (NGO), Taman Unipark Suria, Kajang.

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepad...
16/06/2026

🌙 Salam Maal Hijrah 1448H 🌙
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H kepada seluruh ahli, keluarga dan sahabat-sahabat Semperfi.
Semoga kedatangan tahun baharu Islam ini membawa sinar hijrah yang lebih baik dalam kehidupan kita. Marilah kita memperbaharui azam, memperkukuhkan ukhuwah serta meningkatkan amal ibadah demi mencapai keberkatan dan keredaan Allah SWT.
"Hijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perubahan ke arah yang lebih baik."
Salam Awal Muharram 1448H Ikhlas daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi
🤝 Bersama Kita Membantu, Bersama Kita Bahagia 🤝

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

sembah takzim daripada Kelab Kebajikan Dan Reakerasi Semperfi

Kami dari Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraika...
31/05/2026

Kami dari Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut Buddha yang meraikannya.
Semoga sambutan Hari Wesak membawa kedamaian, kebahagiaan, kesejahteraan serta memperkukuhkan nilai kasih sayang, toleransi dan keharmonian dalam masyarakat.
Selamat Menyambut Hari Wesak.

Salam Aidiladha daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi SemperFi.Semoga ibadah korban dan segala amalan kita diterima Alla...
27/05/2026

Salam Aidiladha daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi SemperFi.
Semoga ibadah korban dan segala amalan kita diterima Allah SWT, dilimpahi keberkatan, kebahagiaan serta ukhuwah yang berkekalan.
Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin.

Selamat Menyambut Hari Buruh daripada seluruh warga Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semper-Fi. Semoga usaha dan sumbangan k...
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Buruh daripada seluruh warga Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semper-Fi. Semoga usaha dan sumbangan kalian sentiasa dihargai dan diberkati. Teruskan bersemangat 💪🏻

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi​Syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan mengh...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi
​Syukur ke hadrat Ilahi atas kemenangan mengharungi Ramadan. Kami di barisan kepimpinan kelab menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf zahir serta batin atas segala kekhilafan.
​Semoga Syawal ini mengeratkan lagi ikatan persaudaraan dan semangat kebajikan sesama kita. Selamat bercuti dan berhati-hati di jalan raya buat semua ahli.

Alhamdulillah , dengan penuh rasa syukur dan keprihatinan, Hari ini 1.3.2026 Kelab Kebajikan Rekreasi Semperfi telah ber...
01/03/2026

Alhamdulillah , dengan penuh rasa syukur dan keprihatinan, Hari ini 1.3.2026 Kelab Kebajikan Rekreasi Semperfi telah berkesempatan untuk mengadakan program ziarah kasih serta menyampaikan sumbangan bantuan kepada Pertubuhan Kebajikan OKU Al Habib Ampang.
Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial kelab dalam membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan sokongan dan perhatian daripada masyarakat. Antara sumbangan yang disalurkan termasuk barangan keperluan harian dan barang basah bagi membantu meringankan beban pengurusan serta penghuni pertubuhan tersebut.
Pihak kelab amat berbesar hati dapat meluangkan masa bersama penghuni di sana, berkongsi senyuman, bertanya khabar serta menyantuni mereka dalam suasana penuh kasih sayang dan ukhwah. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit kelegaan dan menceriakan hari-hari mereka.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli Kelab Kebajikan Rekreasi Semperfi serta para penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan ini diberkati serta menjadi amal jariah buat kita semua.
Insya-Allah, pihak kelab akan terus komited dalam melaksanakan lebih banyak aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini, Kelab Kebajikan dan Rekre...
18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini, Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh ahli kelab serta semua umat Islam.
Ramadan hadir sebagai bulan untuk kita memperbanyakkan ibadah, memperkukuhkan keimanan, serta menyemai nilai kesabaran, keikhlasan dan keprihatinan sesama insan. Semoga segala amal ibadah kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.
Kami juga berharap agar bulan yang mulia ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan serta meningkatkan keprihatinan dalam aktiviti kebajikan yang menjadi teras Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi.
Akhir kata, marilah kita sama-sama menyambut Ramadan dengan hati yang bersih dan penuh kesyukuran.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa.
Semoga Ramadan ini membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua.
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
Kelab Kebajikan dan Rekreasi Semperfi

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh ahli kelab, rakan strategik serta semua yang meraikannya.Sempena menyam...
16/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh ahli kelab, rakan strategik serta semua yang meraikannya.
Sempena menyambut tahun baharu ini, Kelab Kebajikan Rekreasi Semperfi ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan, kerjasama dan semangat perpaduan yang telah ditunjukkan oleh semua pihak sepanjang tahun yang lalu. Semoga hubungan silaturahim yang terjalin terus kukuh dan harmoni.
Kami mendoakan agar Tahun Baru Cina ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, ketenangan jiwa serta kemakmuran dalam kehidupan seharian. Semoga segala usaha dan perancangan pada tahun ini dipermudahkan serta membuahkan kejayaan yang lebih cemerlang.
Akhir kata, semoga semangat kebersamaan, saling menghormati dan nilai kebajikan yang menjadi teras Kelab Kebajikan Rekreasi Semperfi terus mekar dan diberkati.
Gong Xi Fa Cai đź§§
Semoga Tahun Baharu ini membawa seribu keberkatan dan kegembiraan.
Ikhlas daripada,
Kelab Kebajikan Rekreasi Semperfi

Happy New Year 2026! Thank you for everything we done and for the brotherhood we share. Here’s to a year full of bigger ...
31/12/2025

Happy New Year 2026! Thank you for everything we done and for the brotherhood we share. Here’s to a year full of bigger wins, more strength, and even closer bonds between all of us. Let’s make our plans happen and push each other toward real success. Stay strong, stay loyal. Semper Fi!

Address

Taman Unipark Suria
Kajang
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan & Rekreasi Semperfi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share