01/08/2025
!
Berinfaq adalah satu bentuk ibadah yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia bukan semata-mata soal jumlah, tetapi nilai keikhlasan dan keprihatinan yang terkandung di dalamnya. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 261 menggambarkan bagaimana satu infaq boleh dilipatgandakan hingga 700 kali ganda – ini menunjukkan betapa besar ganjaran yang dijanjikan, walaupun infaq itu kecil.
Kita hari ini semakin diuji dengan pelbagai bentuk kesempitan – ekonomi, pendidikan, dan bencana. Maka, infaq menjadi keperluan untuk merapatkan jurang sosial dan menampung keperluan golongan yang terpinggir. Infaq yang kecil tetapi berterusan boleh membantu menampung kos harian dan program komuniti di surau ini.
Kelebihan berinfaq walau sedikit menumbuhkan rasa syukur. Berinfaq menjadikan hati lebih peka terhadap nikmat yang dimiliki. Harta yang diinfaq menjadi penyuci dari sifat tamak dan kedekut. Walau RM1, ia boleh menginspirasi orang lain untuk turut serta memberi. Orang yang ringan tangan dalam memberi akan dihargai di dunia dan akhirat.
Jangan remehkan infaq kecil. Sabda Rasulullah SAW:
"Peliharalah diri kamu daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh biji kurma.”
(Riwayat Bukhari & Muslim).
Maka, setiap sen yang diberi dengan ikhlas, menjadi bukti iman dan kasih kita terhadap sesama insan.
Terima kasih atas sokongan dan infaq yang diberi.